Wednesday, September 30, 2015

Review Filem Pontianak Menangis

pontianak menangis


Pontianak Menangis... ??? biasanya pontianak sinonim dengan mengilai yer dak..? tapi tajuk filem ini Pontianak menangis hihi..

Baru ini gua bersama rakan blogger lain berkesempatan menghadiri majlis pra tonton Filem Pontianak Menangis arahan Ismail Jejaka

Filem ini adalah filem seram komedi gabungan pelakon dari Malaysia dan Indonesia...



Haaa nampak yang comel macam hello kitty berbaju belang tu gua la..., posing gaya gitu adalah salah satu cara untuk kelihatan kurus...hihi

Ok abaikan dengan kecomelan gua tu sebab kita nak cerita pasal filem seram komedi ni yer dak..? sebelum itu gua tepek dulu sinopsis filem Pontianak Menangis


************************************

Sinopsis Filem Pontianak Menangis

Berkisahkan Kampung Selamat yang kerap malam digangu pontianak dan setiap hari sering berlaku kecurian harta benda penduduk kampung selamat. Disebabkan kejadian itu, penduduk kampung selamat telah berpakat untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi diatas ganguan yang berlaku setiap hari.

Seorang pemuda yang bergelar Din Kelentong telah memberi cadangan yang kononnya dia mengenali seorang pakar pengusir pontianak dari tanah jawa yang digelar Raja Paku.Diatas cadangan yang menarik itu, seluruh penduduk kampung selamat telah sepakat bersetuju cadangan Din Kelentong.

Oleh kerana Raja Paku yang diceritakan oleh Din Kelentong itu tidak wujud, dia berpakat dengan rakan karibnya “Mat Nyeh” untuk menyamar sebagai Raja Paku.Mat Nyeh bersetuju dengan cadangan itu hingga dipercayai oleh semua penduduk kampung selamat.

Harapan tinggi penduduk kampung selamat mengharapkan mat nyeh dapat mengusir pontianak.Tetapi lain pula terjadi apabila mat Nyeh telah jatuh cinta pada pontianak itu.Akhirnya segala kejadian yang terjadi di kampung selamat terbongkar dan bukan disebabkan oleh perbuatan pontinanak. Semuanya terbongkar dan siapakah dalang yang berbuat onah dalam semua kejadian di kampung selamat ini.

Pelakon

1. Sally (Indonesia)
2. Bella (Indonesia)
3. Sayuti (Indonesia)
4. Soya
5. Yassin Senario
6. Wan Walla
7. Rahim Sepahtu
8. Hamdan Senario
9. Ilya Senario
10. Joey
11. Watie Elite
12. Sathia

Video Terapi Dari Pengarah Filem Pontianak Menangis




************************************

Kelab Blogger Ben Ashaari


Review Filem

Ok filem ini bagi gua kekuatan dia adalah pada pelakon utama dia iaitu SOYA , secara peribadi pada  mula tengok filem ini gua agak negetif dan tak yakin yang SOYA ini ada unsur lawak.., tapi bila dah lama-lama benda negetif itu ilang sebab lakonan SOYA yang sempoi dan macam bengong itu berjaya menghiburkan gua hihi.

Selain itu pelakon dari indonesia iaitu sayuti juga tidak mengecewakan.., gandingan sayuti dengan soya sebagai watak utama dalam filem ini menyerikan kita semua.

Walaupun filem ini bertemakan seram komedi., tetapi bagi gua seram dia tidak keterlaluan atau lebih tepat lagi tidak seram kerana setiap adegan seram itu diselitkan dengan komedi

Seram 18%
Komedi 82 %

Ini bermaksud korang tak perlu risau untuk bawa anak kecik atau si awek yang penakut untuk menonton filem ini ., so kalau korang mengharapkan awek kau terkejut untuk peluk kau bila tengok cerita ini, sila hapuskan impian itu..hihi

Ada beberapa kelemahan ketara filem ini adalah dari segi plot jalan cerita..., tetapi secara ringkasnya filem ini adalah ringan dan santai dan sesuai untuk ditonton semua...hehe



************************************

Yeah!! .

Berita menarik!! Sesiapa yang datang ke panggung dan beli tiket tayangan Pontianak Menangis bermula 1 Oktober akan berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Perodua #AXIA

peraduan pontianak menangis




Detail peraduan  korang boleh wusha di Instagram Pontianak Menangis.


tags : Filem Pontianak Menangis, Pelakon Pontianak Menangis, Pengarah Pontianak Menangis

Tuesday, September 15, 2015

Legoland Malaysia Best ... !





Siapa dah pergi Legoland..???  yang belum mesti tengah geleng kepada yer dak..? hihi.

Ekceli ini kali kedua guwa pergi ke Legoland Malaysia.., so kalau dah pergi 2 kali itu maksudnya best la yer dak.? story gua pasal legoland dulu ada di SINI




Legoland Malaysia ini bagi guwa siapa yang ada anak kecil best la nak mai.., tapi kalau pasangan bercinta atau bersama pasangan ianya tidak sesuai atau dalam bahasa omputih "not recommended"

Ok tu je nak cita .., sebab malas nak taip..hihi




p/s : tengah amik mood untuk update blog kembali