Selesa Berbuka Puasa Di 9Kedondong
Korang pernah dengar tak nama 9Kedondong ...? siapa yang tak pernah dengar serupa dengan guwa beberapa hari yang lepas.., , jadi bila korang baca blog ni ..,99% korang dah pernah dengar atau baca nama 9kedondong hehe.
Sebenarnya nama 9Kedondong ini masih baru.., kurang lebih baru setahun usianya..,
******************************
Minggu lepas guwa bersama beberapa rakan blogger lain berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman berbuka puasa di 9Kedondong yang terletak di Ampang.
Korang yang 1st time datang jangan terkejut bila korang WAZE 9kedondong, tetiba WAZE bawa korang sampai di rumah banglo ini. Sebenarnya WAZE tak salah sebab memang dilokasi inilah korang akan berbuka puasa hehe.
9Kedondong menggunakan konsep "buat macam rumah sendiri" sebab itu banglo ini dijadikan tempat berbuka puasa hihi...
Meh kita tengok apa yang ada didalam banglo yang besar gila ni..!
Kalau korang sampai awal.., korang boleh la parking didalam banglo ni..
Laluan masuk untuk ke lokasi berbuka pun dah menarik..., nyaman je korang lalu sini sebab serba hijau.., nak lalu karpet merah bukan artis.., so dapat lalu karpet hijau pun dah puas hati yer dak.?
Menu Buffet Ramadhan Di 9Kedondong
Watak utama yang perlu ada pada setiap buffet ramadhan ialah kambing yer dak..? soalan popular yang orang akan tanya "kambing ada dak" hehe
So jawapan untuk buffet ramadhan di 9kodondong ialah ada...
Nampak tak.., rilek je kambing tu menonggeng hehe
Stall 1 (buffet utama)
Stall 2 (nasi pilihan)
Pencuci Mulut
**********************************************
Dewan makan 9Kedondong boleh menampung kurang lebih 300 orang dalam satu masa..., masa gua sampai rilek lagi tak ramai orang..
Tapi bila time dah nak berbuka tetiba ramai gila orang.., korang tengok gambar bawah ni...
Jadi, untuk keselesaan eloklah korang datang awal dan buat tempahan awal hehe...
**********************************************
Ada surau tak 9kedondong.. ?
Yes..!!! 9kedondong ada menyediakan surau yang sangat selesa dan besar..!! ruang solat berada didalam banglo yang korang tengok gambar awal tadi.
Dorang buat solat magrib berjemaah 20 minit selepas waktu berbuka.., so korang boleh la makan dulu sebelum solat...,dan 9kedondong juga buat tarawih untuk tetamu yang berbuka disini.., mereka memang dah sediakan imam khas sempena bulan ramadhan.
Secara peribadi gua sangat selesa berbuka disini kerana konsepnya yang aman dan selesa..
Secara peribadi gua sangat selesa berbuka disini kerana konsepnya yang aman dan selesa..
**********************************************
Korang yang teringin untuk mencuba berbuka di 9kedondong, boleh la datang sendiri ke 9Kedondong, waze sahaja 9kedondong
No. 9, Jalan Kedondong, Off Jalan Ampang 55000, Kuala Lumpur
Facebook: 9Kedondong
Instagram: @9Kedondong
Untuk tempahan, boleh hubungi nombor berikut:
Haziq : 017-2250705
Aizat : 016-8868311
HARGA BUFFET RAMADHAN
RM 55 / dewasa RM 28 / kanak kanak
5 Orang Memberi Komen & Pendapat
Wow hebat2 menu kat sini ya..nampak sedap jer tuuu..Suasana pon menarik dan sedap mata memandang..Karpet hijau pon hijau laa janji blh jalan dan makan kenyang ..
dekat dah dengan rumah..huhu
boleh la try nanti !
9kedondong tak pernah dengar..buah kedondong pernahlah...hehehe... nampak sedap belaka...eh tak boleh tenung lama..
wah ada siput masak lemak.. sedapnya
EmoticonEmoticon