Friday, May 30, 2014

SYUKUR KAMI JUARA EPHYRA TREASURE HUNT

 EPHYRA TREASURE HUNT Team

Sabtu minggu lepas berlangsungnya Ephyra Treasure Hunt dan disertai oleh 28 27 blogger hensem dan cun.., Syarat nak join pun memang kena cun dan hensem..so gua join je la hihi.., ekceli semua mahluk Allah tu cun dan hensem wei..

Treasure Hunt ini anjuran dari Ephyra dan Team Denaihati dan disertai oleh blogger sahaja.., apa yang lebih menarik penyertaan adalah percuma..

Gua bila dapat tahu ada Treasure Hunt terus hantar penyertaan sebab memang minat gila nak join...

*************************************

Permulaan

Kesemua peserta berkumpul di kawasan parking PuspanitaPuri, Presint 10, Putrajaya... dan pendaftaran bermula seawal 9pagi....tapi gua sampai dalam pukul 9.13 pagi..awalkan..

 EPHYRA TREASURE HUNT Morning

Bila sampai je macam biasa la blogger bertemu blogger mesti banyak cerita.., tapi gua macam biasa mesti nak cari pasangan untuk bergaduh dalam event..seronok sikit boleh bahan-bahan orang ni..('',)

Di Puspanita ini team denaihati bahagikan kami kepada 7 kumpulan yang terdiri dari kumpulan

#EphyraTeam1
Astaxanthin

#EphyraTeam2
Glutathion

#EphyraTeam3
Acai Beri

#EphyraTeam4
Gam Akasia

#EphyraTeam5
Tomato
#EphyraTeam6
Marigold
#EphyraTeam7
Acerolla


Thursday, May 29, 2014

Adidas Blogger Cup 1

Adidas Blogger Cup 1


Salam kepada semua.., sempena World Cup yang akan berlangsung ini.., Blog ini merupakan salah satu blog yang terlibat dalam Adidas Blogger Cup.

Bermula pada 29/5/2014 sehingga 24/6/2014.., pada setiap hari Selasa dan Khamis blog ini akan mengeluarkan satu soalan dan semua orang boleh menjawap di entri ini. 

Pemenang akan dipilih secara rawak oleh pihak adidas sendiri.., apa yang lebih menarik setiap orang yang dapat menjawap satu soalan dengan betul.., korang akan dapat promo code untuk barangan adidas.

Korang berpeluang memenangi Sehelai Jersi Original dari Adidas.

Jadi hari ini akan bermulanya KickOff Adidas Blogger Cup!!!


Soalan Pertama ialah :

Klik Gambar untuk mendapat clue jawapan..

Atau klik SINI <-- b="">untuk mendapatkan clue jawapan


***************************

CARA MENJAWAP

Email : email sendiri
Full Name : Nama sendiri
Which blog are your entering from : http://azfar9897.blogspot.com/ (url blog ini)

tik tanda pada Agree to terms and conditions

selepas itu klik "Click to answer"

Soalan
The German team’s nickname (not actual name) is written on their jersey

Jawap semua detail itu di kotak bawah ini ok..!!













Good Luck

Tips daripada penaja untuk membantu korang : Jawapan kepada Soalan 1 terletak di belakang jersi Jerman seperti yang ditunjukkan dalam URL yang diberikan kepada korang diatas. 

p/s : jawap di kotak atas tu ok..thanks..

Wednesday, May 28, 2014

Review Filem Abang Long Fadil



Review Filem Abang Long Fadil

Siapa yang dah tengok Filem KL Gangster pasti dah kenal dengan watar Abang Long Fadil yer dak..? watak abang long fadil yang dilakokan oleh Zizan pasti berjaya mencuit hati semua orang.

Jadi kepada semua peminat Abang Long Fadil atau lebih tepat lagi Zizan.., korang boleh layan filem terbaru keluaran SKOP PRODUCTION iaitu ABANG LONG FADIL (KL GANGSTER 3).

Filem ini bukan arahan Syamsul Yusof.., tetapi arahan dari adiknya iaitu Syafik Yusof yang memenangi anugerah pengarah harapan dengan Filem pertamanya iaitu SAM.

Baru ini gua berkesempatan join Pra Tonton Filem Abang Long Fadil The Movie bertempat di GSC One Utama.


Apa yang best dalam filem ini ialah kita enjoy dengan hasil karya anak muda si syafiq..., berbeza dengan filem dia sebelum ini iaitu SAM berat sikit yer dak...? kali ini lebih santai dan enjoy

Abang Long Fadil ni adalah kisah selepas Malek dipenjarakan dalam Filem KL Gangster 2 dan sebelum KL Gangster 1

Kesemua pelakon dalam filem ini memang memaikan peranan yang cukup power.

Friday, May 23, 2014

Cable Car Langkawi | 6D Cinema

cable car langkawi

Ekceli gua naik kabel car di Langkawi ini dah 4 kali.., kali pertama naik dulu jambatan gantung bukak lagi..dan memang gayat gila..!! boleh wusha gambar gua gayat di SINI

Dan kalau nak kira pergi Langkawi ini memang dah banyak kali tapi sebelum ini semua pergi FREE jer sebab sponsor dengan hal kerja..hihi

Boleh kata 2 tahun sekali gua akan ke Langkawi ini sebab urusan kerja sempena LIMA....

Tapi baru ini pergi naik kabel car bersama dengan YANA dan juga anak gua......so lain sikit perasaan romantik dia...ceeewwaaahhh


kabel car gunung macincang

Kali ini naik boring sikit sebab lagi banyak tempat tutup.., termasuk dengan jambatan gantung..., dah setahun lebih tutup..!!! jadah

Dah berapa kali naik pun gayat gua tetap ada...hampeh betol..!


*******************************************

Kali ini kelainannya di kaber car ialah gua masuk wayang., harga dia RM10 sahaja sebab dah naik kabel car.

Kalau tak naik kabel car,  harga Wayang 6D Langkawi RM18 untuk yang ada IC...takda IC harga lagi mahai abaq ang

harga tiket wayang 6D langkawi
wayang 6D

Gua rekemen siapa yang datang naik kabel car di Langkawi, masuk la sekali Wayang 6D ni sebab memang best..!!! jangan kedekut sangat RM10 tu bila dah alang-alang berjalan..hehe

Dorang pasang video roller coaster selama 10 minit gitu...memang layan..!!


Sekian..Peace 


p/s : skali lagi gambar dari blog YANA menjadi bahan untuk buat entri..hee

Thursday, May 22, 2014

RM100,000 Hadiah Utama Dari Yeos !!!


contest yeos

Sejak yeos buat peraduan boleh menang cash setiap hari ini.., dah segala semua jenis air keluar dorang gua dah rasa..hihi

Sebelum ini gua ada cerita mengenai Peraduan Yeos yer dak..? so sejak gua tau mengenai kontes ini boleh kata setiap minggu gua akan hantar penyertaan..tapi rezeki nak gua menang cash belum lagi...

Takpe sebab peraduan ini masih on lagi sehingga 31 Mei ini..so tak menang cash yang ada sekarang mana tau gua boleh menang hadiah utama iaitu RM 100,000...!!!!!!!!!!!!!!! fuh fuh fuh

Sejak gua minum Yeos ni ramai kawan gua tanya kenapa.., so gua jawap la sebab nak menang RM100,000.., dorang kata gua gila..hahahahah

Lepas tu ada tanya gua "kalau kau menang RM100k.., kau nak buat apa..??"

KALAU GUA MENANG RM100K

Kalau gua menang RM100,000 sebagai umat islam.., opkos la gua nak langsaikan Rukun Islam kita iaitu mengerjakan Haji...Insyallah.

Selain itu gua nak jadikan modal buat renovate rumah ataupun beli rumah baru...hehe..,cita-cita gua tinggi tapi tindakan tak tinggi..grrrrrrrrrrrrrrrr 


Kepada korang yang baru tau pasal peraduan ini jom la join kontes simple ini.., ada gua ceritakan detail di entri INI . Cara korang nak menang pun ada gua kongsikan di entri INI.

Yeo’s 80 Days Drink to Cash Contest menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM500,000 dan 72 iPad untuk anda menangi.

Hadiah Utama
1 x RM100,000 9 x RM1,000

Hadiah Harian
1 x RM3,000 x 80 hari 9 x RM100 x 80 hari

Hadiah Istimewa
1 x RM10,00 x 8 tempoh cabutan 9 x iPads x 8 tempoh cabutan





Cara nak join boleh tengok di Yeos

***********************************

Wednesday, May 21, 2014

Review Filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya?

Review Awak Nak Kahwin Dengan Saya



 review awak nak kahwin dengan saya tak


Semalam gua lepak Sunway Piramid ,  join Pra Tonton Filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya arahan akak  Eyra Rahman

Setelah sekian lama tak join pra tonton filem MIG.., kali ini saja nak join sebab tengok trailer filem ini macam best.., so gua ajak Yana dengan Zafirah join sekali..hehe

 *******************************

Tuesday, May 20, 2014

SUPERSQUAD Filem Animasi Terbaru Tempatan


filem animasi supersquad

Baru ini gua sempat pergi join pra tonton filem animasi terbaru tempatan iaitu SUPERSQUAD bersama dengan rakan blogger yang lain...

Kali ini dalam panggung wayang semua geng-geng blogger jer dan dipenuhi dengan anak-anak blogger...


Thanks Bro Framestone kerana mengajak gua join filem ini bersama dengan keluarga..., tapi yang bestnya si Zafirah takut pulak dengan patung supersquad .., kemain nangis gigil-gigil dia..


Monday, May 19, 2014

Koleksi Selfie Dari Pemain Arsenal



gambar arsenal juara piala fa 2014


Arsenal baru ini  muncul juara Piala FA buat kali ke-11, menyamai rekod Manchester United, selepas menewaskan Hull City 3-2 dalam perlawanan akhir yang best gila di Wembley

Dorang meraikan kemenangan dengan berarak menaikai bus dia tempat keramat dorang di Islington.., Lebih 200 ribu orang yang datang..!! gilo toi.

Bawah ni beberapa gambar pemain Arsenal yang sempat Selfie untuk meraikan gambar bersama peminat dorang..


Friday, May 16, 2014

Merasmikan KLIA 2 Auw auw...!!

KLIA 2

Rasanya semua sudah sedia maklum yang kesemua penerbangan tambang murah di Malaysia sekarang berada di KLIA 2 yer dak...??

KLIA 2 ini juga gua dipahamkan merupakan Airport Tambang Murah Paling Besar di Dunia...!!! memang besar pun oi.., dan LCCT siapa yang biasa naik Air Asia tidak akan lagi bersesak disana...

***********************************

Hari Ahad baru ini gua pergi bercuti ke Langkawi bersama dengan Yana dan Zafirah dan adik gua bersama suami dia...

Gua bawa adik gua dengan lelaki dia sempena hadiah perkahwinan dorang .., haaaa bukan senang dapat abang macam gua ni wei...belanja bawa pergi jalan..!!!! sila kagum dari jauh..!!! 

Tapi takyah kagum sangat la sebab tak fully sponser pun hahahahahahah

Secara jujurnya  gua agak sakai dan teruja nak tengok keindahan KLIA 2 ni...., untuk pengalaman pertama kali naik kapal terbang, boleh baca di SINI

Meh layan gambar sekitar yang gua amik di KLIA 2


Thursday, May 15, 2014

Cara Ajar Anak Kecil Solat

budak kecik sembahyang

Kepada semua yang ada anak pasti inginkan anaknya tidak tinggal solat yer dak..? dan menjadi satu kewajiban setiap mak dan ayah untuk mendidik anak solat yer dak..? tak setuju sudah...hehe

Solat merupakan tiang agama.., jadi jika solat tidak sempurna..sudah pasti pendirian agama kita dan segala urusan kita akan goyang.., percayalah...!! ibarat rumah tanpa tiang pasti tidak kukuh yer dak..? begitu la perumpaan yang senang untuk bercerita mengenai pentingnya solat dalam agama kita.

Tips Untuk Mengajar Anak Solat


Cara mengajar anak sembahyang adalah sejak dia dari baby lagi.., memang dalam Islam menyuruh anak solat pada umur 7 Tahun.., tapi kalau anak dah umur 7 tahun baru nak ajar solat pakatnya memang liat la dia..., tapi benda ini subjektif.

Perkara pertama yang patut ada dalam jiwa seorang mak ayah terhadap anaknya ialah bercita-cita  anaknya tidak tinggal solat.., ini amat penting sekali..

Kenapa ada diantara kita.., bila anak kita kecil kita tak sabar ajar dia menari.., menyanyi.., berenang dan lain2..,?? tak salah nak ajar semua itu.., tapi apa kata tambahkan dengan mengajar anak Solat yer dak..?

Bawah ini gua kongsi sedikit tips untuk mereka yang mempunyai anak bawah 4 tahun terutamanya

Cara paling mudah untuk mengajar anak kecil solat ialah :

1. Selalu solat depan anak kita

- Sebelum solat amalkan borak atau bagitau anak yang kita nak solat atau sembahyang kejap..., contohnya "aimy..sat na.., mama nak solat"  atau "aimy ang tunggu sat naa..papa nak solat"

- Bila kita solat biarkan anak kita disebelah walaupun dia baru beberapa bulan atau lebih tepat lagi ketika bayi.., memang dia kita tengok macam bodoh lagi..tapi dari macam bodoh itulah dia serap dalam otak dia yang solat itu perlu

- Bila anak dah berumur 1-2 tahun teruskan solat disebelah mereka ataupun kasi mereka nampak.., ini amat penting kerana proses meniru mereka sangat hebat.. dan dalam umur inilah anak kita anak tiru gaya kita sembahyang.., macam anak gua bila kita sujud dia akan meniarap.., bila kita rukuk dia sujud..hihi.., jika ada pekembangan anak korang begini tahniah..!! 

Dan pastikan bila korang sedang solat tetiba anak korang buat gaya disebelah , sila tahan gelak sebab gua memang tak tahan gelak kalau anak tiru gaya sembahyang...('',)


2. Terangkan dan Ajar Gerakan Dalam Solat

- Bila proses meniru gaya solat anak anda dah semakin hebat.., itu tandanya dia dah mula berminat dan ingin tahu..,ini amat penting sekali kerana bukan senang nak ajar anak kecil ni.. biasanya dalam umur 1-2 tahun proses meniru itu memang hebat...

- Bila lepak dengan anak didepan TV jika azan berkumandang, jangan tuka chanel lain..!!! biarkan dan terangkan dia yang kita nak solat.., dan dalam video azan tu pun ada gaya orang sedang sembahyang yer dak..? so bagitau dia gaya yang dalam video tu pun sama macam kita solat.

- Bila habis solat ataupun tengah borak dengan anak, kita tanya dia 

" aimy..macam mana mama sembahyang.."
"aimy...macam mana mama sujud"
"
Jika dia buat gaya solat dengan cara dia.., tahniah...!!!! 


3. Sediakan Kemudahan Untuk Anak Bersolat

- Bila anak kita dah besar sedikit sedikan la mereka telekung/songkok dan juga sejadah untuk mereka punya sendiri.., ini boleh mendatangkan mood mereka untuk ikut kita bersama

- Bila anak kita pakai telekung/songkok puji dia

 "comel la anak papa ni pakai telekung"
"bestnya aimy pun ada sejadah..sama macam mama.."

-  Bab menggayakan mereka untuk solat memang agak payah.., tapi lama kelamaan dorang akan syok sendiri dan akan minta kita sendiri mana telekung dan sejadah dia sendiri..kemain lagi...hehe

cara mudah ajar anak solat


4. Rajin Bawa Anak Ke Surau/Masjid

- cara bawa anak ke surau atau masjid adalah bertujuaan untuk memberi anak kita suasana berjemaah.., memang agak payah untuk mak bapak bawa anak berjemaah ke masjid dengan alasan busy.., takpe tu hak korang.., tapi bila ada solat tarawih ke.., sembahyang raya ker.., bawa la anak kita sekali join paling tidak memang kena bawa mereka..

tips ajar anak sembahyang


5. Doa

- seperti biasa senjata utama kita sebagai umat Islam adalah doa yer dak..? jadi banyakkan la berdoa supaya anak kita tidak tinggal solat dan berjaya mengikuti kita dalam solat.


Gua ucapkan tahniah kepada YANA kerana berjaya didik Zafirah minat dengan solat.., semoga istiqamah

*****************************************


Gua boleh kongsi cara ini untuk anak yang berumuh lebih kurang 4 tahun kebawah sebab apa yang gua praktikkan.., jika umur anak kita meningkat kita akan ke step seterusnya..., tapi asas adalah amat penting

Dan setiap apa perubahan yang berjaya diikuti oleh anak kita.., jangan kedekut untuk memujinya.., pujian terhadap budak adalah amat penting kerana boleh menaikkan semangat mereka.

Benda lain kita eksited nak ajar anak,  kenapa tidak solat yer dak..??


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : skali lagi gambar dari blog Yana menjadikan idea entri..hahahaha


tags : tips ajar anak solat, tips ajak anak solat, cara mudah ajar anak solat, cara ajar anak solat dalam islam, cara berkesan ajar anak solat, tips ajar anak sembahyang, cara ajar anak sembahyang

Wednesday, May 14, 2014

Zafirah Dah Pandai Selfie.. Grrrrrrr!!!

selfie


Gambar diatas ini adalah normal seorang bapa yang poyo selfie bersama anak kecilnya yer dak..?? kecomelan zafirah adalah mewarisi papanya.., tak caya sudah..!!! hihi

Sejak 2-3 bulan ini zi zafirah dah pandai amik gambar menggunakan talipon pintar.., mana dia belajar pun gua tak sure..

Tapi sekarang ni kemain canggih dia dah pandai selfie sendiri di depan cermin...., ce tengok gambar bawah ni..!!!


~
~
~
~
~
~
~
~
~~
~
~~
~
~
~

~~

~
~
~
~
~
~
~
~
~~
~
~~
~
~
~

~~

hodoh


Eh silap..ni gambar gua selfie bersama hidung..hehe, ni bawah ni..



TADA....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


gambar zafirah selfie

Amik kau..kemain lagi selfie bersama cermin...pengaruh siapa pun gua tak pasti...


p/s : aci tak idea entri dari blog YANA .hahaah 




Friday, May 9, 2014

Harum Manis Perlis Mari .. Nyum..Nyum

Mangga Harum Manis Dengan Pulut

Sejak bila tah popular Mangga Harum Manis ni pun gua tak pasti.., tapi yang pasti gua mula terpengaruh dengan Harum Manis ni bila tengok si Poyo Faizal Fredley upload gambar Harum Manis dekat Facebook..hihi,

Punca gambar atas tu la gua mula terasa nak makan Mangga Harum Manis ni.., so sukacitanya gua tengok akak opis gua ada beli Harum Manis .., punya eksited gua pun tibai beli dekat dia sekilo.

Kotak Harum Manis

Tapi harga dia RM28 sekilo kau..!!!! grrrr... mahai gila rupanya Harum Manis ni..., RM28 ni entah dah berapa tangan punya harga pun gua tak pasti.., yang pasti mesti lagi mahai dari cas GST..hehe

Sekilo tu yang gua dapat 3 ketul je hurm.....


Doa Bulan REJAB



Bulan Rejab

 Merupakan bulan ketujuh di dalam kalendar Islam ini adalah merupakan Syahrullah (Bulan Allah), bulan yang sangat dimuliakan dan amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang mencari kebajikan. Rejab merupakan pintu gerbang kepada bulan-bulan mulia yang bakal menyusul, iaitu Bulan Syaaban, Ramadan dan juga Syawal

Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat. Beberapa

Amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab 


-Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
-Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
-Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
-Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
-Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
-Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan --Rasulullah dan sirah Islam lain.

Untuk lebih lanjut Amalan sepanjang bulan Rejab boleh baca SINI 


Thursday, May 8, 2014

Santai bersama Ben Ashaari Sebelum Dapat Anak ke 2

NASI ARAB PUTRAJAYA
Lepak dengan geng KBBA


Malam tadi geng KBBA putrajaya lepak di restauran arab menda tah nama dia.., bertempat di presint 16 putrajaya.., presint tu pun gua hentam je.., tapi rasa betul

Yang datang lebih kurang 200 orang.... percaya tak..?? siapa percaya dia bebal..hahahahahaha jangan marah ek..gurau je.

Gua datang join sebab saja nak jumpa sahabat blogger Ben Ashaari yang sekarang tengah sibuk menghadapi emosi  dengan ayah dan isteri dihospital..

Dari raut wajah dia,  bila gua jumpa semalam nampak dia punya letih dan kesedihan dan kerisauan.., tapi dia pandai coverline bajet cool je..hahahaha.,

Apa pun semoga Ben Ashaari sempoi menghadapi semua cabaran ini.., jika tidak ada aral melintang..insyaALLAH Ben dapat baby baru hari ini...

Sekian..Peace (~_^)v



p/s : dari gambar atas tu.., nampak gua kurus kan kan kan..??




Tuesday, May 6, 2014

Terima Kasih Datuk Aziz Sattar


aziz sattar bersama pengantin
Dato aziz sattar

Datuk Aziz Sattar adalah seorang pelakon, pelawak, penyanyi dan pengarah yang kebanyakannya dikenali untuk peranan beliau dalam filem-filem Melayu hitam putih tahun 1950-an dan 1960-an di Malaysia.

Beliau meninggal dunia pada 6 Mei 2014 pada kira-kira 02:00 (MYT) di Hospital Kajang akibat penyakit jantung.

Terima kasih kerana telah banyak menghiburkan rakyat Malaysia dengan telatah yang spontan.., kenangan Dato Aziz Sattar hadir ke Majlis pekahwinan saya memang tidak akan dapat saya lupakan...

Masih ingat lagi beliau bergurau dengan saya ketika itu, dia berbisik ditelinga

 "dah kahwin ni dapatkan anak banyak-banyak..hehe"

Terngiang-ngiang cara gelak dia masa tu....hurm..


Menu Baru Pizza Hut "Taste Of Italy"



Gua hampir pasti majoriti rakyat Malaysia yang sukakan pizza pernah makan pizza hut yer dak..? gua rasa salah satu ramai suka makan pizza hut sebab rahsia dia adalah pada dough pizza tu sendiri..selain topping dia..hehe kenapa gua cakap macam tu..? sebab gua pernah kerja di Pizza Hut sebab tu tau..

Ok malas cerita pasal gua kerja dekat Pizza Hut..., tapi gua nak cerita pasal menu terbaru Pizza Hut Malaysia dengan slogannya " Nikmati Sensasi Rasa Itali".

Baru-baru ini gua dapat peluang merasakan menu terbaru pizza bertemakan italy ni di Pizza Hut Pavillion..., itu pun sebab rakan blogger yang ajak iaitu si RUBY...

Pizza Hut Malaysia ada anjurkan Blogger Party..so dia ajak blogger-blogger yang hensem dan cun untuk merasakan menu terbaru dorang..hehe..