Friday, October 28, 2016

REVIEW Honda Jazz | Pengalaman Bersama Honda Jazz Berjiwa Muda

Salam geng...!!

Orang muda macam gua bila sembang pasal kereta, salah satu jenama yang tak lepas dari mulut mesti jenama HONDA yer dak..? sebab apa..? salah satunya ialah  ekonomi dan paling penting reka bentuk yang sporty yer dak hehe... ok korang layan la kisah gua ni.


Alhamdulillah ini merupakan kali ke 3 Pihak Honda menjemput guwa untuk menyertai program Test Drive Honda bersama blogger., program kali ini diberi nama "THE SCAVENGER HUNT DRIVE"

Kali pertama guwa diberi kepercayaan untuk review Honda Insight iaitu pada tahun 2012 dan kali kedua guwa diberi kepercayaan ialah pada tahun 2013 untuk review Honda Civic 


**************************************

Secara peribadi guwa agak teruja kerana diberi kepercayaan sekali lagi untuk review sebuah jenama kereta yang besar di Malaysia iaitu Honda.., sehari sebelum event tu tak nyenyak tidur kerana tak sabar nak drive honda hahahaha...Thanks DON..!

Honda Hunt 2016 ini akan fokuskan kepada 3 Jenama iaitu 
-Honda Jazz
-Honda City 
-Honda HRV

 Kenapa 3 jenama ini..? jawapannya kerana 70% jualan honda di Malaysia ialah dari 3 jenama ini.. wohaa..!!

Jadi dengan program hebat Honda Hunt 2016 kali ini, kami sebagai blogger akan dapat jawapan kenapa 70% jualan Honda dari jenama ini.., menarik kan..?

 **************************************

 Honda Hunt kali ini akan dibahagi kepada 2 kumpulan terdiri daripada TEAM A dan TEAM B dimana setiap kumpulan akan diberi 3 biji kereta yang berbeza iaitu Honda Jazz, Honda City dan juga Honda HRV.. dan setiap kereta ada 2 orang.., paham tak..? hahahaha jadi Honda Jazz 2 orang, Honda City 2 orang dan Honda HRV 2 orang.

Apa yang bestnya..!! guwa dapat Honda Jazz..!! yeeahaaaaa Partner guwa untuk Honda Jazz ialah si Faizal Fredley..rakan blogger gua yang hampir 6 tahun kenal...!


Pertama sekali keselesaan yang aku rasa bila mahu memulakan pemanduan ialah bila mana enjin mula dihidupkan..,

Bila tekan je butang enjin, punya la lembut bunyi enjin dan tiada gegaran langsung., bila enjin dah start tak rasa macam dah start enjin..hahaha nasib baik tak tertekan push button dua kali hahaha


 Yezza...!! lebih kurang jam 11.30am kami berlepas dari Sunway Nexis ...., sepanjang perjalanan kami akan pecah kepada 2 kumpulan.., Kumpulan A akan ikut kereta Leader 2 manakala kumpulan B akan ikut kereta Leader 2

Konvoi kami akan bergerak dari Sunway Nexis dan akan ke negeri Melaka.., perjalan kurang lebih dalam 1jam 30minit.


Ok sepanjang konvoi dari Sunway Nexis ke Melaka ini.., secara peribadi gua dah dapat beberapa jawapan kenapa Honda Jazz ini sangat diminati dan sesuai untuk golongan muda beli.., pertama sekali guwa suka dengan kaler terbaru dia iaitu " Carnival Red", serius kaler dia garang gila dan sempoi..!! selain itu rupa bentuk dalaman dia pun memang ikut gaya terkini .. korang yang muda-muda kalau tengah pilih nak cari kereta pertama., guwa rekemen beli Honda Jazz ni ..!


Sepanjang perjalanan.., guwa dapat rasakan yang enjin CVT baru ni boleh tahan best dan lasak..., dan gua dapat rasakan yang enjin CVT ni makin dia panas makin sedap dilenjen..serius..! dan guwa difahamkan enjin CVT ini setelah ditambah baik.., korang akan dapat lebih penjimatan minyak 17.81 km/L

Enjin Jazz      : 1.5 i VTEC Engine
Max Power  : 120PS (88kW)/ 6,600 RPM
Max Torque : 145Nm (14.8kg-m)/ 4,600 RPM

Selain daripada dapat layan kehebatan enjin Honda Jazz...! sepanjang perjalanan ini guwa dapat merasai sendiri kecantikan rekabentuk dalaman Honda Jazz.

Steering Kulit
(selesa dan mewah)

LCD Meter Cluster
(kemas dan ceria)


7" Display Audio
 - mengikut gaya terkini honda jazz juga mempunyai skrin sentuh untuk radio yang lebih best dia sekali dengan smartphone punya apps..hehe

Smart Entry and Push Start Button
- sistem pintar yang memudahkan korang untuk hidupkan dan matikan enjin dengan mudah

USB and HDMI Ports
- korang boleh cas henpon dan hdmi ports tu untuk korang boleh tengok video terus dari pemacu korang.


Boleh nampak tak..? baru beberapa jam dalam Honda Jazz gua nak boleh kongsi dengan korang apa yang guwa sendiri dapat rasakan dan nampak.., itu baru atas highway

 **************************************

Selepas kurang lebih 1 jam 30  minit perjalanan.., akhirnya kami sampi di MELAKA...,kami lepak santai di Padang Pasir area Pantai Klebang... sempat la try handling Jazz di jalan berpasir..hehe



Di padang pasir ni kami sekejap sahaja., untuk ambil gambar dan juga penerangan ringkas mengenai kereta dan atucara game Honda Hunt akan bermula..!

Kumpulan A 

Honda Jazz (barangan sukan)
Honda City (barangan keluarga/bebudak)
Honda HRV (barangan  bercuti)

Jadi setiap kereta hanya perlu memuatkan barangan yang berkaitan sahaja ke dalam kereta masing-masing..Secara peribadi pada permulaannya bila dapat tugasan ini guwa tak paham apa motif honda punya game ni hahahaha...

Kami akan ke 3 check point di lokasi berbeza..., teruskan membaca ok untuk mendapat keterujaan dan kebijaksanaan game ini hehe


Contoh pertama tugasan kami ialah dari Padang Pasir Pantai Klebang , kami dapat arahan kena pergi ke Coconut Shake Klebang..! jadi kena set kan GPS ke lokasi yang terulis

Bila sampai ke lokasi..., haa amik kau..., semua terkemut-kemut nak hafal barang masing-masing hahaha



Tapi dengan keberkatan dan kerjasama antara pasukan, kami berkongsi idea dan ingatan masing-masing punya barangan..

Dari tugasan ini.., dah main baru guwa paham.., motif Honda bagi kami main game ini ialah untuk membuktikan dan merasai sendiri kelebihan ruang dalam setiap kereta


HONDA JAZZ

HONDA CITY


HONDA HRV

Honda Jazz (barangan sukan) Golf set, Skateboard, Basikal dan lain
Honda City (barangan keluarga/bebudak) Car seat, anak patung, stroller dan lain
Honda HRV (barangan  bercuti)  beg travel, kotak dan lain



Korang boleh nampak tak dari game ini,  Honda membuktikan mereka ambil berat setiap keperluan orang membeli kereta bukan hanya tengok pada kuasa enjin.., tetapi keluasan dan kemudahan untuk menyimpan barang juga akan dititik beratkan betul tak..?

Secara peribadi guwa akan terkejut juga dengan muatan yang banyak boleh masuk di Honda Jazz hahahaha.., sempoi la honda..!

Ok antara benda penting yang gua nampak juga Honda juga menitik beratkan keselamatan anak-anak kita jadi ia dilengkapi dengan ISO FIX


ISOFIX ialah standard antarabangsa  untuk tempat duduk keselamatan kanak-kanak dalam kereta penumpang. 



Kami dari Kumpulan A sangat berpuas hati dengan segala ilmu dari game HONDA HUNT 2016 kali ini hehe


 **************************************


Kelebihan Lain Membeli Honda

5 tahun waranti 1

5 tahun waranti dengan Mileage Tanpa Had

Kenapa Honda melancarkan jaminan 5 tahun dengan mileage tanpa had ? ini kerana Honda mereka dapat mengekalkan tahap yang tertinggi sepanjang tempoh yang diberi

 Jadual Penyelenggaraan Dilanjutkan 2

Jadual Penyelenggaraan Dilanjutkan

Honda melanjutkan jadual penyelenggaraan dari 5,000km ke 10,000km termasuk minyak enjin.


penyelenggaraan percuma

Penyelenggaraan Percuma

Penyelenggaraan percuma untuk 1,000km, 10,000km, 30,000km, 50,000km, 70,000km dan 90,000km.


Bulan Oktober ini Honda ada buat promosi..boleh tengok gambar di bawah..


Secara keseluruhannya, pengalaman memandu uji Honda JAZZ kali ini memang best dan terbaik dan kena dengan tagline Honda..,

Korang yang masih muda dan tercari-cari kereta pertama yang sesuai dengan bajet, guwa rekemen boleh la cuba dengan Honda Jazz..serius puas hati..!! untuk keterangan lanjut mengenai honda JAZZ korang boleh ke laman sesawang mereka di HONDA

Korang boleh baca juga pengalaman Partner guwa yang bawa Honda Jazz iaitu Faizal Fredley (klik)

Untuk baca pengalaman kereta Honda City dan Honda HRV boleh baca diblog rakan blogger

HONDA CITY : Aida Sue dan Wendy Pua (klik)
HONDA HRV : Shakiddo dan Uncle Zuan (klik)

Sekian Peace (~_^)v

5 Orang Memberi Komen & Pendapat

Ko kan dah ada kereta honda kat rumah.. Apa ada hal, dapat naik jazz ni kan..kikiiii

first impression kaler cantik ,luas hehehhee sesuai nak balik late shopping macam2

hyeah! nextime aku drvie hrv, aku akan pastikan yang aku drive tu hrv aku ;)


EmoticonEmoticon