Wednesday, June 13, 2018

SENARAI PENUH KABINET MENTERI PAKATAN HARAPAN



Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia 2018  adalah satu yang ditunggu oleh rakyat Malaysia. Seperti yang dijangka oleh banyak pihak, ketua sayap Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal dinamakan menteri belia dan sukan. Ahli Parlimen Alor Gajah Mohd Redzuan Yusof akan memegang portfolio yang dihidupkan semula, Kementerian Pembangunan Usahawan.

Parti Warisan Sabah yang menyokong PH akan mempunyai tiga wakil dalam Kabinet Dr Mahathir iaitu Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking; Ahli Parlimen Batu Sapi VK Liew dan Ahli Parlimen Silam Mohamadin Ketapi.

Darell akan jadi menteri perdagangan antarabangsa dan industri; Liew sebagai menteri undang-undang manakala Mohamadin bakal menteri pelancongan.

Nama-nama calon jemaah menteri ini difahamkan akan dipersembahkan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas Hari Raya Aidilfitri, hujung minggu ini

senarai penuh menteri malaysia

kredit : the malaysian insight


Tujuan penubuhan Majlis Penasihat

Majlis Penasihat ini berfungsi untuk menasihati kerajaan mengenai hal-ehwal ekonomi dan kewangan negara semasa tempoh peralihan mengikut kepakaran masing-masing.

Pasukan ini akan membantu dalam membentuk polisi dan program untuk mencapai janji 100 hari yang dibuat PH kepada rakyat. Oleh itu, tempoh hayat pasukan ini adalah 100 hari sahaja.

Semoga semua Menteri Kabinet yang dibina 2018 dalam menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan amanah sepanjang memikul tugas berat ini. Bukan mudah untuk memberntuk kerajaan baharu apatah lagi perlu membersihkan segala permasalahan yang ditinggalkan kerajaan sebelum ini.






 tags : senarai menteri pakatan harapan, senarai penuh nama menteri kerajaan malaysia, senarai penuh kabinet menteri malaysia, senarai nama menteri baru malaysia

Artikel Terkait

1 comments so far


EmoticonEmoticon