Wednesday, August 5, 2015

WeBoost Connect 3G Atasi Masalah Signal Telefon Bimbit



Kalau dijalanraya perkara yang paling menyakitkan hati korang mesti kesesakan lalu lintas yer dak..? Kalau dengan Telefon bimbit perkara yang paling menyakitkan hati ialah Signal teruk ataupun line internet perlahan.  Bila dua situasi ini berlaku mesti rasa nak maki semua orang jer yer dak..?

Ok masalah kesesakan lalulintas gua takda cara untuk atasinya tetapi kalau korang ada masalah signal Telefon Bimbit slow dirumah atau pejabat gua boleh rekemen kan dengan WeBoost Connect 3G.

Macam dirumah mak gua., sebelum renovate semua line telefon memang takda masalah..., tapi selepas renovate dari satu tingkat menjadi dua tingkat line telefon menjadi slow.., dari full bar menjadi satu bar. Kalau internet dulu 4G senang dapat tetapi selepas renovate selalu 3G je.

Ini terjadi mungkin disebabkan Layout rumah yang padat dan tertutup menjadikan signal didalam rumah agak tersekat.

Weboost ini  sangat sesuai digunakan dipejabat ataupun rumah kedai.., kerana kebiasaannya rumah kedai atau pejabat ini signal dalamannya memang agak perlahan