Tuesday, April 29, 2014

Kejutan Sempena Hari Ulang Tahun Untuk Isteri





Haaaa..., hari ini merupakan anniversary gua dan yana yang ke 3..., so tengah malam tadi gua dengan romantik bengongnya  membuat idea sempoi untuk membuat kejutan

Gua ni bukanlah seorang yang romantik...tapi seorang yang bengong..


Gua membuat idea spontan dengan mengambil sehelai kertas A3 dan menulis diatasnya beberapa potongan ayat yang sangat romantik... masa gua tulis ayat tu pukul 1.30am..hehe

Macam mana la perasaan yana pagi tadi bila dia bukak laci je baca potongan ayat dari gua..tengok bawah ni...('',)



Ha...nampak power dak ayat gua..?? siap speaking lagi.., yela dah pukul 1.30 pagi mana nak cari idea buat ayat yer dak..? Dah la tulisan buruk..., tapi mahal woi tulisan buruk..original...!!

So sebenarnya ayat atas tu gua google je..hahaahahah., nampak tak ayat last sekali yang gua tulis tu..?? Cuba teka gua bagi hadiah apa..hehe

Kalau nak baca perasaan YANA boleh baca di SINI


*sila kagum dari jauh

Sekian...Peace (~_^)v



p/s ini bukan suwit..ini lawak...('',)


Monday, April 28, 2014

Esok Ulang Tahun Perkahwinan Ke 3




Setiap orang yang berkahwin mesti ada ulang tahun perkahwinan yer dak..? ke takda ek..hehe.., esok 29 April 2014 merupakan hari ulang tahun perkahwinan gua dengan Yana yang ke 3.., eh betul ke 3 ek..?? hahaha

Kalau masa kursus kahwin aritu bawah 5 tahun usia perkahwinan , ustaz tu cakap masih dalam sesi suai kenal.., yela gua setuju 5 tahun ini lah proses suai kenal dari segi tahu bau kentut laki bini.., alunan bunyi kentut laki bini  dan lain lain.

Bagi gua, apa yang bahagia dalam rumah tangga ialah adanya isteri dan juga anak.., kenapa bahagia..? sebab kedua itu adalah anugerah dari ALLAH.., cara kita sahaja bagaimana nak mengolah  kebahagiaan itu.

Dan dalam rumah tangga pergaduhan adalah amat penting sekali.., kenapa..?? jawapan dia entahlah..gua pun tak tahu..hahaha

Dah malas bebel panjang sebab nanti esok entri Ulang tahun takde idea pulak nak tulis apa-apa..('',) so hadiah ulang tahun perkahwinan gua dah ada dah..hehe.., belanja kepsi ker la ok YANA..hahahahahah




Sunday, April 27, 2014

Jom Shopping Barangan Sukan Puma



Kepada semua peminat sukan pasti kenal dengan jenama PUMA yer dak..? dan kepada yang tak tau Puma adalah antara peneraju dalam penggunaan teknologi moden atas pembuatan barangan sukan. Kejayaan dorang di serata dunia adalah disebabkan kemampuan mereka untuk mencipta kejutan dengan keberanian dalam melopori cara pembuatan yang tidak terfikir oleh pesaing mereka. Puma Malaysia begitu berbangga dengan barisan produk di bawah jenamanya yang telah diakui sebagai sangat berkualiti tinggi. Kelihatannya cara pembuatan mereka yang sangat moden telah menghasilkan produk yang menepati cita rasa para pembeli...kalau korang tak caya pergi tanya peminat barangan Puma..hehe





Bila sembang pasal jenama Puma ini,  yang pastinya antara sebab ianya menjadi jenama pilihan ramai ialah atas faktor keselesaan.. yer dak..?  Peminat barangan Puma sendiri telah mengiktiraf barangan mereka sebagai antara yang terbaik boleh didapati di luar sana. Ini telah memberikan kesan yang positif terhadap Puma dan mengukuhkan kedudukan mereka sebagai jenama sukan yang paling disukai oleh peminat sukan.

Stigma lama barangan sukan selalunya kelihatan ‘dull’ atau membosankan kini tidak lagi menyelubungi jenama ini...., ha amik kau ayat gua punuh ilmiah..

Gua tengok jenama PUMA telah mengorak langkah yang cukup besar apabila dorang berjaya tampil dengan rekaan produk yang cukup menarik, stylish dan yang paling penting, fashionable!!!  Dalam masa korang nak bersukan,  korang masih boleh kelihatan cukup bergaya apabila mengenakan produk daripada Puma...setuju tak..??






Dapatkan kasut sukan, pakaian sukan, aksesori sukan dan macam-macam lagi daripada Puma Malaysia secara online. Mereka menawarkan pelbagai koleksi kasut sukan dan kasut futsal yang terbaik anda boleh miliki. Barangan Puma tidak terhad kepada para jejaka yang aktif sahaja malah mereka telah meluaskan rangkaian produk mereka untuk golongan wanita juga. Beli kasut Puma online dan dapatkan harga yang jauh lebih rendah jika anda beli ketika musim sale Malaysia atau warehouse sale. Anda pasti akan terkejut dengan apa yang anda bakal alami ketika membuat pembelian secara online – mudah, selamat, terbaik!


Friday, April 25, 2014

Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Tagar (BTSL)


Pada ISES hari itu.., salah satu perkongsian yang menarik perhatian gua ialah daripada Peter Wong., Peter Wong ni merupakan  Pengurus Besar (Pembangunan Projek) DENGAN KUB-Berjaya Enviro Sdn Bhd (syarikat induk KUB-Berjaya Energy Sdn Bhd). Beliau ada ijazah sarjana muda dalam Awam dan Alam Sekitar Kejuruteraan pada tahun 1998 dari University College London, United Kingdom, dan mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam pengurusan sisa pepejal dan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia dan serantau. beliau kongsi mengenai pusat pelupusan yang terletak di Bukit Tagar.

Beliau kongsikan sedikit sebanyak FiT yang diperolehi dari Bukit Tagar ini

Bukit Tagar Sanitary Landfill


Pembangunan Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Tagar ("BTSL")  termasuk pembinaan tapak pelupusan infrastruktur dan kemudahan, operasi, penyelenggaraan dan pengurusan tapak pelupusan ke atas konsesi tempoh 40 tahun. 


BTSL terletak lebih kurang. 50km dari Kuala Lumpur dan boleh diakses dari Lebuhraya Utara Selatan melalui persimpangan Bukit Tagar telah dibina khas. BTSL dibangunkan pada jejak 700 ekar, dengan tambahan 1,000 ekar zon penampan yang terdiri daripada tanah yang belum dibangunkan sekitar jejak tapak pelupusan. Ia di tengah-tengah ladang kelapa sawit di kawasan jarang penduduk di daerah Hulu Selangor.

Siapa yang nak  balik kampung tu kalau rajin singgah la..hehe


KAPASITI BUANGAN

Dengan kapasiti 120 juta tan metrik, BTSL berupaya menampung keperluan pelupusan sisa pepejal dari kawasan Selangor dan Kuala Lumpur untuk tempoh lebih daripada 40 tahun. BSTL direka untuk mengendalikan sisa pepejal perbandaran dan buangan bukan toksin.


REKAAN TAPAK PELUPUSAN BTSL 



BTSLdireka sebagai sebuah tapak pelupusan Tahap IV, dengan pelapik membran HDPE, pengumpulan dan sistem rawatan leachate. Tapak pelupusan akan dimajukan dalam 17 fasa sepanjang tempoh 40 tahun. Ia dilengkapi sistem pemantauan air permukaan tanah yang komprehensif untuk mengawai sebarang pencemaran.


Operasi Tapak Pelupusan

BTSL dikendalikan dan diselenggarakan oleh pasukan yang berpengalaman dengan pelbagai trak, jentera pemadat dan loji bergerak bumi di pelupusannya. Pasukan operasi berfungsi pada tiga syif, tujuh hari seminggu.


Operasi BTSL dikawal dan dironda 24 jam. Semua trak sisa pepejal yang memasuki kawasan ini diperiksa oleh pegawai keselamatan. Ia juga dilengkapi dengan sistem kad pintar untuk pengenalan kenderaan dan rakaman data di jambatan timbang. Kawasan untuk menimbun sisa pepejal dirancang dan ditentukan setiap hari.

Jentera pemampat dan jentolak digunakan setiap hari untuk memampat sampah dan menutup sisa pepejal bagi mengekalkan kebersihan, mencegah bau busuk dan mencapai kapasiti maksimum.


Satu program latihan berterusan menyeluruh disediakan untuk melatih pasukan untuk memastikan standard optimum dikekalkan sentiasa. Ini termasuk tetap taklimat dan percubaan berjalan pada prosedur keselamatan dan kecemasan. Satu pasukan yang terlatih khusus untuk menguruskan loji rawatan leachate, yang beroperasi sepanjang masa.

***************************************


Menjana Tenaga Dari Gas Tapak Pelupusan 

Dalam usaha pemuliharaan alam sekitar selain mengekalkan status sebagai tapak pelupusan bertaraf dunia, satu sistem pengurusan gas pelupusan yang komprehensif telah dibina di tapak pelupusan ini untuk mengurus dan merawat gas sisa pepejal.

Ini melibatkan rawatan dan pengurusan secara suaran atau pembakaran gas yang mana berupaya menjana 4.4 megawatt tenaga elektrik dari gas metana yang terhasil dari tapak pelupusan. Tenaga hijau yang terhasil melalui proses ini disalurkan kepada grid utama Tenaga Nasional Berhad di bawah skim Feed-in Tariff.


Sistem pengurusan gas tapak pelupusan di Bukit Tagar dibangunkan atas usaha sendiri pihak pengurusan syarikat. Tahap operasi yang dilaksanakan di sini adalah piawaian lebih tinggi dari tahap piawaian yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar.Dalam usaha ini, tapak pelupusan Bukit Tagar telah merakamkan perolehan kredit paling tinggi untuk tapak pelupusan di Asia Tenggara dib awah skim CDM.

Tenaga hijau yang terhasil melalui proses ini disalurkan kepada grid utama Tenaga Nasional Berhad di bawah skim Feed-in Tariff. Loji penjanaan elektrik dari sumber biogas di tapak pelupusan Bukit Tagar ini adalah merupakan loji yang terbesar di Malaysia.

Dalam merencana matlamat agenda hijau, pihak pengurusan telah memulakan ujian projek tenaga suria di salah satu sel pelupusan yang telah mencapai had kapasiti dan kini ditutup.

Projek tenaga suria 125 kW ini sedang membuat penilaian beberapa pilihan panel penjana tenaga suria bagi menentukan kesesuaian teknologi yang boleh dimajukan untuk fasa seterusnya. Tenaga suria yang dihasilkan dari loji ini juga akan disalurkan kepada grid utama Tenaga Nasional Berhad di bawah skim Feed-in Tariff.


******************************



Apa yang menarik, disini juga menyediakan pusat pembelajaran BTSL menyediakan sebuah Pusat Pembelajaran sebagai pusat sumber untuk penyebaran maklumat kepada masyarakat mengenai tapak pelupusan sanitari termasuk operasi dan pengurusan BTSL.

Pusat Pembelajaran ini dilengkapi bilik latihan dan seminar, model skala BTSL dan model prasarana tapak pelupusan umum dan juga sampel bahan binaan yang digunakan dalam pembangunan dan pembinaan tapak pelupusan moden.

BTSL telah menerima banyak kunjungan dari ramai ahli akademik dan pelajar pusat pengajian tinggi, selain pegawai kerajaan tempatan dan luar negara. BTSL juga menjalankan sesi pembelajaran dan latihan untuk pegawai-pegawai dari Jabatan Alam Sekitar mengenai pengurusan dan operasi tapak pelupusan.

sumber slide show peter wong di ISES 2014 dan KUB




Wednesday, April 23, 2014

Blog Personal Pun Boleh Dapat SEO



Daripada gambar diatas kepada semua blogger majoriti paham yer dak dengan statistik diatas menunjukkan apa..?

Ok kepada yang tak paham gua terangkan sedikit.., gambar diatas menunjukkan dari mana sumber trafik sesuatu blog itu datang dan dari gambar diatas ini menunjukkan sumber trafik yang paling tinggi datang adalah daripada google..so secara tak langsung blog ini kuat juga SEOnya yer dak..?

Jadi maksudnya disini apa yang orang search di google , ia akan terpapar link blog kita dan orang itu akan masuk ke blog kita..ha gitu.., ni basic nak terangkan apa itu SEO.

Gambar diatas adalah dari Nuffnang iaitu salah satu sumber rujukan untuk kita rujuk trafik ataupun sumber trafik sesuatu blog kita.., banyak lagi sumber lain yang korang boleh tengok .


*********************************

Point utama gua disini ialah korang tak perlu nak terikut sangat dengan beberapa blogger yang memang layan SEO terutama blog peribadi ini.., soal trafik dari SEO dengan trafik dari pembaca setia blog pun berbeza dari segi kepuasan dan juga pendapatan sesuatu blog..hehe

Blog peribadi korang tu kalau dah ada pembaca setia kekalkan penulisan sendiri dan cuba belajar sikit-sikit macam mana dengan entri santai korang boleh ceduk sikit trafik dari google.., salah satunya ialah keyword di perenggan pertama dan tajuk main peranan

Selain itu, permulaan buat blogger yang inginkan trafik dari google.., sila la konsistenkan update entri tiap-tiap hari..., lagi bagus setiap entri tu kasi panjang sikit lelagi berkaitan dengan info..

Untuk permulaan  bukan senang sesuatu blog itu nak naikkan entrinya ke google.., tapi jangan risau kepada blogger peribadi ini, entri lama korang kalau entrinya padu dan kualiti blog itu padu,  dia akan naik ke enjin pencarian google..., ha amik kau bahasa hahahahaah

Apa yang gua tekankan ini lebih kepada rakan blogger yang niche nya personal dan santai.., kepada yang memang layan SEO tu dah cerita lain ok..hehe

Blog gua ni pun macam bengong dah sekarang , tapi trafik Alhamdulillah maintain juga sebab boleh cover dengan entri lama dan SEO.

Ok,  kot la korang kata aku poyo tunjuk trafik dari google atas tu kan..??? Punchline gua sekarang ialah gambar sumber trafik diatas bukanlah trafik dari blog gua ini....gua tak tepek trafik gua sebab nak buktikan blog personal biasa pun boleh dapat trafik tinggi dari google

Tapi gambar trafik diatas ialah dari blog bini gua iaitu YANA..., korang tengok blog dia sendiri ada main entri SEO...?? memang takda, tapi macam mana dia boleh dapat trafik dari google yang macam tu..? kot baca ayat bawah ni je memang la tak paham..baca balik dari atas.., hehe


Sekian..Peace (~_^)v

Tuesday, April 22, 2014

Petua dan Tips Anak Kena Chicken Pox | Demam Campak

anak kena demam campak


Gua rasa antara perkara yang paling mak dan ayah risau adalah bila mana anak kita kena ciken pox atau demam campak yer dak..??

Kenapa risau..? opkos la sebab tak sanggup tengok anak kita gatal2.., tak selesa badan dan juga beberapa perkara yer dak..?

Selain itu kepada ibu bapa yang bekerja pasti risau sebab akan memikirkan siapa nak jaga anak yer dak..? sebab takkan nak hantar anak ke Taska bila anak kena chicken pox..hehe

Nak dijadikan cerita anak gua sendiri baru-baru ini terkena dengan jangkitan chicken pox ini.., spekulasi kuat mengatakan yang di berjangkit dengan rakan di taskanya.. jadi kepada mak bapak yang anaknya terkena chicken pox atau demam campak janganlah pentingkan diri sendiri hantar anak ke taska juga ek...

Bab penjagaan Zafirah pula aku sebagai pekerja yang senang dapat cuti memainkan peranan utama untuk bercuti menjaga Zafirah di rumah... *sila kagum dari jauh hahahaha

Bila Zafirah kena chicken pox ni gua lega sikit sebab dia tak demam dan lembik , rutin harian dia seperti biasa lasak macam papa dia juga.., so senang nak jaga... ke budak kena chicken pox memang tak demam ek..hehe


*****************************

Bawah ini gua senaraikan beberapa petua orang tua untuk diamalkan..,kalau petua orang muda takda sebab orang muda pun amik petua orang tua...hihi..,  kalau dari hospital tu korang sendiri dah biasa dengan yer dak..? sapu je ubat kelamin ke calamain ke jadah apa gua lupa nama ubat sapu hahahaahah


Petua 1

 Boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun semambu juga dikenali dengan nama daun Neem.

Petua 2 

Selain daripada itu, anak yang kena demam campak juga boleh diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air). Insya-Allah demam campak akan beransur hilang.

Petua 3

 Mula-mula berikan anak anda yang mengidap demam campak atau chicken pox dengan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndak semalaman, ditumbuk atau dikisah halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan anak anda dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insya Allah kesan campai berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).

Petua 4

Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan. (Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering). Selamat mencuba!

**Elakkan mereka yang kena chicken pox dari terkena hujan sebab takut parutnya jadi berlekuk dan hitam.

petua kredit kepada blog petualamaku


*****************************


Dan setakat ini nama penyakit chicken pox ini sudah 2 kali gua sebut chicken chop di klinik...grrrrrr


Situasi diklinik kesihatan Bandar Baru Bangi

Nurse : ye abang hensem boleh saya bantu..?

ujang : erm..anak saya ni ni *sambil tunjuk ke arah zafirah yang tengah berlari-lari anak

Nurse : owh dah kawin.., anak sakit apa yer..?

ujang : tah la rasa kena chicken chop..*jawap penuh konfiden

Nurse : eh...dah la hensem tapi kelakar pulak..

Ujang : Yang awak ni dah kenapa main-main pulak

Nurse : lapar sangat ni..., bukan chiken chop la..chicken pox

Ujang : huh...?? *terus berlalu pergi tanpa berkata apa2

Nurse : duduk dulu ye nanti saya panggil 

*dialog dihensemkan untuk kepuasan penulis..('',)


*****************************


Sekian...Peace (~_^)v

p/s : siapa ada tambahan dan tips lain boleh tolong share..


tags : cara merawat anak demam campak, cara merawat anak kena chicken pox, cara atasi demam campak, cara atasi chicken pox , petua hilangkan parut chicken pox, petua hilangkan kesan chicken pox

Monday, April 21, 2014

Video Penerbangan MH 192



 Pesawat Penerbangan Malaysia, MH192 menuju ke Bangalore, terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kerana tayar hadapan sebelah kanan dilaporkan pecah. MAS dalam kenyataannya memberitahu, pesawat berkenaan berlepas dari KLIA jam 10:09 minit malam dan mendarat dengan selamat pada 1: 56 minit pagi tadi..

Bukan senang kita nak jumpa kapal terbang melakukan penerbangan dalam bulantan berbentunk lapan.., ini terbukti pilot kita mempunyai cukup latihan bila berlaku kecemasan yer dak..? Tahniah diucapkan kepada kapten Nor Adam Azmi Abdul Razak iaitu pilot MH 192

Bawah ini video pergerakan MH 172 berlegar diudara sebelum melakukan pendaratan kecemasan.., Pilot terpaksa berlegar untuk menghabiskan minyak kerana pesawat ini tiada sistem pembuangan minyak.





Kronologi Pesawat MH192 Mendarat Cemas Di KLIA


  • MH192 dari KL ke Bangalore berlepas pada pukul 10.09 malam 20 April 2014
  • Ketika berlepas tayar telah pecah menyebabkan gear pendaratan sebelah kanan telah gagal berfungsi
  • Pesawat MH192 telah berlegar di Udara selama 4 Jam untuk membuat prosedur kecemasan sebelum mendarat di KLIA
  • MH192 bersama 159 penumpang dan 7 anak kapal selamat mendarat di KLIA pada pukul 1.56 pagi 21 April 2014
  • Semua penumpang dan anak kapal selamat
  • Kapten MH192 Kapten Nor Adam Azmi Abdul Razak telah melakukan kerja dengan professional



  • tags : Malaysia Airlines Flight MH192 Radar Playback , video pendaratan mh 192 , video pendaratan kecemasan mh 192, video pergerakan mh192 , 

    Applikasi FX GURU yang best..auw auw


    apps fx guru

    Korang nampak dak gambar telur berjoget dengan zafirah dekat atas tu..?? haa tu sebenarnya video effect dari apps FX GURU...ekceli tu video tapi gua tepek gambar je.., video dia ada di INSTAGRAM gua, search ujang9897 jumpa la instagram gua

    Bawah ini pula gambar dari video satelit yang tajuh jatuh di depan rumah gua.....

    satelit jatuh ke bumi


    Sakai gila gua main edit video dari aplikasi FX Guru ni hahahaha .., gua tau dari rakan blogger si POTIA tu..., dapat tahu je balik rumah donlod terus apps ni.., kenapa dekat rumah baru donlod..?? jawapan dia sebab dekat rumah ada kelajuan internet 10Mbps...('',)

    Jadi kepada sesiapa pengguna adroid yang nak jadi sakai macam gua layan video effect ni sila la donlod apps FX GURU ok..hahahahaha

    Tapi tak semua free ada beberapa sahaja yang free untuk effect yang lebih korang kena bayau ok...

    Nak tengok contoh video dari gua leh wusha di Facebook gua di SINI 

    Atau nak tengok contoh lain bestnya apps FX Guru ni wusha video youtube bawah ni..hehe




    Sekian...Peace (~_^)v

    tags : aplikasi video effect, apps fx guru dinasor, aplikasi video effect baru

    Saturday, April 19, 2014

    Boleh Menang Cash RM100,000 dengan Yeos


    Hadiah Peraduan Yeos

    Salam..,

    Korang tau dak yang yeos ada buat peraduan boleh menang wang tunai setiap hari...?? haa kalau tak tau korang boleh geng dengan gua pada 4 hari lepas..sebab 4 hari yang lepas pun gua tak tahu ada peraduan ni hahahah

    Gua mula tahu pada hari Rabu lepas tu pun sebab join kawan blogger lain pergi ke majlis penyampaian Hadiah Istimewa iaitu RM10,000 dari peraduan 80 days drink to cash bertempat di Sg Wang

    Boleh tahan ramai pemenang yang datang pada majlis tu..gua dengan rakan blogger datang tolong bagi sapot sikit la kepada pemenang., selain datang ambik semangat untuk menang juga hehe


    Friday, April 18, 2014

    Pengguna Sabah Juga Boleh Memohan FiT



    Siapa yang biasa baca artikel gua sebelum ini mesti ada yang sedikit sebanyak dah kenal dengan SEDA MALAYSIA yer dak..? Dan siapa yang dah katam dengan artikel Seda Malaysia gua mesti dah paham apa itu FiT yer dak..?

    Tapi kepada yang tak tahu sebelum ini FiT hanya ada disemenanjung Malaysia sahaja bermula pada tahun 2011.., Kali ini gua nak sampaikan beberapa berita baik untuk penduduk di Sabah dan Labuan

    Baru -baru ini YB Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah merasmikan cawangan baru SEDA Malaysia pada 22 April 2014 lalu.  Terletak di Likas Pusat Perdagangan Square, Jalan Istiadat, Kota Kinabalu, ia adalah tenaga yang pertama kecekapan dipasang pejabat Kerajaan di Sabah dan kini dikenali sebagai SEDA Pejabat Malaysia Rendah Tenaga (SEDA LEO).

    Pejabat  baru dorang ni mempunyai keluasan 1,182 kaki persegi dan mempunyai potensi mencapai lebih daripada 40% tenaga penjimatan lampu dan peralatan berbanding dengan konvensional berhawa dingin bangunan pejabat di Malaysia yang sama saiz dengannya...memang jimat gila dan mesra alam.

    SEDA Malaysia telah ditubuhkan pada 1   September 2011 dengan kunci peranan mentadbir dan melaksanakan Tarif Feed-dalam (FiT) di bawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 [Akta 725]. Mekanisme FiT mewajibkan Pemegang Lesen Pengagihan (seperti SESB, TNB) untuk membayar tarif premium untuk Feed-in Approval Holders(FiAH) untuk tenaga elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui (RE) sumber untuk tempoh masa yang tetap.

    Berita baik ini gua rasa akan memberi peluang untuk mana-mana pihak yang berkepentingan termasuk orang ramai untuk memasang sistem tenaga boleh diperbaharui. Di bawah portfolio FiT, sumber-sumber RE termasuk biogas, biomass, solar photovoltaic (PV), dan hidro kecil...apa yang pasti menjadi rebutan ialah sistem solar PV...

    Kepada korang yang ramai sedia maklum.., FiT ini telah dilaksanakan bermula pada 1 Disember 2011 dan pada masa itu ia terhad kepada Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, mulai 1   Januari 2014, FiT telah  dibuka kepada Negeri Sabah dan Labuan yang dapat dilakukan dengan sumbangan sebanyak 1.6% caj tambahan dari bil elektrik bulanan kepada Dana Tenaga Boleh Diperbaharui oleh semua pengguna SESB. Walau bagaimanapun, dalam negeri pengguna elektrik yang tidak menggunakan lebih daripada 300 kWj (RM69 untuk SESB pengguna domestik) sebulan dikecualikan daripada caruman yang sedemikian..menarik yer dak..?

    Dalam pada itu juga Menteri kita telah mengumumkan kuota khas 2 Peruntukan MW untuk PV solar untuk individu-individu di Sabah dan Labuan yang akan dibuka untuk permohonan pada 2  Mei 2014 dari 7:00 pagi hingga 2:00 petang. Permohonan untuk PV solar untuk individu untuk projek di Sabah dan Labuan akan melalui e-FiT talian sistem di mana kuota akan diperuntukkan dengan serta-merta sebaik sahaja ia memenuhi  kriteria Fit (efit.seda.gov.my).

    Sesi pembukaan pemohonan kuota seterusnya dijadualkan pada jam 4:00 petang pada hari yang sama iaitu untuk pemohon yang memohon untuk projek-projek PV bukan solar (contoh biomas, biogas, dan hidro kecil) di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan. pemohon akan menggunakan sistem e-FiT dalam talian dan kuota akan diperuntukkan sebaik sahaja pencapaian kriteria FiT.

    Jadi kepada penduduk Sabah dan Labuan.., siapa yang dah paham dengan konsep FiT sila la ambil peluang ini untuk memohon FiT

    Keterangan Lanjut korang boleh ke website SEDA MALAYSIA

    Thursday, April 17, 2014

    Bawak Zafirah Pegi Opis



    Petang semalam balik taska teacher zafirah habaq dia macam kena ciken pop.., so gua dengan yana terus bawak zafirah pergi klinik untuk mendapatkan kepastian..

    Sekali doktor habaq dia memang kena ciken pop da...

    Hari ni disebabkan dia kena ciken pop takkan nak hantar ke sekolah yer dak..? so disebabkan tiada siapa nak jaga terpaksa la gua bawak dia pergi opis..

    Itu je nak habaq.. ('',)

    Gambar Karpal Singh Mati Kemalangan

    kapal singh eksiden


    Dalam Kenangan | Karpal Singh, 1940 - 2014

    Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan dekat Tapah awal pagi ini.

    Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi berhampiran kilometer 301.6 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

    Gua merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang Karpal Singh.]



    kapal singh kemalangan

    tags : Gambar Karpal Singh Mati Kemalangan , karpal singh eksiden , punca karpal singh kemalangan

    Tuesday, April 15, 2014

    Zafirah Dengan TUSI nya

    zafirah dan ujang
    zafirah dan papa


    Zafirah sekarang ni dah agak petah bercakap.., walaupun kekadang bahasa dia sangat tinggi mengalahkan sasterawan negara..

    Bahasa dia lebih rumit bila sel otak dia sedang berhubung...('',)


    ***************************************

    AL-Kisahnya..

    Zafirah : papa nk tusi...

    Gua  : huh..? tusi.., mana ada tusi..

    Zafirah : tusi la..ni ni ni ni...*sambil tarik tangan gua dan tunjuk ke arah dapur

    Gua : apa tu tusi..? papa tak paham

    Zafirah : tusi...ni ni ni ni *sambil tarik tangan gua dan tunjuk ke arah dapur


    Dia dah mula tension sebab tak berjaya dapat apa yang dia nak iaitu TUSI...gua dah pening...

    "ok ok.., anak papa pergi amik.. papa tunggu...." arah gua kepada Zafirah  tanda green light untuk dia amik TUSI dia.

    Dia pun terkedek-kedek jalan pergi ke arah dapur....,

    40 saat kemudian dia pun datang bawa TUSI yang dia nak....,






    Gua : ni bukan TUSI la sayang...ni TISU...... *sambil dukung dia dan kiss pipi dia

    Zafirah : TUSI la...,

    Gua : ni TISU...buat lap mulut tu..

    Zafirah : TUSI la papa.. ni ni ni...*sambil tunjuk tisu tu

    Gua : hurm....



    *******************************

    Moral Of Story

    - berdebat dengan orang kurang ilmu apa yang betul pun dia cakap tak betul
    - siapa yang bodoh sombong dah serupa budak kecik


    Sekian..Peace (~_^)v


    Friday, April 11, 2014

    Tips Bawa Bayi Naik Kapal Terbang


    TIPS BAWA ANAK MENAIKI KAPAL TERBANG | Siapa pernah bawa anak kecil naik kapal terbang..??? gua 1st time dulu bawa masa anak umur 8bulan..ada cabarannya dan beberapa benda yang penting untuk diambil tahu

    Ramai berpendapat menaiki pesawat bersama bayi berusia bawah dua tahun adalah suatu yang cukup mencabar yer dak..? , lebih-lebih lagi jika terpaksa mengembara berdua bersamanya...kesian..hehe

    Antaranya anak cerewet,  berlari-lari anak dalam kapal terbang, menangis sambil menyanyi sepanjang penerbangan, susah hendak menyusukan anak dan banyak lagi perkara yang menjadikan korang bengong..('',)

    pengalaman bawa anak kecil menaiki kapal terbang


    Namun, penerbangan korang boleh menjadi lebih mudah dan menyenangkan dengan membuat perancangan teliti, tidak kira korang mengembara berdua saja dengan bayi atau bersama ahli keluarga lain.

    Meh gua nak kongsi beberapa tip bawa anak menaiki kapal terbang 



    Thursday, April 10, 2014

    Jadual dan Kuota FiT untuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan



    Ada yang tanya macam mana jadual FiT dan pemilihan FiT nanti untuk di Sabah Dan Labuan..,

    Untuk PV solar untuk bukan individu-sehingga 425 kW, pemohon boleh mengemukakan permohonan draf mereka melalui sistem e-FiT dalam talian daripada 2 Mei 2014 tepaat 4:00 petang sehingga 16 Jun 2014 pada 5:00 petang.

    Kita sedia maklum yang SEDA MALAYSIA telah buka pejabat baru mereka di sabah yer dak..? boleh baca di SINI

    Pemohonan draf yang lengkap dengan  syarat dan pematuhan akan di berkemungkinan mendapat kuota melalui proses pengundian yang akan berlangsung di ibu pejabat SEDA Malaysia di Putrajaya pada 18   Jun 2014.

    Kuota sebanyak 5 MW yang diperuntukkan kepada Sabah dan Labuan bagi solar PV bagi bukan individu untuk kapasiti dipasang di atas 425 kW dengan cap daripada 1 MW bagi setiap permohonan. Kuota itu akan disediakan untuk permohonan dari 19 Mei 2014 pada 9:00 pagi hingga 23 Mei 2014 pada 5:00 pm melalui penyerahan manual yang perlu dihantar ke salah satu pejabat SEDA Malaysia yang terletak sama ada di Putrajaya atau di Sabah...paham...? ('',)

    Dan untuk pengetahuan 5 MW kategori PV solar baru ini akan menjadi dikeluarkan buat pertama kali pertama pada 1 Julai 2014 pada jam 10:00 pagi dan maksimum kapasiti yang dibenarkan bagi setiap permohonan ialah dihadkan pada 200 kW.

    Bawah ini gua sediakan jadual pelepasan kuota FiT untuk pelbagai sumber RE dan metodologi permohonan untuk kawasan yang berbeza



    JADUAL FEED-IN TARIFF QUOTA  UNTUK SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN LABUAN


    - Kuota boleh didapati dari 1   Julai 2014 dan seterusnya.




    Akhir kata benda paling penting yang gua nak ingatkan ialah kepada semua pemohon PV solar silalah memohon melalui PV solar berdaftar pembekal perkhidmatan yang disenaraikan di bawah laman web SEDA Malaysia. Pemohon yang berminat untuk FiT adalah dinasihatkan untuk memeriksa laman web, www.seda.gov.my, untuk maklumat terkini  tentang jadual pelepasan, keperluan undang-undang dan pentadbiran bagi Feed-in Kelulusan penyerahan permohonan.. kang buat cara salah tak dapat sia-sia je yer dak..?

    Wednesday, April 9, 2014

    Jus Mangga Pran Nyum nyum...

    harga jus mangga pran


    Dekat pasaran sekarang ni gua rasa tak banyak ada Jus Mangga sangat yer dak..? macam  jus oren tu boleh kata banyak gak la seperti tropicana dengan Pulpy.

    Baru ni gua pergi ke carboot sale dan ternampak dengan satu kodai ni jual Jus Mangga Pran.., dia kasi test sodap gak la..so beli la..hehe


     Gua beli yang 3 botol besar promosi 3 botol RM10 so murah gila yer dak..?? kalau tak dekat pasaran rasanya Harga  1L Jus Mangga Pran ni dalam RM4.50-RM4.80 gak la...





    **************************************

    Disebabkan gua poyo lebih promote Jus Mangga Pran ni, beberapa rakan blogger pun terpengaruh dan juga nak beli dan rasa Jus Mangga Pran ni hihi

    Dengan tak minta izin gua tepek beberapa gambar rakan blogger bersama dengan Jus Mangga Pran.. 


     
    Lan kejam berebut dengan anak

    Kak Pija

    Kak Sue


     
    Mak buyong DKNA
    Tapi yang tak berapa bestnya tak banyak pasaraya yang ada juai Jus Mangga ni.., yang gua pasti ada di TESCO dan pasaraya HERO..

    Kedai-kedai runcit biasa pun ada gak juai..tapi tak banyak...,

    Untuk kes Halal Haram gua wusha di page dorang tadi.., jadi jangan risau, Jus Mangga Pran mempunyai Sijil Pengesahan Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. No Siri A22895, No Ruj: JAKIM/(S)/(22.00)/492


    Monday, April 7, 2014

    Saat dan Kenangan Paling Indah

    gambar stadium arsenal


    Kalau tanya gua kenangan paling indah dan manis dalam hidup jawapan dia ialah berkahwin dengan Yana dan dikurniakan seorang anak bernama Aimy Zafirah...('',)

    So jadah apa tepek gambar atas ni..??

    Jawapan dia ialah saja sapot Giveaway dari rakan blogger iaitu Melastik Bintang


    *****************************

    Kenapa gua pilih gambar atas tu untuk pilihan gambar paling manis dari GA ini ..?? sebab disinilah salah satu tempat yang gua impikan untuk sampai dan akhirnya sampai juga iaitu Stadium Emirates ARSENAL..('',)

    Yang lebih manis lagi gua berjaya bawa Yana dan juga Anak gua sampai ke tempat ini...hehe, di LONDON juga la lokasi pertama pasport gua dan anak gua di cop.., pertama kali pergi obersea dilokasi ini la tempatnya..

    Itu adalah kenangan paling manis dalam hidup...!!

    Nak harapkan gambar gua ni menang GA Melastik Bintang..?? memang tak la sebab dia bukan penyokong Arsenal..hahahaha

    Hadiah dia pergi LONDON oi..hahahaah nak tau gua tipu ke tak gi wusha.., tapi mesti korang dah tau gua nipukan...


    Sekian...Peace (~_^)v


    p/s : Nak kenal Melastik Bintang singgah la blog dia...,poyo gila mamat ni..hahahaha





    Friday, April 4, 2014

    LAPORAN FEED-IN TARIFF MALAYSIA 2014




    Baru-baru ini gua pergi satu persidangan antara bangsa anjuran SEDA MALAYSIA iaitu ISES 2014 bertempat di Sunway Piramid

    Dalam persidangan itu Ketua Pegawai Eksekutif SEDA Malaysia iaitu Datin Badriyah ada memberi perkongsian menarik mengenai perkembangan FiT di Malaysia

    Bawah ini gua kongsikan beberapa benda penting yang Datib Badriyah kongsikan




    Thursday, April 3, 2014

    5 Sebab Pasangan Tak Angkat Phone

    miskol


    Setiap manusia normal pasti mahukan pasangan hidup yer dak..??

    Zaman sekarang ni semua pasangan gua pasti dah menggunakan talifon bimbit.., ye gua sangat pasti sebab budak sekolah pun dah ada talipon bimbit.

    Biasanya pasangan kita akan memberi alasan pelik yer dak..?? bila pasangan korang curang ataupun lain macam.., korang mesti boleh dapat detect la yang dia tengah menipu..lagi-lagi yang belum kahwin ni..hihi


    5 Sebab

    1. Tengah ada meeting ataupun urusan kerja yang penting
    ( alasan ni boleh digunakan pasangan bila waktu opis hour..hihi )

    2. Tengah makan dengan kawan-kawan
    ( alasan ni pun boleh digunakan pasangan bila opis hour ataupun keluar dengan kawan2.., yer ke kawan2..??)

    3. Tengah ada panggilan dari orang lain
    (kalau dah sejam kol tak dapat tu maksudnya gayut dengan orang lain)

    4. Malas nak layan
    ( gini gayanya sebab dia dah bosan dengan kau hahahah, tapi bosan tidak bermaksud dah tak sayang ok)

    5. Tengah dating
    ( padan muka)


    Sekian...Peace (~_^)v



    p/s : ekceli entri dalam draf sejak tahun 2012..hihi..so publish je la

    Tuesday, April 1, 2014

    Al Kisah Seorang Bapak Yang Leka

    Ujang dan Zafirah


    Baru-baru  ini masa gua hantar anak ke taska, ada seorang bapa kepada 2 orang pelajar turun dari keretanya yang berada di hadapan kereta gua untuk bersalam dengan anak-anaknya yang comel...

    Gua dalam pada masa yang sama sempat memicit jerawat manja dipipi kiri.., gaya gua picit jerawat ialah kembungkan pipi kiri sambil tengok pada cermin di kereta gua..

    Berbalik kepada cerita seorang bapa tadi..., setelah anak-anaknya masuk ke dalam pagar sekolah, dia terus masuk ke dalam keretanya..

    Tapi yang peliknya dia duduk di kerusi belakang dan siap tutup pintu lagi... kurang dari 30 saat selepas itu dia keluar semula dan terus duduk di kerusi pemandu dan terus berlalu...

    Pada mulanya gua tergelak tapi berhenti gelak setelah berfikir balik ianya tak mustahil akan berlaku kepada gua juga nanti.. mungkin perkara yang lebih memalukan...('',)


    kredit brado mizan

    Sekian...Peace (~_^)v