Tuesday, November 12, 2019

SAPS Ibu Bapa - Semak Result Exam Anak Korang!

Nak tau benda apa saps ibu bapa ni..? harini gua nak kongsi serba sedikit apa yang ada dalam sistems longin saps untuk semak result exam anak korang.

Apa Itu SAPS Ibu Bapa?

Ok? SAPS tu maknanya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah pendekkan jadi la gitu. apa kaitan dengan ibu bapa pula, mungkin sebab web yang KPM buat ni untuk ibu bapa check result anak sebab tu orang panggil saps ibu bapa.


Kenapa Ada SAPS Ni?

Gua nak cerita pasal manfaat yang ada dalam sistem ni gua tak mahir sangat, tapi apa yang ada dalam tu contoh macam korang boleh tengok analisis kedudukan anak korang dalam kelas, kedudukan dalam darjah atau tingkatan secara online terus, tu antara kenapa sistem ni ada..('',)
.

So, kira mudah gak la, takyah nak tunggu ambil report card kat sekolah, boleh terus check ikut suka hati korang dan bila masa nak.

Eh lupa.., Rasanya tahun lepas lagi 2018, tahap satu Darjah 1,2, dan 3 takda SAPS ibu bapa ni maknanya kalau ada ujian pun markah terus dari cikgu kelas.

Check SAPS UPSR, PT3, SPM, STPM pun takde dalam sistem SAPSNKRA ni ye guys.('',)

--> Jom Baca Ragam Korang Bila Exam.


Bagaimana Nak Check SAPS Semakan Ibu Bapa Ni?


  • Mula-mula korang ketik web ni-> https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2.
  • Dah masuk nanti kluar la macam gambar kat atas tu, korang masuk ic anak korang, jangan masuk IC korang tanpa “-”  pulak memang takan boleh hahaha
  • Dah Masu IC Pilih “Negeri” dan  “Daerah” sekolah tu dan pilih sekolah yang nak buat semakan tu dan terus ketik SEMAK.
  • Dah sattle pilih la pula tahun peperiksaan contoh 2018,2019, atau pun 2020.
  • Dh pili apa lagi ketik semak dan ketik pula papar slip peperiksaan dan selesai..('',)
  • Rupa Slip macam gambar dekat bawah ni...


Siapa Boleh Cek Keputusan SAPS Ni?

First dah tentulah guru kelas tu, pastu anda sebagai calon exam, atau ibu bapa penjaga. Jangan dedahkan IC korang dekat orang lain pula tu bahaya. kang salah guna gua tak tanggungjawab ok.


Bila Boleh Buat Semakan SAPS Ibu Bapa Ye?

Yang ni sebenarnya bila-bila pun boleh check, sekarang pun korang bleh check, tapi yang terkini mungkin ada yang dah masuk ada yang belum, kalau takde tu maka guru kelas belum key-in markah la tu.


Dimana Nak Rujuk Kalau Ada Masalah Login SAPS?

Yang ni soalan paling fevret rasanya sebab, masalah yang sering jadi contoh nama tak sama, ic masuk tak boleh, markah salah, dan macam-macam lagi

Solve dia : korang boleh rujuk guru kelas anak, pastikan guru kelas ok, bukan guru matapelajaran atau guru disipilin..('',)

Kalau macam ada masalah web down ke, takyah la rujuk cikgu, tu mungkin sistem tengah ramai orang nak semak, cari waktu tak ramai orang mcm tengah malam skit ke atau pagi. tu timing cantik dan laju.

Penutup

Akhir sekali, apa yang gua kongsi tentang "SAPS Ibu Bapa" ni semoga bermanfaat untuk korang jangan lupa komen kat bawah guys..

1 Orang Memberi Komen & Pendapat

yes bermanfaat sangat. kadang ada mak ayah yg tak tau pasal ni :(


EmoticonEmoticon