Thursday, August 21, 2014

Sembang Pasal Tektek Dan Cornec hahahaha








Agak otak kuning mesti laju je nak baca yer dak..?? hahahaha., tajuk kalau nak panas sangat segan pulak gua sekarang ni..

Taksat gua main wassap , dapat la foward story dari kawan.., agak ringkas juga ceritanya..tetapi agak celaka gak lawaknya hihi

Meh baca sat...saja buat entri pendek..sebab no idea...woha

******************************

gambar unta


GAJAH : Oi unta...,kenapa tetek kau berada di belakang badan.....??

Unta : Hak ala..., itu satu soalan yang bodoh dari seekor binatang yang mempunyai kote di muka..

gambar gajah


Siapa tak paham...?? kita geng... hihi



Sekian..Peace (~_^)V


Tuesday, August 19, 2014

Pemenang Ujibakat Drama Seludup DIUMUMKAN..!!!


Bulan lepas berlangsungnya sesi uji bakat untuk drama SELUDUP.., yang lagi canggihnya gua pun join ujibakat tu , tapi yang tak canggihnya ialah gua tak menang..hihi

Kalau dalam 10-15 orang yang join..., gua rasa potensi gua nak menang ada la gak..., ni 136 orang oi yang join...!!! mati la nak.....!!

Apa pun pemenang Ujibakat Seludup ini memang layak untuk menang...., sorang en abang..sorang lagi cik awek..hihi



********************************************

Bradek dengan awek ni nama dia Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur telahpun berjaya mengungguli pertandingan ini dan akan berpeluang berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.

Drama Seludup ini dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd., drama sarat aksi dan cinta ini berkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram seperti rokok seludup, dadah dan pemerdagangan manusia yang menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat Malaysia. Produksi ini telah memilih daerah Pantai Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi dan kini di dalam fasa kedua penggambaran... so siapa yang dekat area situ boleh la lepak-lepak tengok dorang shooting... mana tau dapat jadi pelakon tambahan..hehe

Mohd Andika merupakan seorang pekerja restoran begitau  “Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”. 

Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.

Selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’, merekajuga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000 woooo..!!!!!!!!!!!!!

apa-apa korang boleh wusha FACEBOOK SELUDUP <-- klik="" nbsp="" p="">


***********************************

Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd.

Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin. Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my.

Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd – Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Nizam Khamis | Senior Consultant | Geometry Global | +6019-388 7147 | Mohd.Nizam@geometry.com         
Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125| amy.lisa@geometry.com                                                      
Siapa nak wusha Facebook cik awek pemenang tu boleh klik SINI .. hahahaha


Sekian...Peace (~_^)v





Wednesday, August 13, 2014

REVIEW Simkad ALTEL | Kelajuan Internet ALTEL

Kelebihan Altel

Sekarang ini di Facebook agak ramai yang share dan bertanyakan mengenai Sim Card ALTEL yer dak..? ada yang bertanyakan Kelebihan ALTEL, dan ada juga yang bertanya Kelajuan ALTEL.

Apa yang gua tahu.., buat sementara ini ALTEL menumpang pencawang CELCOM dimana CELCOM tiada 4G/ LTE tetapi ALTEL ada 4G/LTE  .., So Altel gua pencawang Celcom.., Celcom guna 4G/LTE Altel. Kiranya  lebih kurang dorang ada perjanjian win win situasion la.. gitu

Tagline yang biasa agen ALTEL gunakan ialah

"Di mana ada celcom di situ ade Altel lebih laju"


*************************************

Apa yang bestnya sim ALtel ini ialah dia mesra pengguna kerana simkadnya 2 in 1.., ia didatangi dengan 2 saiz simkad iaitu macro sim dan micro sim.. paham dak..??

Tak paham tengok la gambar bawah ini.., kalau tak paham gak lantak korang hahahaha
simcard altel


Cara Aktifkan Internet ALTEL

cara langgani internet ALTEL


Internet Altel memang diakui laju di hampir seluruh negara Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Altel juga mampu mencapai kelajuan 4G LTE yang mana merupakan pemegang kouta 4G terbesar Malaysia iaitu 40MHz

 Untuk cek/semak baki kouta internet ALTEL   (taip MB BAL dan hantar ke 25835)

Harga Simkad ALTEL

Harga permulaan stater kit ALTEL ialah RM7.., kalau lebih maksudnya agen tu ada amik duit tambahan ataupun makup lebih sikit untuk peroleh duit poket...hehe

Dinasihatkan kalau siapa beli stater kit lebih dari RM7 tu boleh la cari orang lain kecuali yang jual tu awek cun  hahahaha

Tetapi ia bergantung kepada no juga.., kalau no tu ala cun dan tersusun cantik logik akalnya memang agak mahal sikit kerana digelar no VIP... walaupun VIP tak guna no tu korang boleh rasa ala-ala VIP....


Cara Kekal Nombor Tel Lama tetapi menggunakan Line ALTEL

Pasti ramai yang berkenan dengan kelebihan ALTEL tetapi mahu kekalkan no lama yer dak..?? caranya ialah roger je agen yang korang beli ALTEL tu.., bayaran dia RM15-RM25.. kalau mahal tu pun maksudnya agen korang makup lebih hahahaha

Tetapi pastikan hutang lama dengan telco lama korang selesaikan dulu ok....

Dekat mana boleh tambah nilai (topup) ALTEL ?

Banyak tempat korang boleh beli  topup ALTEL ni antaranya 7 Eleven, Cimb Click, Shell , Petron, AEON Big, Tesco, Giant, dan banyak lagi

Berapa cas internet ALTEL ?

cara aktif internet altel

******************************

Soalan Lazim Untuk Prabayar Altel

Apakah Altel 4G LTE?


Evolusi Jangka Panjang (Long Term Evolution) atau LTE adalah teknologi tanpa wayar yang membolehkan pengguna menikmati data jalur lebar berkelajuan tinggi. 4G adalah komunikasi berpiawai dalam Teknologi Rangkaian Mudah Alih dan merupakan “Generasi keempat” – yang terbaru selepas 2G dan 3G. Dengan kelajuan 4G LTE, pengguna dapat merasai perbezaan yang ketara semasa memuat turun fail, membuat panggilan video, bermain permainan secara berkumpulan atau semasa menonton video HD dalam talian.

Apakah kelajuan biasa LTE?
Secara teorinya, kelajuan 4G LTE adalah 10 kali lebih pantas daripada 3G. Muat turun data dalam persekitaran biasa boleh mencapai antara 10 Mbps sehingga 20 Mbps dan boleh mencapai 5 Mbps sehingga 10 Mbps untuk memuat naik data. Tahap kelajuan data mungkin berbeza-beza mengikut pengguna serta bergantung kepada peranti yang digunakan, batasan perkakasan dan perisian, lokasi, trafik, sumber laman web atau kandungan-kandungan lain.

Apakah Prabayar Altel?
Altel adalah perkhidmatan terbaru prabayar mudah alih yang membolehkan anda membuat panggilan dan menghantar pesanan mesej melalui SMS atau servis data.

Apakah perkhidmatan yang disediakan?
Altel menawarkan perkhidmatan telefon prabayar seperti panggilan suara dan SMS, data mudah alih dan panggilan IDD.

Dimanakah pek SIM Altel boleh dibeli?
Pembelian pek SIM Altel boleh dibuat di semua kedai yang memaparkan logo Altel di seluruh negara.

Berapakah harga pek SIM Altel?
Pek SIM Altel dijual pada harga runcit RM7 setiap satu dan disertakan kredit bernilai RM5.

Berapakah tempoh sah pek SIM Altel?

Semua pek SIM Altel diberikan 30 hari tempoh sah selepas pendaftaran berjaya. Tambah nilai perlu dibuat sebelum hari yang ke-30 bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan.

Dimanakah tambah nilai boleh dibuat?
Tambah nilai boleh dibuat di semua kedai yang memaparkan logo Altel di seluruh negara.

Apakah denominasi dan tempoh sah yang disediakan bagi tambah nilai Altel?

Denominasi tambah nilai Altel bernilai RM5, RM10, RM30 and RM50. Tempoh sah bagi tambah nilai adalah seperti berikut:
Tempoh Sah
RM5 – 5 hari
RM10 – 20 hari
RM30 – 60 hari
RM50 – 90 hari


Nak order sim ALTEL boleh roger gua.., sebab kawan gua ramai yang jual Sim ALTEL ini..., kelebihan dia ialah support produk anak Melayu... hihi dan keburukan dia tidak unlimited..., selepas habis koata dia akan cas 5sen/MB

Apa2 whatsapp guwa mesej tak layan sebab habis kredit hihi :

 012310 9897 (opis hour)
atau
010 2321518 (suri)





tags : harga simkad altel, kelajuan altel berbanding lain, agen simkad altel, cara aktifkan internet altel,  mengenai ALTEL, cara tukar maxis ke altel, APA itu ALTEL

Monday, August 11, 2014

Lepak Beraya Rumah MAT GEBU . !!!


gambar rumah mat gebu

Hari minggu baru ini kami #KBBA (kelab blogger ben ashaari) beramai2 konvoi ke rumah Blogger Masakan Popular Malaysia iaitu Mat Gebu

Rumah Mat Gebu terletak di negeri kelahiran Bratt Pitt iaitu JOHOR...., ekceli dah bertahun gua berhajad nak join rakan blogger menziarahi terarak mat gebu ni.., tapi tidak kesampaian

Jadi tahun ini Alhamdulillah akhirnya sampai juga gua ke rumah Mat Gebu secara tak langsung merupakan sejarah gua juga sampai ke Johor Baharu..hahahaha

Lebih sukacitanya Akhirnya mat gebu tunaikan juga permintaan gua bila beraya dirumah dia hahahaahahah...!!!!



Perkara pertama yang aku wusha dirumah dia adalah menu masakan dia..., tak sangka Mat Gebu buat menu masakan kegemaran gua iaitu NASI AYAM..!!!!!!!!!!!!!



**********************************

Apa yang menarik bila korang beraya rumah mat gebu ialah, korang dapat tengok sendiri macam mana hiasan makanan yang mat gebu buat..

Biasa kita tengok gambar makanan diblog dia geram jer yer dak..?? kali ini kita boleh tengok secara live macam mana setiap masakan dia hiasi

Serius tak ku sangka.., masakan untuk kawan-kawan pun dia punya hiasan serupa makan dihotel..!! gila toi






Menu utama adalah Nasi Ayam dan juga Laksa Johor...!!! terbaik.., gua tambah nasi ayam 2 kali hahahaahha.


Menu tambahan dan limited editon ialah Maggie Sup Kambing..!!


**********************************

Gambar wajib ambil ketika singgah ke rumah Mat gebu.., bersama Tiffin Biru



THANKS KEPADA MAT GEBU

dan

GENG KBBA


Tuesday, August 5, 2014

Kesahihan Mcdonalds Bagi Burger Percuma Hari Jumaat PALSU..!!



Cerita Mcdonalds nak bagi burger free jumaat ini berleluasa orang share di whatsapp yer dak..??

"McD baru announce dekat Hitz FM yang friday ni they're giving free burgers and drinks at selected Masjid. Masjid negeri is one of them."

 Bbila aku tanya ada gak orang tanya aku balik kenapa sibuk tanya sumber kesahihan..Aku tanya dan tanak sebar benda gini sebab utama ialah tanak mendatangkan fitnah..., dan tidak jatuhkan martabat kita orang Islam main sebar benda tak betoi..hurm

Bila disemak ditanya oleh rakan media sosial lain.., aku dapati jawapan yang cerita mcd nak bagi burger free jumaat ini adalah FAKE..!!!




So fikir la dulu wahai kawan2 dan saudara mara....., aku pun tak terlepas dari buat silap..tapi jangan la benda gini guna emosi...

Aku bertanya bukan bermakna aku tak boikot....tapi entah la..korang ni....

Aurat tak pernah terdedah, arak tak pernah minum, zina langsung tak pernah didekati..pergaulan memang terjaga..tapi mesej berantai,artikel palsu dan berita tanpa usul periksa laju kau sebarkan kononnya nak martabatkan agama sendiri.tu da fitnah namanya sayang oi..('',) alasan kukuh "aku tak tau, aku share jer"

Sekian...Peace (~_^)v