Tuesday, June 28, 2016

MELABUR SAHAM BUKAN DALAM ASB SAJA RUPANYA

pelabur saham


Salam,

Baru-baru ini gua berkesempatan free sharing mengenai LABUR SAHAM yang di adakan di BURSA MALAYSIA.

Perkongsian labur saham ini pertama kali diadakan di BURSA MALAYSIA dan gua difakamkan, ini pertama kali Program Ilmu Saham dihadiri kurang lebih 300 orang lebih bumiputra.

Gua ingatkan tak ramai melayu join untuk menimba ilmu mengenai saham.., tapi silap rupanya aura dari pelabur saham no1  Malaysia iaitu Tuan Haji Mohd Asri memang power.!

Bila sebut pasal saham sahaja.., pandangan orang biasa-biasa macam gua ni mesti cakap

"ala orang cina boleh la main saham"

Kalau nak tahu, 24% sahaja pegangan ekuiti kaum bumiputra, itupun PNB tolong pengakan 20%! Orang biasa-biasa bermaksud macam kita, cuma pegang 4% sahaja! satu jumlah yang sangat menakutkan dan menyedihkan

Dengan perkongsian ilmu atau program pelaburan ini..., bagi gua satu inisetif yang bagus diadakan oleh team Tuan Haji Asri. Ini kerana boleh mendedahkan para peserta khususnya Bumiputra mengenai ilmu pelaburan saham yang rata-rata dimonopoli oleh bangsa bukan Bumiputra. Program seperti ini bermatlamat untuk mengukuhkan inisiatif meyokong pertumbuhan pelabur Bumiputra di Malaysia.

***********************************

PELABURAN SAHAM UNTUK NEWBIE

tuan haji mohd asri

Tuan Haji Mohd Asri Ahmad mempunyai pengalaman dalam bidang pelaburan saham ini lebih dari 18 tahun..,  jadi memang tidak boleh dinafikan lagi ilmu dan pengalaman yang beliau ada dalam bidang saham ini.. dan memang beliau tersangat layak untuk berkongsi Ilmu Saham kepada kita semua.

Apa langkah pertama untuk menjadi pelabur saham ?

Bila mana saham, ianya adalah perniagan.., bila perniagaan pasti ada jual beli yer dak..? Ok pembelian saham berbeza dengan pembelian kerepek, ayam, gula, kopi dan beras. Secara ringkasnya, kita perlu membuka akaun CDS dan akaun jual beli (trading account) melalui mana-mana syarikat broker terlebih dahulu.

Kita selalunya bercakap sama ada dengan dealer atau remisier yang bertanggungjawab dengan akaun kita nanti. Perbezaan utama antara dealer dan remisier adalah dealer merupakan kakitangan syarikat broker yang makan gaji manakala remisier adalah ejen yang mendapat komisyen.

Carilah dealer / remisier yang dapat membantu, serta kita selesa berurusan dengannya, seterusnya dapat mempelajari cara-cara mengendalikan online trading platform mereka untuk berjual beli.

Modal Untuk Bermain Saham ?

Jumlah paling sedikit untuk membeli saham ialah 100 unit bersamaan dengan 1 lot saham.. Kalau dulu untuk beli saham jumlah paling sikit ialah 1000 unit bersamaan 1 lot., tapi itu dulu..sekarang lebih mudah dan sesuai untuk semua.

Meh baca contoh yang diberikan oleh PAKDI dibawah ni

Contohnya seperti pembelian syarikat Wintoni Group Berhad (0141). Misalnya, jika harga saham WINTONI adalah 9 sen seunit, maka jumlah modal yang diperlukan untuk 1 lot saham WINTONI adalah RM 9 sahaja. Jadi, untuk mengetahui modal membeli saham (sebelum kos berkaitan), pengiraannya adalah seperti berikut:

Harga saham x 100 unit

Minimum pembelian adalah 1 lot bersamaan dengan 100 unit. Jika ada yang saham yang dijual pada harga lebih rendah, misalnya dijual pada harga 5 sen atau 6 sen, maka modal minimumnya adalah RM 5 atau RM 6 sahaja. Cuma, kos ini belum campur kos stamp duty, komisyen broker dan clearing fee.

Sekiranya brokerage fee sahaja sudah RM 12 misalnya, maka untuk break even sahaja, harga saham WINTONI perlu naik lebih 100%. Itu belum kira lagi kenaikan yang perlu untuk dapat untung. Maka, bila kita campur kos-kos tersebut modal RM 10 adalah tidak praktikal.

Saya mencadangkan modal pelaburan saham bermula dari RM 3,000 untuk tuan yang baru mahu bermula. Nanti sudah biasa dengan selok-belok jual beli, maka dapat tambah modal tuan dari semasa ke semasa. Pastikan modal pelaburan kita datang dari duit lebih sahaja, sekiranya rugi 100% sekalipun kita masih tidak jatuh miskin.

Mari kita buat pengiraan seterusnya menggunakan syarikat lain, Padini Holdings Berhad (7052). Andaikan harga Padini dijual pada RM 1.60 sesaham. Maka modal yang diperlukan berbeza mengikut berapa lot yang kita mahu.

RM 1.60 x 100 unit (1 lot) = RM 160
RM 1.60 x 1000 unit (10 lot) = RM 1,600
RM 1.60 x 10,000 unit (100 lot) = RM 16,000
Kewujudan online trading platform telah memudahkan banyak perkara. Sila buka kalkulator di online trading platform masing-masing dan buat pengiraan di situ.

Cara Buat duit dengan SAHAM ?

Secara asasnya, terdapat dua cara pelabur boleh buat duit dari melabur dalam saham:

1) Keuntungan berbentuk dividen: Sebagai sebuah syarikat yang menjana keuntungan, syarikat itu boleh mengagihkan sebahagian keuntungan itu kepada pemegang sahamnya. Pengagihan keuntungan ini dikenali sebagai “dividen”.

2) Keuntungan yang berbentuk keuntungan modal: apabila syarikat semakin besar dan lebih berharga, harga sahamnya akan naik . Sekiranya anda melabur pada harga yang lebih rendah, anda akan menjana wang dengan menjual saham pada harga yang lebih tinggi. Keuntungan anda dibuat dengan kaedah “membeli rendah dan menjual tinggi”, yang juga dikenali sebagai keuntungan modal.

*****************************************

Ada orang cakap-cakap dan perli gua..,

"fuiyoo nak main saham sekarang "
" ala benda macam ni belum tentu halal"
"ai...nak jadi kaya ke.."

Bagi gua.., cakap-cakap sindir ini tak lut untuk gua..hahaha., sebab yang berkongsi ilmu ini bukannya orang biasa-biasa.., tapi dari ikon saham negara yer dak..?

Kot gua nak belajar main candy crush boleh la gua dengar cakap-cakap dan nasihat dari kawan gua.., so bila kita nak belajar sesuatu ilmu itu elok la pada yang ahli..

Untuk menjadi usahawan berjaya serta menjadi seorang pelabur yang bijak, perkara pertama adalah ilmu. Dengan ilmu, kita akan menjadi seorang usahawan dan seorang pelabur yang tidak mudah ditipu serta kebarangkalian untuk gagal itu rendah. 

Sebenarnya ramai orang kita tanak amik tahu mengenasi SAHAM kerana orang kita dimomokkan dengan fahaman dan mitos-mitos yang buruk dan negatif sehinggakan timbul pelbagai perspektif, antaranya :

- saham itu adalah haram

-saham itu merugikan

- saham adalah perjudian

-saham itu hanya untuk orang kaya sahaja

- saham itu perlukan modal yang besar dan masa yang banyak

-saham itu adalah skim cepat kaya

Kesemuanya akan menjadi mudah dan senang kepada orang kita untuk melabur dan menjana keuntungan jika mempunyai ilmu yang betul dan strategi pelaburan saham yang terbukti berjaya malah mentor terbukti berjaya dalam pelaburan saham!

Pokoknya pelaburan saham ini bukan la susah tapi bukan juga mudah...., belajar dan bertindak baru kita paham macam mana mainan dia.

*****************************************

Untuk maklumat lanjut mengenai seminar-seminar Tuan Hj Asri Ahmad yang bakal diadakan di masa akan datang, layari

www.asriahmadacademy.com



Sekian Peace (~_^)


Monday, June 13, 2016

Selesa Berbuka Puasa Di 9Kedondong


Alamat 9kedondong


Korang pernah dengar tak nama 9Kedondong ...? siapa yang tak pernah dengar serupa dengan guwa beberapa hari yang lepas.., , jadi bila korang baca blog ni ..,99% korang dah pernah dengar atau baca nama 9kedondong hehe.

Sebenarnya nama 9Kedondong ini masih baru.., kurang lebih baru setahun usianya.., 

******************************

Minggu lepas guwa bersama beberapa rakan blogger lain berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman berbuka puasa di 9Kedondong yang terletak di Ampang.

banglo 9Kedondong

Korang yang 1st time datang jangan terkejut bila korang WAZE 9kedondong, tetiba WAZE bawa korang sampai di rumah banglo ini. Sebenarnya WAZE tak salah sebab memang dilokasi inilah korang akan berbuka puasa hehe.

9Kedondong menggunakan konsep "buat macam rumah sendiri" sebab itu banglo ini dijadikan tempat berbuka puasa hihi...

Meh kita tengok apa yang ada didalam banglo yang besar gila ni..!

rumah 9Kedondong
Kalau korang sampai awal.., korang boleh la parking didalam banglo ni..

rumah banglo 9kedondong

Laluan masuk untuk ke lokasi berbuka pun dah menarik..., nyaman je korang lalu sini sebab serba hijau..,  nak lalu karpet merah bukan artis.., so dapat lalu karpet hijau pun dah puas hati yer dak.?

Menu Buffet Ramadhan Di 9Kedondong

Menu berbuka puasa 9kedondong

Watak utama yang perlu ada pada setiap buffet ramadhan ialah kambing yer dak..? soalan popular yang orang akan tanya "kambing ada dak" hehe

So jawapan untuk buffet ramadhan di 9kodondong ialah ada...

kambing 9Kedondong


Nampak tak.., rilek je kambing tu menonggeng hehe



Stall 1 (buffet utama)

9Kedondong  ayam opor

9Kedondong  daging

ikan 9Kedondong
lauk 9Kedondong
9Kedondong
9Kedondong iftar
berbuka puasa 9Kedondong


Stall 2 (nasi pilihan)

9Kedondong  nasi kerabu


Pencuci Mulut

buffet 9Kedondong


**********************************************

Dewan makan 9Kedondong boleh menampung kurang lebih 300 orang dalam satu masa..., masa gua sampai rilek lagi tak ramai orang..

Tapi bila time dah nak berbuka tetiba ramai gila orang.., korang tengok gambar bawah ni...

dewan makan 9Kedondong

Jadi, untuk keselesaan eloklah korang datang awal dan buat tempahan awal hehe...

9Kedondong  makan



**********************************************

Ada surau tak 9kedondong.. ?

Yes..!!! 9kedondong ada menyediakan surau yang sangat selesa dan besar..!! ruang solat berada didalam banglo yang korang tengok gambar awal tadi.

solat 9Kedondong

Dorang buat solat magrib berjemaah 20 minit selepas waktu berbuka.., so korang boleh la makan dulu sebelum solat...,dan 9kedondong juga buat tarawih untuk tetamu yang berbuka disini.., mereka memang dah sediakan imam khas sempena bulan ramadhan.

Secara peribadi gua sangat selesa berbuka disini kerana konsepnya yang aman dan selesa..

**********************************************

Korang yang teringin untuk mencuba berbuka di 9kedondong, boleh la datang sendiri ke 9Kedondong, waze sahaja 9kedondong

Alamat : 
No. 9, Jalan Kedondong, Off Jalan Ampang 55000, Kuala Lumpur

 Facebook: 9Kedondong
 Instagram: @9Kedondong

 Untuk tempahan, boleh hubungi nombor berikut:
 Haziq : 017-2250705
 Aizat : 016-8868311

 HARGA BUFFET RAMADHAN
 RM 55 / dewasa RM 28 / kanak kanak



Friday, June 10, 2016

MARI BELI JUBAH LIMA WAKTU | 5 WAKTU

HARGA JUBAH LIMA WAKTU


Salam Ramadhan..,

Siapa sini yang teringin beraya dengan bergaya bersama JUBAH 5 WAKTU ? siapa yang ada Facebook mesti pernah ternampak iklan jubah lima waktu ni yer dak.?

Jubah lima waktu yang viral sekarang ini adalah hasil idea dari 4 orang anak muda yang malas guwa nak sebut nama dia..hehe

JUBAH LIMA WAKTU 2016 ONLINE TERBARU

Jubah 5 waktu ini baru sahaja dilancarkan dan guwa difahamkan sebelum dilancarkan lagi mereka telah menerima banyak tempahan awal.

Syukur alhamdulillah walau tak sampai sebulan lagi dilancarkan,  mereka telah berjaya menjual beribu helai jubah 5 waktu.

Target jualan Jubah 5 waktu pada tahun ini ialah bernilai 4 juta iaitu kurang lebih sebanyak 25ribu helai ..! fuh...semoga sukses korang

Harga Jubah Lima Waktu ialah RM180


**************************************

Apa Yang Menarik Dengan Jubah Lima Waktu ?

jubah 5 waktu saiz


- Design yang simple tapi smart apabila digayakan
- Selesa dipakai untuk dibawa berjalan ataupun solat
- Kain cotton yang digunakan berkuali tinggi sesuai dipakai walau dalam cuaca yang panas
- Sulaman eksklusif bercorak cantuman obor dan pedang dan angka 5 satu logo yang menarik untuk anak muda
- Disedikan poket ditepi jubah yang amat praktikal
- 8 warna yang disediakan sesuai untuk digayakan

Secara peribadi.., gua dah pakai dan memang sangat puas hati..!!!

**************************************


Pilihan Warna dan Saiz Jubah Lima Waktu

Setakat ini Jubah 5 waktu mengeluarkan 8 warna pilihan iaitu Putih, Dark Grey, Purple, Classic Gold, Black, Midnight Blue, Maroon, dan Emerald Green.

Korang boleh tengok gambar bawah ini untuk pilihan kaler dan juga saiz.

kaler jubah lima waktu

pengasas jubah 5 waktu


**************************************

Cara Beli Jubah 5 Waktu 

Kalau korang nak beli jubah lima waktu, boleh la korang terus wassap guwa di  0123109897 (ujang) 

atau korang boleh terus pergi ke Butik Pen Merah di bandar baru bangi (bangi sentral)

Harga Jubah 5 Waktu ialah RM180



Siapa nak order boleh wassap 012-3109897 

sekian


Tuesday, June 7, 2016

Photoshoot KBBA9 Di Matic Ramai Menggila

Design by Dalizgrafix

Sabtu baru ini sebahagian ahli Kelab Blogger Ben Ashaari berkumpul untuk Photoshoot Raya di MATIC.

Bila bab bergambar 89% blogger pasti akan suka yer dak..? terutamanya perempuan.., sebab apa..?? sebab perempuan suka tengok diri dia cantik-cantik...hahaha

Kenapa buat dekat MATIC..?? sebab MATIC sponsor lokasi pengambaran hehe..simple tak jawapan..? hihihi

Photoshoot KBBA9

****************************

Friday, June 3, 2016

Pengalaman 13 Jam Dalam Kapal Terbang

Assalamualaikum...

Sebelum ini aku ada share TIPS BAWA ANAK KECIL NAIK KAPAL TERBANG , tips ni share masa pestime pergi LONDON zaman zafirah baru 10 bulan..,

Ni zafirah dah 3tahun..,saja nak cerita jugak macam mana kami handle anak kecik dalam flight...hehe   dalam entry ni aku akan cerita jugak macam mana cara solat dalam flight....masa balik dari London flight kitorang waktu pagi....perjalanan 13 jam! jadi kami ada 5 waktu yang kena solat, Zuhur, Asar, Maghrib, Isya....last sekali Subuh....sebab waktu ketibaan kat KLIA pukul 8am gitu....sila teruskan membaca



time ni Zafirah dah bangun tidur...cabin crew sediakan game kad macam ni khas untuk bebudak....tapi games macam ni tak sesuai lah untuk budak umur 3 tahun...dia mana faham nak main macam mana...hehh  udahnya sekejap je dia belek², pastu dia campak je kad² tu ke bawah...grrrr

Mujur lah tak lama lepas tu, MEAL TIME! yeyy! eh ekceli ni meal time yang kedua...macam minum petang ke dinner gitu...masa meal time yang pertama Zafirah still mentido....dorang hidang nasi....stewardess nasihat jangan kejutkan anak yang tengah 'deep sleep' untuk makan....sebab pengalaman dia bila parent kejutkan anak yang tengah nyenyak tidur untuk makan, dorang akan senang muntah lepas tu....kitorang ikut je nasihat dia....dia dah selalu fly, jumpa macam² orang...so aku yakin dengan cerita stewardess tu....biar je lah Zafirah bangun dengan sendiri nya....no need to push her....lagipun makanan banyak....kalau tak cukup mintak je la lagi kat cabin crew....yeeee boleh mintak kalau tak cukup! kalau dorang ada stok lebih la kan....haha


Tapi tak pernah lagi la rasa tak cukup makan atas flight tu....berlebih² ada laaa....sekali hidang je macam² jenis ada...main dish, side dish sampai 2-3, dessert lagi, air....kembung oke! dah la kat atas tu pressure lain macam....kang melantak lebih² sakit perut pulak kang....toilet kecik je oii! nak kena share dengan beratus² passenger lain lagi...haha jangan cari pasal! 😏



Zafirah makan Salmon...nyum nyum   memang tak habis semua lah dia makan kan...side dish tu aku yang tolong makan....dia banyak minum air je...

Aku makan apa tah, lupa nak snap gambar...haha

More, bila travel dengan toddler ni, sebelum boarding memang pesan kat Zafirah, "nak berak, berak kat epot....dah naik eroplen tak boleh berak² dah oke!! toilet kecik, tak selesa!! takde flush, takde paip....pahammmmm??!"

Ulang² ayat tu seminggu sebelum fly....hari²....sampai dia hadam! hahaha~  tapi jangan cakap je, korang pun jaga la jugak makan minum anak korang tu...jangan bagi dia makan benda pepelik....gituu

Alhamdulillah, hasilnya, 2 kali naik flight, perjalanan 14 jam, perut dia oke...dia pi toilet untuk kencing je...ngeee  psikology berjaya! yeyy! 😁


time ni dah malam....tak ingat dah sampai mana masa ni....Zafirah meragam....dia boring...takde cerita best, takde games untuk dia....kadang aku pi naik Business class sebab nenek sedara aku ada kat sana...if sesaja nak jalan² kat Business class memang dorang tak bagi oke!tapi bagi alasan kukuh ditambah aku hensem..cik pramugari bagi la hahahhaha

Sampai satu masa dia nangis agak lama....stewardess sampai datang jumpa kitorang if ada apa² dia boleh tolong....so aku mintak dorang sediakan pen and paper....Zafirah sangat suka menulis + menconteng....memula aku mintak pensel color...tapi dorang takde pensil kaler...what??!!! kemon MAS, patutnya dah tau ada passenger toddler prepare laaa pencil kalerrrrrr and books!!! omg takkan tu pun tak tauuuuu...hehh~

********************************

Macam mana nak solat dalam kapal terbang..? Apa kiblat dalam kapal terbang ..?



Untuk solat, aku selalu refer bahagian map ni....ada kat skrin depan seat kita tuuu...pandai la korang godek bahagian maps...ekceli boleh je nak solat kat tempat duduk kita...tapi aku dah tahu kiblat arah mana, baik la solat ikut kiblat je kan?? haha

Kalau korang nak tahu, dalam flight MAS ada disediakan satu ruang untuk solat....bukan lah surau or ruang khas untuk solat pun! ruang tu dekat dengan emergency Exit door kat belah belakanggggg bahagian ekor kapal terbang tu and dekat dengan toilet...even selipar jepun pun disediakan untuk memudahkan passenger amek wuduk...eh sejadah pun dorang sediakan jugak kat bahagian ni oke!! telekung je takde...ke ada..?


More untuk kaum hawa, bahagian ni ada tirai....Yana tak tahu sebenarnya ada tirai....dah la yana solat dalam gelap (dorang switch off lampu untuk bagi orang tidur)...kau bayangkan orang lalu nak pi toilet nampak lembaga putih tepi exit door....hahaha   masa yana solat aku perasan ada cabin crew tarikkan tirai...so tertutup lah kawasan yana solat tu....lepas solat, selesa lah yana nak pakai tudung segala....takyah nak cover² sangat...hehe   aku lebih prefer solat kat bahagian ni compares to solat kat seat....dalam masa sama boleh la regangkan urat saraf...13 jam perjalanan oiii....haha

Kalau korang tak jumpa kawasan nak solat ni, korang tanya je cabin crew....dorang boleh assist...masa on the way balik ni cabin crew yang bertugas veryyyyy friendly and helpful! thank you sooo much for your hospitality!! cun pulak tu


Meals untuk breakfast....masa ni dah nak sampai Malaysia....eh ke dah sampai sebenarnya....tapi tak masuk KL lagi laaa...gitu...hehe~

Zafirah mentido masa ni....dah siang baru nak tido...kitorang pulak terkebil² sepanjang malam....tak boleh nak lena....melayan Zafirah meragam....bila dia dah tidur, breakfast sampai....dah habis breakfast, tunggu nak landing pulak....udahnya kat rumah baru boleh tidur....hahaha  bukan selalu kan nak travel gini....tahan je lah sikit mengantuk tu....kejap je pun 😁


hasil rembatan dari atas flight...bahaha   eh tak curi ye...siap stewardess bagi extra untuk kitorang bawak balik...haaa    sampai sekarang still elok tersimpan bekas² tu dalam almari....kadang² ada jugak guna...sudu garfu plastik pun sampai sekarang guna....senang anak² nak makan....kihkih 😝

k tu je nak cerita...tata!


P/S : yer berjaya update entri panjang hasil copy paste blog YANA hahahahaah


Thursday, June 2, 2016

SENARAI BAZAAR RAMADHAN SELANGOR DAN KL 2016

BAZAAR RAMADHAN Kuala lumpur

Salam Ramadhan Kepada Semua...,

Korang puasa tak hari ni..? hehe..., antara benda yang paling popular bila bulan ramadhan ialah BAZAAR RAMADHAN yer dak..?

Menu kegemaran gua di bazaar ramadhan ialah Ayam golek., Roti John., dan Air tebu..., siapa yang stay Bangi mesti kenal dengan ayam golek di Bazaar Ramadhan area PKNS bangi tu.

Tapi korang yang membeli di bazaar tu tolong la jangan membazir.., tak perlu beli banyak untuk nafsu haram jadah korang tu hahaahah..

Jadi korang yang mencari bazaar ramadhan di Selangor dan Kuala Lumpur boleh tengok senarai di bawah..hehe