Tuesday, March 25, 2014

Status Halal Letto Pepero

Statut Haram Coklat Pepero


Lotte Pepero Tiada Status Sah Halal buat setakat hari ini...,  huh....??????

Kepada peminat coklat Pepero mesti rasa terkejut dan macam tak puas hati yer dak..?? termasuk gua sebab gua sendiri salah seorang peminat coklat Pepero..hehe rasa dah lebih 10 kotak besar yang gua dah makan.. =(

Coklat Lotte Pepero yang terkenal di Langkawi ini menjadi salah satu kiriman wajib kawan-kawan bila kita pergi ke Langkawi kerana dia punya rasa tu sedap gila abaq ang

Semua sedia maklum, Lotte Pepero merupakan biskut berperisa coklat yang diimport dari Korea. Ia juga menjadi antara coklat popular yang dijual di pulau bebas cukai Langkawi. Setiap pelancong tempatan yang pergi ke Langkawi, pasti akan borong coklat Pepero ini...tak caya pergi la Langkawi..hihi

Isu Halal dan Haram Coklat Pepero ini timbul bila rakan blogger iaitu Hasrul Hassan bersama isteri merasa ragu dengan kandungan yang ada dalam coklat pepero iaitu Whey Powder, Glycerin, Sodium Prostate dan Shortening. Bahan-bahan ini memang terkenal terhasil dari sumber haiwan, walaupun sumber dari tumbuhan wujud. Namun, disebabkan tiada pengesahan tersebut, jadi ia menjadi bahan yang meragukan.

Dengan inisetif sendiri hasrul hassan dengan isteri mereka jadi CSI untuk menyiasat..hehe


Monday, March 24, 2014

Hang Tuah Yang Gagah

Hang Tuah telah dilahirkan pada tahun 1388 Masehi. Ini kerana mengikut riwayat, usia Hang Tuah pada tahun 1400 Masehi adalah 12 tahun. Pada usia tersebut beliau telah berjaya membunuh 2 orang yang mengamuk di Bajeng.


Nama Sebenar Hang Tuah adalah Daeng Merupawah atau Daeng Mempawah, iaitu anak kepada Raja yang pernah memerintah Daerah Bajung (ejaan sebenarnya adalah Daerah Bajeng, Gowa, Makassar). Hikayat Sulatus Al Salitin bertulisan jawi dengan ejaan ‘Ba Alif Jim Nga’ menyebabkan sebutannya menjadi Bajung. Tidak pernah wujud Daerah Bajung di Makassar atau Gowa tetapi yang ada hanyalah Daerah Bajeng, di Gowa, Makassar.


****************************

Biar gambar bebicara siapa Hang Tuah



Hang tuah dalam perjalanan ke sesuatu tempat...., menaiki keretanya sendiri..





Sila kagum dari jauh... ketika ini beliau sedang sibuk membertahankan tanah air




Sentiasa menjemput tetamu ke rumahnya





Walaupun beliau diminati ramai..tetapi awas..!! jangan cuba mengorat beliau kerana beliau sudah berpunya.....!!! dah ada anak sorang yang comel macam papa dia..wahahahhaha

Hehe...sengal.!


Baju Pink ni gua pakai sebab tema perkahwinan kazen YANA ialah melayu tradisional..tapi gua je sakai pakai tema pahlawan melayu hahahaahaha derm derm..derm..!!!


ISES 2014 Berlangsung Dengan Jayanya



Sebelum ini gua ada cerita pasal ISES 2014 , dan baru ini gua bersama rakan blogger yang lain berjaya menghadiri Persidangan yang menarik yang diadakan di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya bertemakan Currency of Autonomy – Sustainable Energy

ISES 2014 dianjurkan bertujuan untuk berkongsi amalan baik disamping membantu industri tempatan dan juga luar negara mengenal pasti cara-cara yang sesuai bagi menyampaikan ilmu pengetahuan dan teknologi kepada masyarakat, serta pembiayaan bagi transformasi ke arah kemerdekaan tenaga dan pembangunan yang mampan

ISES 2014 juga menyediakan platform dan peluang untuk RE dan EE industri profesional di Malaysia dan dunia untuk bertemu, berbincang dan mendapatkan maklumat terkini dan isu-isu yang berkaitan dengan Sustainable Energy  di Malaysia.


ISES 2014 ini dirasmikan oleh  Datuk Seri Diraja Mahdzir Khalid iaitu  Timbalan Menteri KeTTHA.., apa yang menarik gua rasa yang hadir dalam persidangan ini ialah lebih kurang dalam 600 orang..fuh..full house abaq ang..!!

Selepas merasmikan ISES 2014  Datuk Seri Diraja Mahdzir Khalid sempat melawat beberapa tapak pemeran yang diadakan di ISES 2014



Sebelum itu  Datuk Seri Diraja Mahdzir Khalid juga sempat memberikan hadiah-hadiah kepada pemenang mewarna pada adik-adik comel kita.




SEDA Malaysia juga berjaya menyediakan maklumat terkini dan pembangunan RE dan EE yang terkini di negara ini berkenaan dengan rangka kerja undang-undang dan pelaksanaan. Topik penting lain yang disampaikan oleh penceramah terkenal dari seluruh dunia termasuk pembiayaan hijau, tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga.

Apa yang menarik lagi pengkongsian dari beberapa Panel luar negara seperti Jepun, German, Australia, India dan banyak lagi berjaya membuka idea dan juga input kepada semua peserta yang hadir pada persidangan itu. Apa yang lebih menarik lagi gua dapat tahu mengenai tenaga boleh baharu yang baru iaitu teknologi geothermal.


********************************

Bawah ini gua sediakan beberapa gambar sekitar berlangsungnya ISES 2014






Friday, March 21, 2014

Cara Jimat Elektrik Di Rumah

Cara jimat elektrik


PENGENALAN

Gua hampir pasti dan tiada siapa boleh menafikan bahawa Tenaga Elektrik merupakan salah satu sumber tenaga utama yang digunakan di rumah...yer dak..? Korang seharusnya terus menikmati manfaat daripada peralatan elektrik dengan tidak menggunakan lebih banyak tenaga daripada yang sepatutnya. Penggunaan tenaga elektrik secara cekap sebenarnya dapat menjimatkan wang serta dapat membantu memelihara alam sekitar...fuh pahala tu korang tau dak..?

Korang nak tak bil elektrik yang rendah dan menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar? Meh gua nak share sikit cara korang dapat mengurangkan sehingga 10% penggunaan elektrik tanpa menjejaskan tahap
keselesaan hidup korang


APAKAH KECEKAPAN TENAGA?

Sebelum itu gua terangkan apa itu Kecekapan Tenaga. Kecekapan tenaga (elektrik) bermakna anda menggunakan tenaga elektrik yang minima untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah atau di tempat kerja. Ini juga bermakna anda akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping menikmati kemudahan yang sama!


Mengapakah anda perlu menggunakan elektrik dengan cekap?

a) Untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil (gas dan
arang batu) yang:
• bekalannya semakin susut
• kos yang semakin tinggi
• menghasilkan gas-gas berbahaya yang boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan manusia dan alam sekitar,

b) Untuk memelihara alam sekitar yang merupakan satu-satunya
warisan kita untuk generasi akan datang; dan

c) Untuk mengurangkan perbelanjaan isirumah.

Contoh cumah cekap tenaga korang boleh tengok di SINI (klik)


Penggunaan Elektrik Di Rumah Anda

Pada kadar biasa anggaran bil elektrik bulanan bagi satu keluarga
yang menetap di rumah kos rendah ialah RM80, rumah kos sederhana
RM170 dan rumah banglo RM450.

Ruang dapur merupakan tempat penggunaan utama elektrik di rumah iaitu lebih kurang 45% dari jumlah keseluruhan seperti di Jadual yang gua tepek dekat bawah ni


Penggunaan elektrik di sesebuah rumah sangat bergantung pada saiz keluarga, gaya hidup, bilangan serta umur peralatan elektrik dan tempoh penggunaannya. Anda boleh mengira anggaran kos elektrik


********************************************

Tip Penjimatan Tenaga Untuk Peralatan Rumah

Ok sebagai tanda perihatin..gua sharekan beberapa cara untuk korang menjimatkan tenaga elektri dirumah peribadi korang..

Sebenarnya dengan mengubah cara hidup penjagaan elektri korang boleh jimat secara tak langsung menjaga alam sekitar..hehe

Meh tengok di bawah



Akan datang gua kongsikan tips cara memilih atau membeli peralatan elektrik dirumah....



Wednesday, March 19, 2014

Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya (Bookerville) & MPH Best of 2013 Award Night




Haaa..., 19- 23 Mac 2014 siapa yang free boleh la datang ke PICC Putrajaya.., tujuan pesta buku ini diadakan ialah untuk memberi peluang kepada peminat setia buku sedunia untuk memberi persekitaran positif dalam dunia bacaan...ah apa yang gua cakap ni..hahaha, senang cerita kenapa semua peminat buku boleh la datang ek.., Di fahamkan lebih 5juta buku akan ditawarkan pada harga yang terbaik.!

Pameran ini terdiri daripada buku-buku, majalah, e-buku, bantuan pendidikan, alat tulis, digital dan peranti IT, mainan dan apa yang lebih menarik ialah ada Hadiah

Gua tahu, buku adalah benda mati. Namun meluangkan waktu dengan benda mati yang mampu menghidupkan, jauh lebih baik daripada meluangkan waktu dengan makhluk hidup yang mematikan.. yer dak..? Gua  cinta buku , gua  cinta foto . Benda mati yg sentiasa memberi erti hidup . Bukan utama tapi nyata ..hehe.

Banyak aktivi menarik termasuk nak bawak anak-anak pun sesuai..

Jom..!!!!!!!!!!!!!!!!

Gua nak mai datang esok..., sebab nak tengok malam pembukaan ada mantan perdana menteri kita iaitu Tun Dr Mahathir Muhammad

Pameran Buku Antarabangsa Putrajaya 2014


Untuk keterangan lanjut korang boleh wusha : http://www.mphonline.com/offers/pibf.aspx


Sekian..Peace


Monday, March 17, 2014

Peranan dan Fungsi SEDA MALAYSIA



Salam,

Siapa sedar atau tidak banyak gua kongsikan beberapa entri berkaitan dengan SEDA MALAYSIA ataupun Tenaga Boleh Baharu yer dak..??

Tapi ada gak orang tanya gua apa peranan SEDA Malaysia sebenarnya..??

Ok kali ini gua nak terangkan detail mengenai SEDA Malaysia dan peranannya dalam membantu Kerajaan untuk mengekalkan ekosistem bumi dari terus mengalami pencemaran... kita semua sedia maklum macam mana dengan ekosistem bumi kita sekarang yer dak..??

Apa yang penting gua nak terangkan di sini ialah SEDA Malaysia sebenarnya tiada kaitan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebaliknya ia lebih berperanan besar dalam memastikan Mekanisma Feed-In Tarif (FiT) berjaya dilaksanakan di Malaysia.

Nama panjang untuk SEDA Malaysia ialah Sustainable Energy Development Authority Malaysia) ia  merupakan Badan Berkanun di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang berperanan penting dalam mentadbir dan menguruskan pelaksanaan mekanisme Tarif Galakan (FiT) melalui mandat yang termaktub di bawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 (Akta 276)

SEDA Malaysia akan mempromosi penggunaan teknologi yang direka untuk menggalakkan kecekapan penggunaan Sumber Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy) seperti Teknologi Solar PV, Biogas,Biomas atau Mini Hydro.

Pada masa yang sama SEDA Malaysia turut memainkan peranan penting untuk memastikan setiap pengeluaran tenaga (termasuk tenaga elektrik) digunakan secara cermat dan benar tanpa pembaziran untuk memastikan generasi akan datang tidak melalui zaman kelam akibat pencemaran alam.



Antara Fungsi utama SEDA Malaysia adalah

Mengalakkan dan melaksanaan okjektif dasar negara bagi Renewable Energy. Mengalakkan, meransang, memudahkan dan membangunkan Sustainable Energy. Melaksanakan, menguruskan, memantau dan mengkaji semula sistem Feed-In Tarif agar ianya bersesuaian dengan kehendak masa dan ekonomi negara. Pada masa yang sama SEDA Malaysia turut mengalakkan penyertaan orang awam dan menambah kesedaran tentang keperluan penjimatan tenaga, pengenalan kepada Industri Teknologi Pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui untuk penghasilan Tenaga Elektrik. Seda Malaysia juga memastikan Sustainable Energy memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negera dan pada masa yang sama turut membantu dalam memulihara alam sekitar.

SEDA Malaysia lebih berperanan besar untuk memastikan negara berjaya membangunkan Industri Teknologi Penggunaan Sumber Tenaga Boleh Baharu sebagai sumber tenaga untuk menjana Tenaga Elektrik agar selepas ini Tenaga Elektrik dihasilkan tidak lagi perlu bergantung kepada penggunaan Sumber yang boleh habis dan pada masa yang sama boleh mencemarkan alam.

Gua percaya ramai yang masih belum sedar akan kewujudan agensi seperti SEDA Malaysia yang sememangnya perlu diwujudkan untuk memastikan negara berjaya dalam pembangunan Teknologi Penggunaan Sumber Tenaga Boleh Baharu yer dak..??

Masyarakat masih belum sedar akan keperluan Pembangunan Teknologi Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy). Pencapaian terhad melalui Program Small Renewable Energy Power (SREP) dari tahun 2001 sehingga tahun 2008 telah menyebabkan KeTTHA memutuskan agar perlu diwujudkan Dasar dan Tindakan Tenaga Boleh Baharu (TBB) agar Pembangunan Teknologi Tenaga Boleh Baharu berjaya dilaksanakan tahun demi tahun.

Inilah juga adalah peranan SEDA Malaysia kerana masyarakat awam sememangnya perlu tahu didedahkan lebih detail perkara yang berkaitan seperti Program Small Renewable Energy Power (SREP) agar semua masyarakat boleh menyumbangkan peranan sama ada sebagai Pengusaha atau sebagai penyokong Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) ataupun memainkan peranan penting dalam pemulihan alam sekitar.

Ini sememangnya saru langkah yang penting kerana kita bukan sahaja boleh menyumbang sesuatu dalam pembangunan ekonomi negara pada masa yang sama turut berperanan dalam menyumbang sesuatu yang berharga untuk generasi kita yang seterusnya iaitu udara yang sihat serta bumi yang tidak lagi tercemar.


sumber rujukan dari SEDA Malaysia

Thursday, March 13, 2014

SBB2014 meriah




8 Mac 2014 aritu berlansungnya majlis yang power gila buat semua blogger kerana adanya event Himpunan Mega Blogger yang berjaya mengumpulkan lebih 350 blogger dari serata pelusuk negeri..

Tapi sayangnya gua agak pemalu nak tegur semua orang.., borak dengan orang yang gua kenal je hahahaah semdol betul

So gambar diri sendiri pun takda di majlis tu..sebab apa jawapan dia sebab salah gua sendiri...ok bai, malas cita panjang sebab rasa nyesal...

Yang pasti ramai awek cun...tapi sayangnya yang cun semua bini orang..hahahahaha jangan marah ek blogger perempuan bujang..

Banyak gambar Sepetang Bersama Blogger 2014 di ILuvTour


Sekian..Peace

Wednesday, March 12, 2014

Facebook Pauria NM Pemilik Passport Palsu MH370



Facebook Pauria NM Pemilik Passport Curi MH370


Salah seorang pemilik passport curi warga iran iaitu Pouria Nour Mohammad  Mehrdad yang berumur 19 tahun memiliki Facebook

Antara gambar last yang di upload di facebook milik peribadinya ialah pada 4/3/2014.. bergambar di Banggunan tertinggi negara kita iaitu di KLCC

Facebook Pauria NM


Seperti yang kita tahu dari keratan media.., beliau yang pada mulanya adalah suspek utama yang dijangka membuat angkara di Pesawat MH370 tapi semuanya adalah tidak benar

Ini kerana beliau merupakan warga Iran yang disyaki ingin menjadi warga negara German kalau tak silap... dalam akaun facebook beliau korang boleh baca beberapa komen dari rakan dan orang ramai mengucapkan takziah dan menyeru supaya pulang dengan selamat..

Kalau nak wusha facebook Pauria klik SINI 

Kita masih mengharapkan segala kesulitan MH370 dapat diselesaikan.., dan hentikan jadi bodoh memainkan isu ini sebagai lawak jenaka...terima kasih




Tuesday, March 11, 2014

Wartawan UTUSAN TAK KAJI SEBELUM MENULIS..!!


Entri ini tiada kaitan dengan MH370.., tetapi kaitan dengan artikel wartawan dalam isu MH370

Dalam artikel di Utusan di laman webnya yang bertajuk Pakar 'bingung' pesawat hilang pada hari ini menulis tanpa ilmu atau selidik dulu ker faktanya..???

Dah 17 tahun UPM bertukar nama Universiti Putra Malaysia.., kenapa si wartawan Utusan ni sesuka hati menulis UPM dengan nama Universiti Pertanian Malaysia..????

Pada  3 April 1997, nama Universiti ditukar dari Universiti Pertanian Malaysia ke Universiti Putra Malaysia oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, untuk menggambarkan status UPM sebagai pusat pengajian tinggi yang merangkumi pelbagai bidang, terutamanya sains dan teknologi maklumat yang menjadi keperluan kepada pembangunan negara di alaf baru ini.

Tengok Print Skrin yang gua buat pada tarikh 11/3/2014 pada pukul 10.57am  di bawah

wartawan utusan salah info



Korang boleh tengok di LINK ini untuk membuktikan yang penulis artikel ini tidak pandang serius dengan nama sesebuah Universiti..,

Kenapa gua sibuk..??? sebab gua bekerja di Jabatan Aeroangkasa UPM dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merupakan bekas Ketua Jabatan gua..

Kalau orang awam tak kisah la lagi tak amik tahu UPM dah bertuka ke Universiti Putra Malaysia.., tetapi ni kau wartawan oi..!! buek malu je..



Monday, March 10, 2014

Sektor Tenaga Bio Malaysia menarik minat German



Sumber tenaga yang terdapat di Malaysia ada banyak yer dak..? dan salah satunya ialah dari Bio

Pengeluar dan peneraju teknologi boleh diperbaharui dari Jerman melihat potensi besar untuk terbabit sama dalam pembangunan industri tenaga berasaskan bio di Malaysia.

Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC), Jens Reisch, sendiri mengakui bahawa Jerman memang memiliki pengalaman lebih dua dekad membangun dan menerajui tenaga boleh diperbaharui di Eropah yang hingga kini menyumbang 24 peratus tenaga elektrik negara itu.

Namun, apa yang membanggakan kita beliau berkata, Malaysia berada di kedudukan lebih baik dalam industri itu berdasarkan kelebihan memiliki banyak biojisim dan bahan buangan perladangan yang sangat diperlukan sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui.


Malaysia miliki kelebihan sumber

Beberapa peserta dan peneraju industri dari Jerman mahu datang ke Malaysia dan meneroka peluang ini kerana mereka memiliki kepakaran yang menyeluruh dalam sektor tenaga berasaskan bio tetapi tidak memiliki kelebihan bekalan biojisim yang banyak seperti di Malaysia.

Mereka juga cemburu dengan kelebihan Malaysia ini, namun sayang tidak banyak syarikat perladangan di negara kita  ini yang ingin meneroka potensi sektor itu sedangkan kita mempunyai keupayaan untuk membangunkan sektor itu. Selain itu mereka berpendapat Malaysia perlukan satu model atau sistem tarif galakan (FiT) yang tepat dan lebih menarik untuk menggalakkan minat peserta perladangan ini beralih membangunkan sektor tenaga berasaskan bio.

Sasar 100 juta tan setahun

Kementerian menyasarkan pengeluaran biojisim kelapa sawit akan meningkat kepada 100 juta tan setahun menjelang 2020 berbanding 83 juta tan tahun-tahun sebelum ini

20 juta tan itu akan digunakan untuk penggunaan bernilai tinggi, termasuk untuk membangunkan sektor tenaga boleh diperbaharui negara kita , sejajar usaha meningkatkan sumbangan tenaga boleh diperbaharui dalam keseluruhan pembekalan tenaga negara.

Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan sumbangan tenaga boleh diperbaharui kepada 11 peratus menjelang 2020 berbanding sekitar 0.8 peratus kini dan kita sedang berusaha mencapai sasaran ini.


Malah, berdasarkan laporan Strategi Biojisim Kebangsaan 2020, pengeluaran biojisim yang tinggi juga dapat meningkatkan sumbangan RM30 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar menjelang 2020, mengurangkan pengeluaran karbon dan mewujudkan kira-kira 66,000 pekerjaan

Jasmine Johari berjaya tipu seluruh rakyat Malaysia termasuk ASTRO AWANI

a



Pasti seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan MH370 mengenali status sedih Jasmine Johari yer dak..??

Gua pun turut sedih dengan beberapa status yang di sharenya di twitter.., bukan gua jer tertipu ramai selebriti tempatan turun RT tanda simpati dengan kononnya anak kepada salah seorang di dalam MH370

Seluruh rakyat Malaysia percaya kerana status dan pemilik akaun yang kita tidak ketahui ini disebarkan oleh Media Tempatan iaitu Astro Awani..hurm....


Bawah ini beberapa status yang popular.. 





Malam tadi bermulanya kantoi si Jasmine Johari ini selepas kecoh di Twitter...,

Lepas dah kantoi dia buat akaun baru pulak semata untuk minta maaf...hurm... pemilik gambar yang sebenar adalah rakyat Filiphina..., dia terkejut gambar dia tetiba popular di Malaysia gara-gara si fake jasmine johari.


Persoalannya kenapa Astro Awani pun tertipu dengan akaun twitter yang Fake takkan tak siasat dulu dari keluarga mangsa yer dak..?? kita bila dah keluar TV haruslah percaya..hurm







Kesian adik sorang ni..kesian lagi kita yang tertipu yer dak..??. korang rasa patut tangkap ke atau patut maafkan jer...???


gambar kredit tengoktvonline

Monday, March 3, 2014

AIR MINERAL SPRITZER HARAM SUMBER AIR DARI KUBUR CINA.!!!???

Salam.., korang pernah dengar atau tahu dak isu pasal Air Mineral Spritzer Haram diminum kerana sumber air Spritzer dari kubur cina..??

Kok yang pernah dengar tu maksudnya pernah baca di blog ataupun facebook yer dak..??? contoh ayat yang tersebar adalah dibawah ini


Fuh....dia punya ayat kemain lagi islamik menyusuk kalbu yer dak..?? Yang baca tu pun kemain ramai la share konon prihatin sayangkan agama dan tak selfish katanya..hehe

Dan ada beberapa blogger pun dengan yakin share la di blog masing-masing menandakan sayangkan umat islam tapi tanpa siasat dapat dari sumber yang sahih hehe

Antara ayat blogger yang ada ialah :

Takk boleh percaya Cina ni ... Kalau berniaga, mesti menipu. Depan nampak bersih, kemas dan professional tapi belakang lain cerita. Cina pun bukan mempunyai tabiat dan cara hidup yang bersih.  Buat apa nak beli barangan buatan Cina Teruskan boikot. Jangan seposen pun duit hala kta sampai ke tangan cina.

Kejadah apakah ini point dia jangan beli produk orang Cina hahaahha. sebenarnya isu ini dah dekat 10 tahun ,bukan baru tahun lepas ataupun tahun ini..tapi bila dah ada facebook kecoh la kembali yer dak..?

Ada lagi tu gua baca siap tulis

Kami orang taiping dah lama tahu air spritzer ni kotor sebab dekat dengan kubur...kami orang taiping tak minum air spritzer

*********************************************

Korang setuju ke dengan Fakta yang diberikan diatas..??? ok gua siasat menggunakan Google Earth kita tengok



Sunday, March 2, 2014

Air Mineral SPRITZER Dari Kubur Cina..?

kilang air mineral spritzer
Air Spritzer

Ado den donga cito air mineral spritzer haram la itu la ini la...hihi., isu lama dibangkit kembali...,

Semalam gua baru balik dari Kilang Spritzer sendiri dan tau kesahihan cerita misteri antara kubur cina dan kilang air mineral Spritzer..

Bukan gua sorang pergi melawat tapak Kilang Spritzer tetapi lebih 20 orang blogger yang join melawat tapak Kilang Spritzer semalam


jenis air spritzer


Hasil rembatan di Kilang Spritzer, penuh peti ais gua dengan Air Spritzer...hehe

Untuk detail bukti semua sama ada betul atau tidak Kilang Spritzer dekat dengan kubur cina...., gua dah huraikan panjang lebar di SINI