Thursday, December 4, 2014

Drama SELUDUP Bermula Hari Ini

seludup astro prima


Baru-baru ini gua berkesempatan join sidang media dan preview filem Drama Seludup bertempat di TGV One Utama. Drama ini ditunjangi pelakon-pelakon hebat seperti PekinIbrahim, Tiz Zaqyah, Nam Ron, Raja Ilya dan Syafie Naswip, drama ‘SELUDUP’ yang dinanti-nantikan oleh peminat drama televisyen tempatan dijadualkan untuk menemui penonton pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam di Astro Prima bermula 4 Disember dan di saluran Maya HD pada setiap Sabtu jam 6.00 petang bermula 6 Disember 2014.



Drama ini berkisar tentang watak bernama Amran (Pekin) yang merupakan seorang nelayan dan usahawan muda yang berjaya di Teluk Permata, sebuah perkampungan nelayan di Pantai Barat Malaysia. Amran mendapat tahu bahawa sekumpulan penyeludup diketuai oleh Tam (Nam Ron) dan dibantu oleh adik perempuannya, Rina (Raja Ilya) sedang mengupah nelayan kampung untuk menyeludup minuman keras, rokok, dan manusia ke dalam negara. Walau berdepan pelbagai jenis bahaya dan mengancam bukan sahaja dirinya malah keluarga dan Yasmin (Tiz Zaqyah), teman wanitanya, dia bertekad untuk menghalang gejala ini, dan menyelamatkan kampungnya sebelum lebih ramai rakan-rakannya dan penduduk kampung menjadi mangsa.

Menurut Jehan, “SELUDUP berniat bukan sahaja untuk menghiburkan tetapi juga memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang gejala penyeludupan khususnya rokok seludup serta kesan negatifnya terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Banyak sungguh cabaran yang saya hadapi untuk menghasilkan drama ini namun berkat kesungguhan kesemua pelakon dan krew produksi, kami berjaya melakukannya. Saya percaya drama ini akan membuka lembaran baru dalam industri drama televisyen negara. Saya berharap rakyat Malaysia akan menonton drama SELUDUP ini dan terus menyokong karya-karya tempatan yang bermutu tinggi”.










Tiz datang dengan boipren dia rupanya...hehehe



Tentang Astro Malaysia Holdings Bhd

Astro Malaysia Holdings Bhd merupakan peneraju kumpulan media bersepadu di Malaysia dan Asia Tenggara yang beroperasi dengan 4 perniagaan utama; TV berbayar, Radio, Penerbitan dan Media Digital. Dengan pelanggan kediaman berjumlah 4.2 juta atau penembusan kita-kira 60% daripada televisyen kediaman di Malaysia, Astro menawarkan 182 saluran TV, termasuk 48 saluran HD, yang disediakan melalui satelit TV Direct-To-Home, IPTV dan OTT. Astro menyediakan perkhidmatan HD, 3D, PVR, VOD dan IPTV melalui Astro B.yond dan Astro On-The-Go.

 Memenuhi komitmen untuk merapatkan jurang digital untuk semua rakyat Malaysia, Astro memperkenalkan NJOI sebagai perkhidmatan TV satelit DTH permulaan dan merupakan TV satelit tanpa langganan pertama di negara ini, dengan 23 saluran TV dan 20 saluran radio. Astro Radio yang meliputi stesen radio dengan rangkaian stesen dalam bahasa-bahasa utama merupakan stesen yang mencatatkan pendengar paling ramai, mencecah sekitar 12.6 juta pendengar setiap minggu di Malaysia dan boleh didengari melalui saluran terrestrial dan digital.

Bahagian digitalnya merangkumi penerbitan digital, aplikasi dan platform serta penerbitan majalah hiburan dan gaya hidup tempatan. Astro telah menerima Anugerah Emas bagi kategori Media dan Hiburan di Putra Brand Awards Malaysia untuk 5 tahun berturut-turut dari tahun 2010 ke 2014, termasuk Anugerah ‘Brand of the Year’ pada tahun 2012 dan ‘Brand Icon’ pada tahun 2013. Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dianjurkan oleh Astro telah menerima tiga pengiktirafan Stevie Awards dari Anugerah Perniagaan Antarabangsa (IBAs) 2013. Anugerah-anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha Astro yang melambangkan inovasi, kualiti serta tanggungjawab sosial korporat yang kukuh.


Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd.

Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin. Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari
www.mastermindgroup.com.my.

Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd – Untuk pertanyaan media, sila hubungi Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125| amy.lisa@geometry.com

6 Orang Memberi Komen & Pendapat

la...dh start rupanya....ingatkan lama lg....dh tinggal brpa episod.....

semoga Astro akan terus berjaya menghasilkan drama yg bermutu dan mampu mendidik masyarakat menjadi insan yg lebih baik

berisi orangnya boipren Tiz :P krik krik

Bagus juga ada cerita camni.. Membuka mata kita terhadap penyeludupan.. Bagi kesedaran sikit kepada mereka-mereka yang beli barang seludup tu.. Hewhew..


EmoticonEmoticon