Sunday, May 7, 2017

Makan Lebih Mudah Dengan Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan (JJCM)


apps jjcm

Korang pernah tengok rancangan Jalan Jalan Cari Makan dak...? aku bila orang sebut pasal rancangan JJCM secara otometik dalam kepala akan teringat lirik dan lagu dia iaitu "jalan jalan cari makan..."


Kalau korang nak tahu Jalan Jalan Cari Makan dah ada aplikasi weii...ekceli dah lama gak ada.., tapi aku baru tahu hahhaha..., tu pun sebab aku datang pada majlis pelancaran Apps JJCM di Jibby East, Sunway Montana.

Untuk pengatahuan korang Apps JJCM dah didownload lebih 200k... fuh..power.., app mereka telah banyak dikemaskini hasil daripada review orang ramai jadi mereka menambah baik dari komen yang positif

Korang boleh download sekarang apps JJCM sekarang..., free jer wei..!


Korang biasa tak kalau lepak dengan kawan atau nak pergi dengan dating akan ada soalan

"NAK MAKAN APA EK..?"

"SAYANG NAK MAKAN DEKAT MANA...."

Bagi aku soalan macam ni lagu susah dari soalan SPM hehe...., jadi kalau orang ada apps JJCM ini, korang boleh buat keputusan dan segala persoalan bab makan apa dan dimana itu dipermudahkan hehe

Dalam apps JJCM ini dia akan tunjuk mana kedai yang geng JJCM pernah pergi.., dia akan bagi detail lokasi., senarai harga.., boleh buat tempahan secara online...,dan yang paling best boleh dapat diskaun..


Masa majlis pelancaran tu si NAZ pengacara JJCM pun ada..., sempat juga la dia share pengalaman beberapa tahun menjadi hos rancangan JJCM.., secara peribadi di sendiri sebagai hos pun kekadang sampai keliru nak carik kedai makan mana..hehe

majlis pelancaran jalan jalan cari makan

JJCM juga dengan kerjasama Media Prima mengadakan kempen #SeringgitSeribuKebaikan. Kempen #SeringgitSeribuKebaikan bertujuan bagi mengumpul dana dan berkongsi rezeki bersama rumah kebajikan terpilih Ramadhan ini. Wang kutipan yang terkumpul akan digunakan bagi membiayai hidangan berbuka puasa untuk 4 buah rumah kebajikan terpilih sekitar Johor dan Terengganu. Difahamkan untuk kali ini, Johor & Terengganu yang telah dipilih dahulu. Kenapa Johor dan Terengganu? Ia pilihan secara rawak dan Media Prima Digital mengkhususkan dua negeri sahaja supaya kutipan yang dikumpulkan dapat digunakan sebaiknya oleh 4 rumah kebajikan tersebut...so satu nilai murni yang harus diberi pujian yer dak..?

So korang yang memang kaki makan atau suka mencuba kedai makan.., bolehlah download apps JJCM sekarang...!! free jer wei.. apple store boleh.., play store pun boleh...



1 Orang Memberi Komen & Pendapat

dulu pernah la download apps ni, tapi da uninstall dah apps ni sebab tak ada orang nak layan makan2..haha


EmoticonEmoticon