Wednesday, April 8, 2015

TOUR STADIUM STAMFORD BRIDGE (CHELSEA)




TIPS KE STADIUM STAMFORD BRIDGE (CHELSEA)

Sebelum ke Stadium Stamford Bridge gua dah pergi stadium team Arsenal kesayangan gua iaitu Emirates Stadium..baca SINI <----

Kepada semua peminat Chelsea yang tak power tu mesti teringin pergi ke Stadium keramat mereka ni yer dak..??? hehe..

Kenapa gua pergi Stadium ni walaupun gua tak minat Chelsea..?? jawapan dia sebab dekat dengan kota LONDON and Free..hahaahahha




Harga Tiket Tour Stadium Stamford Bridge 

Kepada sesiapa yang nak masuk melawat Stadium Stamford Bridge, harga untuk tiket dia ialah lebih kurang RM90++ seorang..., jahanam punya mahal..!!!! grrrrrr

Tapi sebagai peminat BPL salah satu tempat yang korang idamkan mesti stadium team kegemaran korang yer dak..? so sekali sekala tak salah nak singgah rasa suasana apa yang ada dalam stadium ni.




Untuk urusan tiket gua serahkan kepada YANA sebab english gua ke laut sikit..hahahaa, so tolak je yana ke kaunter suruh dia uruskan...hihi, kami masuk guna LONDON PASS

*************************************


Nak pergi ke Stamford Bridge ni senang je.., korang naik tube dan benti di station Fulham Broadway . Dari station tu korang keluar je terus belok ke kiri dalam 200 meter dari situ sampai la korang ke Stadium Stamford Bridge.

Masa gua pergi dulu.., next game ialah Chelsea vs Manchester United.., tiket SOLD OUT wo..., dan tiket paling murah untuk game ini ialah kurang lebih RM500..!!! fuh..


Stadium Stamford Bridge.

Gua malas nak taip..tepek gambar je la ok..









Mana tempat tak kena matahari.., dorang tembak cahaya lampu di padang.., nampak tak macam mana dorang jaga padang dorang..??




Belah kiri dekat bahagian cermin tu,  sewa setahun untuk tengok game disini ialah 1juta pound, kontrak minimum kena amik 10tahun terus.. fuh!!!








Ok Bye...,

Entri tahun 2012.., tapi baru publish 2015 hahahahaah, tu pun sebab terjumpa dekat draf.., tah kenapa tak publish..ngok!