Friday, May 5, 2017

PAKEJ PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN | Perhentian kravers



“KEINDAHAN PULAU DAN KEAJAIBAN LAUT BIRU”MENANTI ANDA!

Siapa pernah pergi Pulau Perhentian...?? kalau dah angguk kepala.., kalau belum geleng kepala hehe... ekceli aku sendiri belum pernah ke Pulau Perhentian..so siapa yang belum pernah pergi kita
geng..!!

Aku teringin nak pergi ke Pulau Perhentian.., kalau korang rasa nak pergi Pulau Perhentian boleh la korang cuba dengan pakej yang dikendalikan oleh Perhentiankravers Travel & Tours Sdn. Bhd



Tawaran percutian ini yang terbuka untuk orang ramai terutamanya kepada pelancong dari dalam negara kini terbuka kepada setiap individu, keluarga mahupun badan korporat di Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia. Destinasi percutian yang ditawarkan akan meliputi Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.

Pakej percutian yang ditawarkan oleh Perhentian kravers akan pastinya menjadi sebuah kenangan manis yang tidak mungkin korang dapat lupakan setelah berseronok menikmati keindahan alam serta ketenangan laut Cina Selatan yang terbentang luas dan aman serta di penuhi dengan pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni serta pemandangan yang memukau di sepanjang percutian mereka.

Perhentiankravers yang telah berpengalaman dalam mengatur tentatif program yang menarik serta bersesuaian kepada para pengunjung yang hadir. Ini bagi memastikan percutian korang tidak disia-siakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya bermula dari langkah pertama pengunjung memijakkan kaki di pantai berpasir putih dan lembut di Pulau Perhentian.

Bagi keselesaan dan ketenangan korang dalam merancang percutian, Perhentiankravers telah menyediakan beberapa jenis pakej yang mana korang boleh membuat pilihan mengikut cita rasa, kesesuaian dan “budget” poket masing-masing.. kerana pada Perhentiankravers, semua orang mampu untuk merasai percutian idaman mereka.

Disamping itu juga, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan sebarang percutian atau program yang perlu di “taylor-made” megikut kepada kehendak dan kesesuaian pengunjung.

Bersama Perhentiankravers, korang akan dilayan dengan baik bermula daripada proses membuat tempahan sehinggalah korang tiba di Jeti Kuala Besut untuk menaiki bot untuk memulakan perjalanan ke Pulau Perhentian.

Bot Laju Perhentiankravers

Untuk makluman, bot laju Perhentiankravers adalah satu-satunya bot di Pulau Perhentian yang dicat dan dihias sebegini rupa. Sudah pasti para pengunjung berasa begitu teruja sebaik sahaja melihat bot jerung ini datang menghampiri Jeti Kuala Besut untuk mengambil mereka dan membawa para pengunjung ke Pulau Perhentian.

Dengan kekuatan enjin 250 kuasa kuda, korang akan meluncur laju membelah lautan dan akan tiba di Pulau Perhentian dalam tempoh masa 20 – 30 minit sahaja....kalau kau mabuk laut..pandai-pandai la ok..


Setibanya para pengunjung tiba di Pulau Perhentian, korang akan dibantu oleh “crew” Perhentiankravers bagi proses check-in dan penyimpanan barangan sementara menunggu waktu check-in di resort mahupun chalet mengikut kepada jenis pakej yang diambil.

Khusus kepada korang yang dari lapisan anak muda, pada hari pertama, Perhentiankravers telah mengisi tentatif program dengan menuju ke salah sebuah destinasi popular di Pulau Perhentian iaitu mendaki ke kincir angin.

Pendakian ini akan mengambil masa sekitar 40 minit untuk ke puncak dan 40 minit untuk menuruni bukit. Perhentiankravers menyediakan khidmat “guide” sebagai penunjuk arah dan juga bagi membantu sebarang kesulitan atau masalah sekiranya berlaku.

Perhentiankravers begitu menitik beratkan keselamatan para pengunjung sewaktu melakukan sebarang aktiviti yang mana bagi pendakian ini Perhentiankravers menyediakan set first aid kit yang lengkap beserta dengan walkie-talkie bagi memudahkan komunikasi antara pengunjung dengan “guide” sekiranya berlaku sebarang kesulitan yang tidak diingini.

Khusus kepada korang yang dari lapisan anak muda, pada hari pertama, Perhentiankravers telah mengisi tentatif program dengan menuju ke salah sebuah destinasi popular di Pulau Perhentian iaitu mendaki ke kincir angin.

Pendakian ini akan mengambil masa sekitar 40 minit untuk ke puncak dan 40 minit untuk menuruni bukit. Perhentiankravers menyediakan khidmat “guide” sebagai penunjuk arah dan juga bagi membantu sebarang kesulitan atau masalah sekiranya berlaku.

Perhentiankravers begitu menitik beratkan keselamatan para pengunjung sewaktu melakukan sebarang aktiviti yang mana bagi pendakian ini Perhentiankravers menyediakan set first aid kit yang lengkap beserta dengan walkie-talkie bagi memudahkan komunikasi antara pengunjung dengan “guide” sekiranya berlaku sebarang kesulitan yang tidak diingini.

Aktiviti mendaki ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental namun, sebaik sahaja para pengunjung tiba di puncak, segala penat dan lelah pasti akan hilang begitu sahaja dek kerana pemandangan yang begitu indah serta kenikmatan dibuai angin bayu pada ketinggian 150 meter dari paras laut. Berikut adalah beberapa pemandangan dari lokasi kincir angin.






Selepas mengikuti pendakian ke kincir angin yang berakhir sekitar jam 4.00 petang, korang bebas untuk melakukan sebarang aktiviti lain seperti mandi pantai, berkayak dan lain-lain lagi.

Hari kedua berada di Pulau Perhentian pula adalah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh kebanyakan para pengunjung yang datang bercuti bersama Perhentiankravers. Ini kerana hari kedua adalah hari korang akan di bawa untuk ber-snorkeling di 5 tempat snorkelling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar.

Ya..

Sudah pastinya para pengunjung berasa sangat teruja untuk ber-snorkeling di salah satu lautan terbuka yang penuh misteri dengan keindahan alam yang mungkin tidak pernah mereka lihat atau saksikan sebelum ini. Aktiviti snorkelling ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga ke pukul 5.00 petang yang mana Perhentiankravers juga telah menyediakan hidangan makan tengahari buat korang ketika berehat sebentar di Kampung Nelayan.

Di dalam keterujaan untuk bermandi-manda di laut, Perhentiankravers juga menitik beratkan soal keselamatan para pengunjung. Korang akan disediakan dan diberikan dengan kelengkapan snorkelling yang selengkapnya supaya keselamatan pengunjung terjamin disamping dapat menikmati keseronokan snorkelling pada tahap yang semaksima mungkin.


Gadis-gadis menggunakan kelengkapan snorkelling.

Disamping itu, Perhentiankravers juga menyediakan perkhidmatan “snorkelling guide” profesional yang akan memantau serta melayani korang sepanjang trip. “Snorkelling guide” yang bertugas juga merupakan underwater photographer yang mana mereka akan merakam kenangan-kenangan para pengunjung ketika snorkelling di Pulau Perhentian.

Antara tempat snorkelling yang bakal dikunjungi oleh para pengunjung adalah seperti berikut :

Turtle Beach atau Tiga Ruang
Turtle Point
Shark Point
Kg Nelayan (rehat/solat/makan tengahari)
Lighthouse
Romantic Beach


Berenang secara dekat bersama penyu di Turtle Point

Aksi mendebarkan antara “snorkelling guide” berhadapan dengan jerung di Shark Point.

Kampung Nelayan di mana para pengunjung di bawa untuk berehat dan makan tengahari.


Lompatan dari ketinggian 10 meter di Lighthouse bagi pengunjung yang inginkan sesuatu yang ekstrim. Di sini juga merupakan salah satu tempat yang mempunyai “coral” yang tercantik di Pulau Perhentian.

Tempat snorkelling yang terakhir iaitu Romantic Beach di mana para pengunjung dapat berehat sambil bermandi-manda pada air di paras pinggang dengan keadaan laut yang tenang.




Di Romantic Beach ini juga terkenal dengan rumah kepada “Nemo” dan juga “Baby Stingray”.


Selesai sahaja dari aktiviti snorkelling, keseronokan serta pengalaman indah korang tidak terhenti disitu sahaja, malah korang juga boleh mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang sungguh mendamaikan berlatar-belakangkan langit dan lautan seluas saujana membiru kekuningan emas.

Mengikut kepada pakej yang diambil oleh para pengunjung, Perhentiankravers ada menyediakan hidangan Barbeque sebagai juadah istimewa makan malam di Pulau Perhentian.

Barbeque yang dihidangkan terdiri dari pelbagai menu hidangan laut yang segar.

Setelah selesai makan malam, bagi korang yang masih merasakan masih awal untuk pulang tidur berehat dan inginkan suasana malam yang lebih meriah bolehlah berjalan ke Longbeach dimana terdapat pelbagai hiburan muzik dan persembahan api yang diadakan di sana. Ini kerana Longbeach begitu terkenal sebagai satu-satu nya Night Life & Beach Party di Pulau Perhentian.

Suasana kemeriahan persembahan api di Longbeach.

Pada hari ke tiga pula kebiasaannya para pengunjung sudah bersiap sedia untuk meninggalkan Pulau Perhentian dan pulang menuju ke destinasi masing-masing. Pada pengunjung yang berhasrat untuk menambah hari percutian mereka dan ingin mencuba aktiviti-aktiviti lain yang ada seperti “scuba diving”, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan mengikut kehendak pelanggan.

Perhentiankravers menyediakan 3 kali dalam sehari bagi perjalanan bot penumpang dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut. Waktu perjalanan bot penumpang adalah pada :

8.00 pagi
12.00 tengahari
4.00 petang
Setibanya kembali di Jeti Kuala Besut, korang berkesempatan untuk membeli-belah barangan cenderamata yang dijual di sepanjang jeti. Bagi pengunjung yang pulang menaiki bas, Perhentiankravers menyediakan kawasan rehat atau “lounge” di ruang pejabat Perhentiankravers yang terletak berhampiran dengan jeti sementara menunggu ketibaan bas.



Secara keseluruhannya, Perhentiankravers menjanjikan sesuatu yang tidak dapat dilupakan oleh para pengunjung apabila bercuti di Pulau Perhentian iaitu pengalaman yang begitu menakjubkan.

Rata-rata pengunjung memberikan maklum balas yang mengujakan seperti mereka tidak terbayang akan keindahan Pulau Perhentian menandingi mana-mana keindahan destinasi perlancongan di luar negara terutamanya negara kejiranan.

Perhentiankravers menjanjikan value for money kepada pelanggan-pelanggan mereka. Namun, harus diingatkan bahawa musim bagi percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsun yang melanda pulau setiap hujung tahun.

Oleh kerana operasi di Pulau Perhentian adalah terhad, Perhentiankravers menasihatkan kepada bakal pengunjung untuk membuat tempahan seawal mungkin bagi mengelakkan dari kekecewaan akibat dari bilik penginapan penuh.

Bagi korang yang berminat untuk bercuti bersama mereka, boleh emelkan tempahan korang ke hai.perhentiankravers@gmail.com

Dan untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dan berita terkini mengenai Perhentiankravers, sila hubungi

019-9100986 (Pejabat Perhentiankravers) ataupun 
Facebook: Facebook.com/perhentiankraverss
Instagram: @Perhentiankravers


TAG : 
•Pakej Perhentian•Pakej 3 hari 2 malam Pulau Perhentian 
•Pakej Bajet Perhentian 2017
•Pakej Percutian Pulau Perhentian
•Pakej Honeymoon di Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian untuk 2 orang
•Pakej Perhentian Berkumpulan 
•Promosi Pakej Pulau Perhentian
•pulau perhentian package 
•pulau perhentian blog
•tempat menarik di pulau perhentian
•pulau perhentian chalet murah
•pulau perhentian hotel
•pulau perhentian resort
•perhentian islands hotel

•perhentian islands how to get there
•Pakej Pulau Perhentian 
•Pakej Pulau Perhentian Murah
•Pakej Pulau Perhentian 2017
•Pakej Pulau Perhentian Kecil 
•Pakej Murah Pulau Perhentian 
•Bercuti di Pulau Perhentian 
•Pulau Perhentian Kecil 
•Pulau Perhentian Besar 
•Perhentian Island 
•Perhentian Islands
•Pulau Perhentian 
•Perhentian Kecil

1 Orang Memberi Komen & Pendapat

Jom jang.. Sementara aku kat kg ni dah dekat sangat lokasi ni


EmoticonEmoticon