Wednesday, August 2, 2017

LAYAN PULAK DRAMA CHOR & CHAH NI (REVIEW)

Pelakon Chor & Chah

Korang biasa layan drama dekat rumah  depan TV yer dak..?.., ni ha wei aku rekemen korang layan drama online di Youtube Setiap hari Selasa hingga Khamis.

Chor & Chah Drama Ensiklopedia Perniagaan Pertama di Malaysia.., semalam Episode pertama dia dan aku dipahamkan Chor & Chah ada 12 episode..hehe

Semalam aku tengok episode pertama dia yang menarik perhatian aku ialah lakonan kazar yang sempoi dan kecomelan Ruhainies hihi...

Sebelum tu korang boleh baca dulu Sinopsis CHOR & CHAH dekat bawah ni..


*********************************

SINOPSIS CHOR & CHAH

‘Chor & Chah’ mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Chor dan seorang gadis, Chah. Chor, pemuda kampung yang sedang mencari hala tuju kehidupan. Manakala Chah merupakan seorang pegawai penyelia pembangunan usahawan di SME Corp.

Chor yang bekerja sebagai ‘Despatch’ dalam dilema apabila kekasihnya, Siti akan ditunangkan dengan jejaka lain bernama Azhar. Azhar merupakan seorang ahli perniagaan yang mewarisi perniagaan keluarga. Bapa Siti, Hj Kudin merasakan masa depan anaknya akan lebih terjamin jika berkahwin dengan Azhar. Chor bertemu dengan Haji Kudin dan mempertahankan cintanya terhadap Siti serta berjanji akan membuktikan yang dia layak untuk mengahwini Siti dalam masa setahun. Haji Kudin memperkecilkan niat dan usaha Chor.

Sekali lagi halangan mendatang apabila Chor diberhentikan kerja. Chor terpaksa menganggur. Chor hampir putus asa. Namun, Siti menyuruh Chor membuka perniagaan dan menyertai program TUBE yang dilaksanakan oleh SME Corp. Tiba-tiba, Siti mendapat idea untuk menjadikan kepakaran ibu Chor, Mak Limah dalam memasak Rendang Tok sebagai perniagaan Chor. Dengan bantuan Siti, Chor mula merangka kertas kerja untuk menyertai program tersebut.

Di SME Corp, Chor berkenalan dengan Siti Aisyah atau Chah, pegawai SME Corp yang bertanggungjawab menyelia perkembangan perniagaan Chor. Pertemuan itu bukan setakat sekali malah berkali-kali. Banyak prosedur yang terpaksa diikut oleh Chor. Malah kertas kerja yang disediakan juga tidak terus diterima. Chor terpaksa membuat pembetulan dan pindaan. Sepanjang proses itu, Chah banyak memberi nasihat kepada Chor untuk menjadi usahawan yang berjaya. Chor juga menamakan perniagaan Rendang Toknya sebagai ‘Rendang Tok Air Tangan Bonda. ‘ Melalui program TUBE juga, Chor berkenalan dengan Hazli. Hazli merupakan salah seorang peserta program TUBE yang ingin menjadi usahawan namun Hazli sentiasa memandang ringan perkara-perkara yang penting untuk menjadi usahawan sehingga dia menemui kegagalan. Hampir dua bulan Chor berurusan dengan Chah, akhirnya Chah dengan Chor menjadi mesra. Dua bulan kemudian, Chor berjaya memasarkan Rendang Tok Air Tangan Bonda ke pasaran tempatan. Kesibukan Chor bertambah. Dia sendiri yang menghantar rendang untuk dipasarkan di pasaraya atau kedai-kedai yang dipilih.

Chor sering bertemu dengan agensi-agensi kerajaan lain melalui perkhidmatan mereka untuk mendapatkan peluang perniagaan. Kesibukan Chor membuatkan dia tidak punya banyak masa dengan Siti. Sebaliknya dia lebih banyak bersama Chah. Chah sebagai pegawai yang memantau perkembangan bisnes Chor. Ada kalanya Chah datang ke rumah Chor dan ada ketikanya Chah mengikut Chor ke bazar MARA di mana rendangnya ada dijual. Kekerapan bersama membuatkan Chor menyenangi Chah. Malah Chor berasa Chah lebih sesuai dengan jiwanya. Bagaimanapun dia cepat-cepat membuang perasaan itu apabila teringat janjinya kepada Siti.

Hampir setahun, usaha Chor mula menunjukkan hasil. Rendang Tok nya mendapat sambutan hangat. Chor sangat gembira apabila tempahan sentiasa meningkat. Adik Chor, Nabila juga banyak membantu Chor dalam perniagaan Rendang Tok. Chah pula sentiasa memberi sokongan dan dorongan termasuk menawarkan pinjaman yang lebih besar untuk perusahaan rendang itu. Bagaimanapun dalam kegembiraan itu tiba-tiba muncul pula Rendang Tok dengan jenama lain dalam pasaran.

Jualan Rendang Chor mula terjejas. Pelanggan mula memilih rendang yang baru dipasarkan. Chor panik dan mengadu kepada Chah. Chah mencadangkan supaya Chor turut membuat promosi dan mempelbagaikan produk rendangnya. Rupa-rupanya, Rendang Tok tersebut merupakan perniagaan Azhar yang ingin menyaingi perniagaan Chor. Azhar sentiasa menggunakan cara licik supaya Siti boleh menerimanya.

Namun Chor menjadi semakin sibuk dan kurang masa bersama Siti. Siti pula mula cemburu apabila Chor banyak menghabiskan masa dengan Chah. Siti menganggap Chor mula sukakan Chah dan melupakannya. Kedua-duanya selalu bertengkar. Siti mengugut untuk menerima lamaran Azhar yang sentiasa menunggu jawapannya. Dalam keadaan marah, Chor mencabar untuk menerima lamaran Azhar. Siti juga geram dan menganggap Chor memang sudah tidak sukakannya lagi. Siti memberitahu Hj Kudin dia akan menerima Azhar. Hj Kudin hairan kerana selama ini Siti selalu mempertahankan Chor.

Hj Kudin juga sudah mula berubah pandangan terhadap Chor. Kalau dulu, dia tidak yakin Chor boleh membahagiakan anaknya, kini kejayaan Chor membuatkan Hj Kudin bersedia menerima jejaka itu menjadi menantunya. Malah Hj Kudin pernah berjumpa Chor dan mahu menjadi pelabur dalam perusahaan rendangnya. Tetapi Chor belum bersedia menerima sebarang pelaburan modal dari orang lain. Baginya, SME Corp cukup banyak membantu menjayakan usahanya dan dia tidak memerlukan pelaburan lain. Hj Kudin mahu Siti memikirkan semasak-masaknya keputusannya. Siti tekad mahu melupakan Chor yang kini sudah berpaling tadah.

Berita pertunangan Siti dengan Azhar amat mengecewakan Chor. Bagaimanapun keakrabannya dengan Chah mengubati sedikit luka hatinya. Kini Chor mahu menumpukan harapan kepada Chah pula. Dengan sifat lemah lembut dan kebijaksanaan Chah, Chor yakin dia dapat mencintai Chah seperti dia mencintai Siti. Bagaimanapun Chor kecewa kerana Chah hanya menganggap Chor pelanggan dan kawan sahaja. Chor sanggup menanti hati Chah terbuka untuknya. Chah benar-benar menjadi kekuatan bagi Chor dan menganggap tanpa Chah tidak mungkin dia berjaya seperti sekarang.

Bagaimanapun Chah pula menjelaskan kejayaan Chor kerana SME Corp dan dia hanya menjalankan tugas sebagai pegawai di SME Corp. Tetapi Chah seperti memberi sedikit harapan kepada Chor. Chah juga menanti jika pintu hatinya terbuka untuk Chor.

Selepas beberapa bulan, Chor ke SME Corp untuk berjumpa Chah atas urusan pinjaman. Bagaimanapun dia diperkenalkan kepada pegawai lain. Chah sudah bertukar bertugas di cawangan lain. Bagaimanapun Chah tidak mahu Chor tahu di cawangan mana dia bertugas.

Chor sangat kecewa dan menganggap Chah memang menolak cintanya. Chor berusaha mencari Chah tetapi kerana sekarang Chah sedang bercuti. Chor gagal menemuinya. Chor berfikir mungkin Chah tidak ada perasaan langsung terhadapnya. Chor terpaksa undur diri dan mahu menumpukan perhatian kepada bisnesnya. Siti pula sebenarnya masih mencintai Chor namun ego bermain tarik tali dengan perhubungan mereka.

Sehinggalah Chor ke KLIA untuk menghantar adiknya belajar di luar negara. Chor terserempak dengan Chah yang juga ingin ke luar negara. Sebuah pertemuan semula yang berharga. Kedua-dua mereka saling berpandangan.

*********************************

poster chor & chah


Secara peribadi aku tertarik dengan drama Chor & Chah bukan la kerana pelakon dia yang cun cun..., tapi niche drama ini iaitu macam mana seorang budak muda nak bangkit naikkan taraf hidup dia demi orang tersayang.

Orang lelaki ni dia memang ada kelebihan minda bawah sedar bila dia diberi tekanan , yang penting macam mana cara individu itu sendiri  nak handle atau melawan dan bangkit daripada zaman kejatuhan

Contoh dalam drama ini, si Chor lakonan Saharul Ridzwan terima tekanan apabila bapa awek dia tak suka dia sebab kerjaya dia.., di tambah pula dugaan hidup dibuang kerja...!! fuhh kalau kena pada diri sendiri memang tension woo..! plot story gini yang aku suka macam mana dia bangkit.. Tapi ada pulak konflik tersuka dekat orang lain...haaa kang pening hahahahahah, 



Ni aku layan Episode 1 dekat opis.., korang yang free masa lunch tu boleh la layan online di youtube drama Chor & Chah hehe....

Nah bawah ni aku tepek EPISODE 1 Chor & Char... setiap episode dalam 15minit sahaja drama dia.., total ada 12 episode hehe



*******************************

Pelakon dan Watak 
Saharul Ridzwan sebagai Chor 
Ummi Nazeera sebagai Chah
 Ruhainies sebagai Siti
 Kazar Saisi sebagai Haji Kudin
 Haleeda Mazlin sebagai Mak Limah
 Hafreez Adam sebagai Hazli 
Luqman Hafidz sebagai Azhar
 Afifah Nasir sebagai Nabila

Korang boleh juga wusha laman sosial dorang


Artikel Terkait

This Is The Newest Post

2 comments


EmoticonEmoticon