Sunday, April 29, 2012

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Buat Saya



Hari ini iaitu 29.4.2012 merupakan ulang tahun perkahwinan pertama antara aku dan isteri aku iaitu Yana..('',). Rasa sekejap jer setahun tu...,maksudnya aku dah setahun bergelar suami..hehe.

Apa barang sambut anniversary sebagai kapel yer dak..?? orang sambut anniversary sebagai suami isteri...hehe bakar line kepada yang bujang-bujang.., yang kapel sambut anniversary bagi apa jer boleh..gua yang dah kawin ni macam-macam boleh bagi..hahahah.., tapi sayangnya yana masih kena berpantang..hahahaha (sambil hentak2 kaki)

Dalam masa setahun ini gua dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aimy Zafirah..syukur Alhamdulillah.., kalau nak ceritakan bagaimana cara perkenalan gua dengan yana memang panjang la kan.., ada ker yang nak tahu macam mana..('',) dekat blog YANA ada ceritakan baca SINI <--..ker nak gua ceritakan..?? hehe


Majlis kenduri kahwin dirumah gua berlangsung pada tahun lepas iaitu pada 1 Mei 2011 yang juga dihadiri lebih 60 orang blogger diseluruh Malaysia. senarai nama yang hadir pada kenduri gua ada di SINI <---klik


********************

Dengan kehadiran ramai rakan blogger di majlis gua itu , secara tak langsung Majlis Kenduri itu dicalonkan untuk "kategori Yahoo! Social Media Gathering of The Year" sempena Digi Wwwow Award 2012. Jadi kepada anda semua diharap boleh membantu untuk mengundi 1 hari 1 undi bermula 23 April - 13 Mei 2012. Kerjasama antara korang semua amat gua hargai..thanks geng..! ('',) gambar kawin ada juga di SINI


Untuk Mengundi klik SINI
- klik vote
- login via Facebook or twitter
- klik vote semula dan komfirm kan.


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : terima kasih kepada kawan-kawan yang masih setia menjadi kawan saya..('',)


20 Orang Memberi Komen & Pendapat

pejam celik sudah setahun? tahniah bro! ^^

thaniah bro.. semoga berkekalan...

*jeles sbb x kawin lagi..

hapy anniversary bro.. smoga bro ujang n sis yana dipnjangkan jdoh n dimurahkan rzki... :)

assalamualaikum ujang....tahniah yer ..:)

happy anniversary ujang n yana...semoga terus kekal bahagia hingga akhir hayat

selamat hari ulang tahun perkahwinan utk ujang dan kak yana. moga bahagia smpi ke syurga..

Happy anniversary :) moga kalian bahagia hingga ke syurga. selamat membimbing baby yang comel tu :)

semoga menjadi keluarga yg bahagia dan ceria selalu...=)

Tahniah Ujang & Yana... Semoga berkekalan hingga akhir hayat..

Done vote.. :-)

happy anniversary.. haha,sempat lagi promote tuh

tahniah ujang... samela kita setahun.. ujang semalam.. saya pulak arini hehehe

ok dah vote dah gudlak bro!

tahniah ujang dan kak yana. seronok tengok pasangan yang dah kahwin. :)). lepas tu ada baby sendiri.:)) seronok. hehe. :))

Selamat ulang tahun perkahwinan ujang dan yana.

selamat ulang tahun.... semoga berbahagia dan berkekalan dunia akhirat... :)

kejap je dah setahun.

selamat ulangtahun!

tahniah jang...semoga menjadi suami & ayah mithali ye...


EmoticonEmoticon