Tuesday, April 17, 2018

KENAPA AKU SELALU PERGI LEGOLAND



Salam...,

Minggu lepas aku pergi Legoland buat kali yang ke 5 sepanjang hidup aku. Dari anak seorang sampai anak nak masuk 3 hahahaha

Persoalan yang aku dapat bila pergi ke Legoland adalah

KENAPA AKU SELALU PERGI LEGOLAND..????  

Sebelum aku jawap..., aku nak post beberapa gambar lama di Legoland.., saja nak belagak jap hahahaha






ujang legoland 2018
Gambar atas ini terbaru 2018 bersama rakan blogger KBBA9 di Legoland Malaysia

***********************

Ok aku nak jawap kenapa selalu pergi Legoland. Jawapan dia mudah sahaja sebab aku suka bawa anak-anak aku ke legoland..simple je jawapan dia. hihi

Aku tengok Zafirah memang suka bila sampai legoland dan sekarang ni dia dah hafal mana jalan setiap game dalam peta.!

Benda wajib yang dia akan minta naik antaranya ialah :


Boating School




Naik boat ni santai sahaja...,rilek-rilek..., dulu aku pergi tak ramai sangat orang beratur. Sekarang ni agak panjang dah beratur.

Part paling best time beratur adalah kau bebas untuk mengata orang yang tengah naik boat hahaha.., ada yang berpusing 360 darjah.. time tu kau bebas untuk bongokkan orang tu hahaha, ada jenis yang mak bapak bawak anak, tapi main henpon so itu yang boleh jadi boat berpusing 360 darjah hihi


The Dragon Roller Coster



Walaupun tak mencabar naik roller coaster bebudak ni.., siapa yang ada sifat gayat sure akan rasa geli perut gak... so aku la orangnya...hampeh



Yang Terbaru.!


NINJAGO RIDE



Last aku pergi dulu ninjago ride ni masih dalam pembinaan.., nampak pagar dia sahaja open soon.., terkilan tak dapat main hehe..

So tahun ini 2018 alhamdulillah dapat Zafirah merasa naik Ninjago Ride ni.


Dari gambar ni nampaknya bapak dia yang over eksited nak naik ninjago ride hehe.., biasa la benda pestime sure la teruja wei...macam malam pertama kan pestime gak.., sure teruja kan hahahahah *tetibe


Yang buat aku teruja naik Ninjago Ride ni sebab dia ada 3D woi...! jakun kejap aku..., so kalau kau pakai spek 3D ni bila kereta bergerak kau kena jadi ninja tembak atau baling ke orang jahat... aku siap memekak dalam tu setiap kali target orang jahat aku jerit

"waaachaaaaa" "hiaaakkk"

Dan macam biasa si Zafirah sure akan ikut perangai sakai papa dia..so kami memekak sama-sama dalam tu hahahaha

Dan yang paling bongok..markah zafirah lagi banyak dari markah aku....binawe betul.!


Untuk aku pula.., datang Legoland aku paling suka layan menatang ni..!

THE GREAT LEGO RACE
VR COASTER

ini geng aku naik menatang LEGO RACE


kemain siap amik gambar lompat, korang perasan ke tak dalam gambar atas ni ada aku..??? siapa tak perasan maksudnya penyakit OCD dia tak kuat hahahaha

Dulu aku pi takda lagi VR ni..just naik  Coaster sahaja..., so baru ni pergi teruja juga nak cuba naik coaster dengan pakai VR sekali.


Kau nampak tak betapa poyonya aku bergaya sahaja lebih hahaha., ekceli masa ni hujan so agak dukacita la tak dapat cuba layan menatang ni sambil pakai VR

So aku dengan the geng tetap la naik tanpa VR...

Lego race legoland

Dan inilah hasil muka aku masa naik LEGO RACE hihi


*********************************

Kalau korang tertanya atau terfikir nak masuk LEGOLAND selalu..!!  aku rekemen korang dapatkan ANNUAL PASS LEGOLAND .!


Sekarang ada PROMOSI ANNUAL PASS LEGOLAND..! so aku rasa ini masa paling sesuai untuk korang beli annual pass legoland. Tiket Annual Pass sekarang dijual pada harga tiket sehari iaitu RM199 sahaja . Makna kata beli tiket harian dah sama harga dengan Annual Pass.

Jadi korang boleh keluar masuk Legoland tanpa had selama setahun..!!!



Selain itu., sekarang juga masa yang boleh kata wajib korang dapatkan Annual Pass, sebab korang berpeluang untuk bawa balik sebijik kereta Nissa Almera.!


So nak apa lagi wei..!! jangan banyak songeh hahahahaaha



Untuk maklumat lanjut tentang Legoland boleh refer details berikut:

Website: www.legoland.com.my
Facebook : LEGOLAND Malaysia
Instagram : @legolandmalaysia
Twitter: @LEGOLAND_MY
Telefon : 07-597 8888

Thursday, April 5, 2018

3 SEBAB DEMC TUKAR NAMA KEPADA AVISENA


Hospital Pakar DEMC Shah Alam adalah kumpulan penjagaan kesihatan yang berkembang pesat di Shah Alam yang menawarkan spektrum gabungan penjagaan primer, perkhidmatan pakar dan program kesihatan kesihatan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat, negara dan pelanggan antarabangsa.

DEMC berusaha untuk terus memberikan perkhidmatan yang unik dan berbeza dengan komitmen tanpa kompromi terhadap kualiti perkhidmatan kepada semua pelanggan mereka. DEMC berbangga dengan reputasi mereka untuk mewujudkan satu pengalaman yang benar-benar prihatin di DEMC. DEMC sentiasa cuba menyediakan perkhidmatan baru dan keperluan pelanggan melalui penglibatan dan perkongsian strategik.

Jadi kenapa DEMC mahu tukar nama kepada AVISENA..???????

Kebiasaanya satu syarikat akan "rebranding" disebabkan  ada penukaran pemegang saham yer dak.. ataupun syarikat sudah muflis ? tapi DEMC tukar kenapa AVISENA bukan kerana sebab-sebab itu. Pemilik dan pemegang sahamnya masih sama.

Bawah ini aku kongsikan antara sebab utama DEMC tukar nama kepada AVISENA


Lebih Komersial

Darul Ehsan Medical Centre atau DEMC sangat sinonim dengan penduduk di Shah Alam atau lebih tepat lagi penduduk di Negeri Selangor. Jadi antara punca utama DEMC tukar kepada AVISENA adalah untuk jangka masa panjang. Avisena diambil bersempena nama Ibnu Sina, atau nama sebenarnya Abu Ali Al-Hussian Ibnu Abdullah, seorang tokoh besar dalam bidang perubatan moden yang dilahirkan pada tahun 980

Buka Cawangan Lain

Pemilik AVISENA sudah tentu ada MISI dan VISI jangka masa pendek dan panjang., jadi dengan pemilihan nama AVISENA, Mereka telah meranjang untuk buka cawangan di negeri lain. Jika masih menggunakan nama DEMC atau Darul Ehsan Medical Centre, agak kurang manis bila digunakan di Ipoh contohnya yer dak.? kerana nama Darul Ehsan sangat sinonim dengan Selangor hehe. Selain itu mereka juga merancang akan buka cawangan diluar Malaysia.


Menambah Baik Servis dan Imej

DEMC sudah beroperasi lebih 20tahun, jadi mereka menukar kepada AVISENA bukan sahaja pada nama dan juga logo . Mereka telah menambah baik dari segi peralatan, serbis, perhidmatan dan juga imej.



Semua staf AVISENA ada uniform yang baru dari pekerja biasa sehingga Dr pakar. Kalau korang yang biasa pergi DEMC jangan terkejut dengan pakaian baru dorang dengan Imej AVISENA. Staf semua masih sama cuma mereka sudah ada uniform baru.

Mereka juga menjanjikan serbis yang lebih baik dan yang paling penting mereka masih mengekalkan harga perhidmatan yang lama.

AVISENA juga menyediakan parking yang agak banyak, dan kawasan sekeliling pun mempunyai parking yang mudah.

Selain itu bagi aku persekitaran yang selesa dan serbis dari pekerja yang puas hati secara tak langsung boleh meringankan beban sakit kita yer dak.?


******************************************

Secara peribadi aku kenal DEMC ini kerana ramai rakan yang review mengenai serbis bersalin disini. Ramai juga rakan blogger sendiri yang pernah bersalin disini dan mereka memberikan review yang positif.

DEMC atau AVISENA memang terkenal dengan imej Stafnya dan Persekitaran Hospital yang sangat selesa.

Korang nak tahu siapa Executive Committee Members AVISENA..?



Berdiri Dari kiri ke kanan : 
Shahrin Shafie, Ahmad Tazilan Mokhtar, Nor Hafidah Mustapha, Muhaimin Ooyub Shafie, Norsilayati Kamal Ariffin, Rosmawati Osman.

Duduk Dari kiri ke kanan :
Mazidah Umar, Dr Abdul Razak Hamzah, Dato’ Dr Omar Abd Hamid, Haslina Zainuddin.


Nampak? masih muka-muka yang sama DEMC ke AVISENA hehe... Dato Dr Omar masih ada disitu hehe

So tahniah aku nak ucapkan kepada AVISENA...









************************************

Alamat
Darul Ehsan Medical Centre No 4 Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. 

Nombor telefon
603 – 5515 1888 (General Line)
 603 – 5515 1966 (Appointment Line) 
603 – 5515 1815 (Fax

 Laman web
http://avisena.com.my/

 Email:
 careline@avisena.com.my

Tuesday, March 6, 2018

LAZZ SUSU KAMBING TERBAIK UNTUK ANAK


susu lazz kambing


Salam.,

Siapa pernah minum susu kambing...?  belum atau pernah minum tak kisah la, janji korang baca info aku nak sampaikan ni hahahah

Jujurnya aku tak boleh minum susu kambing, daging kambing pun aku tak makan.., dia bukan level tak suka tau., tapi level sampai boleh muntah bila makan atau minum hehe., rugikan jadi manusia bernama ujang ni hahaha...

Ok ni aku nak cerita pasal satu jenama susu kambing yang popular di Malaysia iaitu LAZZ. Aku mula kenal Lazz Susu Kambing ni masa bulan puasa tahun lepas waktu bulan puasa.. Sebab selalu nau keluar iklan dia dekat Telibesen.

Lepas tu nampak akak opis dok minum susu lazz ni, last sekali aku tengok ramai rakan blogger review positif pasal Lazz Susu Kambing ni jadi tanpa sengaja aku pun terasa nak cuba Lazz Susu Kambing ni hehe.... ok itu serba ringkas aku bersama Lazz Susu kambing

*yes mukadimah aku takda ayat 'yer dak'

*****************************************

Macam aku bagitahu tadi, aku ni sejenis manusia yang tak boleh minum susu kambing, so kenapa aku nak cuba Lazz Susu Kambing.? Motif sebenar aku nak cuba ialah untuk anak-anak aku .., aku tertarik sebab ada terbaca yang Susu Kambing Lazz ini baik untuk kanak-kanak 

susu kambing lazz


Aku ada terbaca salah satu kelebihan Lazz Susu Kambing ini boleh menambahkan selera makan budak, Si Zafirah ni memang sejenis budak yang kurang makan so agak merisaukan juga..,jadi aku bagi si Zafirah ni minum susu Lazz dan Alhamdullilah dia suka Lazz Susu Kambing ni.

Ni antara kebaikan Semulajadi Susu Lazz untuk kanak-kanak bermula 2 tahun ke atas.

- Kalsium , membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat
- Rendah Lemak Tepu ; pilihan yang tepat untuk kanak-kanak
- Vitamin B1; diperlukan untuk membebaskan tenaga dari karbohidrat
- Vitamin B12; Diperlukan untuk penghasilan sel darah merah
- Vitamin C; Meningkatkan Penyerapan Zat besi dari sumber bukan daging
- Magnesium; menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium


susu lazz dan budak-budak

Macam Zafirah ni dia suka Lazz Susu Kambing dengan kurma.., setiap pagi aku akan bagi dia minum segelas ke secawan ek..lantakla yang penting dia minum waktu pagi hahaha

Tapi cerewet sikit , dia nak minum yang sejuk sahaja. So kena la bancuh dia air sejuk., tapi kena bancuh dengan air panas dahulu baru campur dengan air sejuk...

Lazz Susu Kambing ni ada banyak perasa.., original, choco, kurma dan terbaru Lazzcafe.

susu lazz cafe

Dari review yang aku baca LazzCafe ni sedap..aku tak cuba lagi, nanti nak cuba la hehe.....

****************************************

Biasa ada orang tanya Lazz Susu Kambing ni ibu menyusu boleh minum dak..?  Yes sure..!! Lazz Susu Kambing boleh diminum seawal usia 2 tahun dan keatas

Ini bermakna sangat sesuai dimininum oleh semua..


'

Ini ada beberapa saranan untuk korang yang 

Lazz set sejoli (untuk mereka yang ikhtiar hamil)
 (Lazz Kurma untuk isteri, Lazzcafe untuk suami)

Lazz set mak buyung  ( untuk ibu kesihatan mengandung)
(Lazz Kurma dicampur dengan Lazz Choco)

Kombo Susu Meriah (khas untuk ibu yang sedang menyusukan)
 Lazzcafe dicampur dengan Lazz Kurma dan Lazz Choco

Set untuk diet tanpa sukrosa
 (Lazz Asli dicampur dengan Lazz Kurma)


 So , kalau korang nak cuba untuk minum Lazz Susu Kambing , boleh dapatkan susu-susu Lazz ini daripada ejen-ejen/stokis berdaftar yang terdekat dengan korang ataupun lazz.lazzdelivery.com untuk tempahan secara online.

Dalam website dorang juga banyak testimoni menarik untuk korang baca mana yang sesuai untuk korang...



*lazz susu kambing tak tak hamis so aku boleh minum hehe

Wednesday, January 3, 2018

Tengok Bear dan Hot Spring di Noboribetsu Hokkaido

PENGALAMAN WINTER TRIP HOKKAIDO PART 5

Salam.

Hari terakhir di hokkaido kami tak jalan banyak tempat sangat, hanya ke Noboribetsu sahaja, apa yang ada di Noboribetsu..?


1. Hell Valley Noboribetsu 

hell valley noboribetsu

  
lastday ini tempat pertama  kami pergi ialah  kawasan Hot Spring iaitu Hell Valley Noboribetsu Hot Springs

Gila dengar nama Hell Valley macam tanak pergi je tempat ni yer dak...? iyo lah tetiba orang tanya kau nak pergi mana, kau jawap

"aku nak pergi LEMBAH NERAKA"

Tak ke kohaja namanya hahahahaha, itu pandangan pertama aku la sebelum sampai ke Hell Valley Noboribetsu.


Tapi bila dah sampai, aku terkeskima jap.(betul ke aku eja) .Ya ALLAH...cantik gila kot tempat ni...! Bila kau sampai di spot view dia cantik gila macam dalam lukisan .


Hell Valley ni adalah salah satu tempat "Hot Sping" terbaik di Hokkaido. Ia menghasilkan 10,000 liter setiap hari...gila banyak oi. Jumlah pelancong yang datang sini ialah 3juta orang setiap tahun..fuh.!!

Tapi korang kalau datang pada musim WINTER, hati-hati sebab jalan dia terlalu licin., jadi pastikan pakai kasut yang sesuai bila berjalan pada musim WINTER orait..!

Yang penting masuk sini FREE ..!!!!!


Dari atas nak ke kawah gunung berapi tu korang perlu jalan kali lebih kurang 300meter kot.., so memang sangat-sangat licin...., korang tengok video bawah ni si kak fila nak tergolek hahahaha


Korang tengok video atas ni dapat la merasai macam mana keadaan bila winter turun..., sejuk takyah nak cakap la memang sekejap jer pundi kencing kau penuh hahaha

Pergi bercinta dengan bini syok gak sejuk-sejuk boleh peluk hahahahaha,  owh lagi satu kalau nak datang sini ke awal.. kalau korang lambat silap hari bulan penuh la dengan pelancong lain.

Sekali yang datang sini semua rombongan - rombongan, satu bus 30 orang, kalau 10 bus..???? korang bayang la tak syok berimpit jalan sejuk-sejuk hahahah

Yang paling tak best bila terlalu ramai sure susah nak ambik gambar yer dak..?? haaaaaaaaaaa


ce teka awek mana depan camera ni..?


aku pun nak bergambar sorang...korang tahu nak dapat gambar sorang macam ni memang susah, so belakang si tukang amik gambar ni .., orang ramai tengah kena tahan , sebab aku nak bergambar tanpa orang hahahahaah

Korang tengok je la beberapa gambar View Hell Valley Noboribersu






**********************************

2. Sekisui-Tei, Noboribetsu

Lepas settle bergambar di Hell Valley kami lunch di Resort Sekisui-Tei, Noboribetsu. Dekat je dengan hell valley.






Merasa juga la aku pengalaman makan tempat ala jepun yang cantik gini....serius best..!!! Lepas habis melantak kami dibawa pergi tengok tempat onsen di resort ni.

Jepun memang terkenal dengan onsen, siapa pergi jepun tak cuba mandi onsen tak sah hihi


Harus tahu, mandi onsen wajib bogel ok hahahaha.., so segala pakaian korang boleh la letak di bakul ni . lepas tu berlengeng la dengan tuala kecil ke kolam hihi






Air onsen ni yang menariknya disedut dari Hot Spring Hell Valley tadi.., memang nampak panas tapi bila beremdam tak rasa panas...ehhh..??? susah la nak terangkan..kira bila korang celup badan korang dalam air tu baru hilang panas dia.., eehh?? tak reti la aku nak terangkan hahahaahah

Kami bernasib baik sebab pihak JTNO tempahkan kami tempat khas untuk onsen..! gambar atas tu untuk tak privacy..., kami cuba onsen di tempat privacy atau lebih tepat VIP hahahaha


*********************************

3. Bear Park Noboribetsu

Kalau dah pergi Hell Valley boleh kata tak sah kalau korang tak singgah ke Bear Park Noboribetsu. Kalau korang dari Hell Valley, ada shuttle PERCUMA ke Bear Park ni

Noboribetsu Bear Ranch ditubuhkan sebagai ladang penternakan pertama di dunia pada tahun 1956. Kurang lebih ada 100 ekor beruang yang dibela disini. 


Siapa datang ke Bear Park , sini adalah tempat wajib korang amik gambar ok..!! hahaahha..besar nak mampus bear ni woi..!! takpa kejap lagi kita tengok real punya bear.


Eh jumpa patung bear terus aku bergambar...comel pulak tengok gambar sendiri ni hahaahhaha

Kalau korang nak tengok bear ni bukan macam pergi zoo biasa tu, bayar tiket boleh tengok bear kan..? bukan bukan , korang kena naik ropeway..!! hihi


Nampak belakang aku tu ada ropeway yang perlu korang naik sebelum tengok bear..


Gini la keadaan bila korang naik kabel car untuk tengok bear...! otw korang boleh tengok view yang cantik...biasa la setiap kali winter segala view korang akan cantik hehehe



Ni sempat la amik video merepek dengan kawan-kawan blogger..., konon-konon naik kabel car genting katanya hihi...

Lepas naik puncang gunung, tetiba hujan salji ..!! adoi dia punya angin sejuk namati..!!! tapi macam biasa view tetap lawa sebab winter hahahahaha




Ni ada tempat itik gak.., aku tak tau pulak itik dekat jepun besar hahaha, tapi kami tak teruja sangat nak tengok itik, sebab itik dekat kampung banyak hihi.

Kami terus pergi tengok bear dari bahagia atas...! syok dan comel rupanya bear ni..patut la budak perempuan suka bear...


Korang boleh bagi bear makan dekat sini., tapi awas bukan sebarang makanan ok..!! korang boleh beli disini berharga 200yen


Ada locker ni korang boleh bayar guna syiling 200yen dalam rm7 gitu ..mahal..? jepun maaa hahahahaha

Dari atas ni macam-macam ragam bear korang boleh tengok, ada yang siap tepuk-tepuk tangan minta makanan. Ada juga  bear yang siap buat gaya tepuk tepuk kaki..! adoi nak je aku tepuk dia punya comel tu.




Lepas settle baling-baling makanan dari atas, kami turun bawah masuk ke terowong untuk tengok bear secara dekat.


Kali ini korang boleh tengok bear depan mata...oi! besar gedabak.. , korang boleh bagi bear makan melalu tiup tu... tengok video bawah ni


Bagi makan gini dia ganas sikit.., tapi aku agak kesian macam tak cukup makan jer bear tu..., tapi nak komplen lebih tak boleh sebab bear park ni wujud sebelum aku lahir lagi, so dorang lagi pengalaman yer dak..? 


HARGA TIKET BEAR PARK NOBORIBETSU


kredit kak filla

Adult : 2,592 yen
Child 4-12 yo : 1,296 yen
Group Adult (over 20 people) : 2,108 yen
Group Adult (over 50 people) : 1,975 yen
Group Adult (over 100 people) : 1,851yen

Jadi di Noboribetsu sini sahaja la tempat kami habiskan masa..., lepas settle bear park, kami mandi onsen tadi aku ada share video di atas 

Lepas penat semua kami ke tempat shooping wajib di Chitose iaitu Rera Outlet Mall

******************************

Rera Outlet Mall

Korang kalau nk solat di Rera Outlet Mall tak perlu risau, sebab disini memang ada sediakan surau yang selesa.


Tempat solat dia tidak la luas, tapi selesa untuk solat dan ambil wudhu semua ok sangat .


Kalau korang ke Rera  Outlet ni wajin singgah sini dulu tau...! minta apa-apa baucer diskaun dorang akan bagi..5% - 10% baucer siapa nak bagi kan..!!!!


 Yang best dekat sini ada free wifi...!!! so kalau nak tanya kawan kirim barang ke apa boleh wassap je hihi

Tapi diingatkan kepada penggemar G SHOCK...,  di RERA OUTLET tiada jual G-Shock ok...korang kalau dah jumpa murah di SAPPORO tak payah gatal tangan nak survey di Rera Outlet ni..idok menyesal macam aku hahahaha


*****************************************

Habis shooping kami dinner di chitose airport...! satu-satunya restauran halal yang ada di chitose airport iaitu Donburi Chaya


Kalau korang dah sampai chitose airport, bila lapar boleh la makan di Donburi Chaya ni, jangan ragu-ragu sebab memang ada sijil halal


Nampak dak gua bagi bukti korang yang Donburi Chaya ni ada halal..!! so sila la order ikut suka korang..! aku order apa..?? oi aku tak makan seafood so JNTO belikan aku khas satey ayam.. dengan pop corn ayam hahahaha !


Nampak tak satey dengan pop corn khas untuk aku., masa ni aku memang dah takda mood sebab penat sangat dan kepala pun nak naik pitam..!! Namee cakap aku kena makan gak sebab aku jadi pitam puncanya sebab kurang gula dan terlalu lapar.., so aku gagahkan juga untuk makan hehe.

*******************************************

Settle semua kami semua terus checkin di hotel terakhir kami iaitu 

ANA Crown Plaza Hotel Chitose 


Malam last dihotel ni aku memang dah penat gila..!!! tapi tetap tidur lewat sebab berborak dan dengan kawan-kawan blogger...

Malam last ni juga dapat borak panjang dengan kawan blogger, yela bila lagi boleh lepak yer dak..? so aku gunakan masa yang ada untuk sharing info dengan rakan blogger...hurmmmm (rindu)

Esoknya pagi-pagi morning dah check out..!  bye bye Hokkaido..!


Thanks kepada semua rakan blogger



Tak lupa terima kasih kepada wakil pihak JNTO

- Mr Kazunarikurosawa
- Mr Wataru
- Ms Masami 

Korang boleh wusha  http://muslimguide.jnto.go.jp/eng/ untuk tengok info dah sharing for Muslim Traveller..


**********************************

THANKS SEMUA