Monday, June 23, 2014

Review Filem Pengantin Malam

Filem Pengantin Malam


Minggu lepas gua dengan adik gua sempat pergi preview filem terbaru MIG iaitu Pengantin Malam.., Pelakon utama filem ini ialah Farid Kamil dan Nora Danish.

Salah satu faktor utama gua nak tengok fFilem Pengantin Malam ini ialah kerana pelakon dia dan juga gua memang minat filem berunsur seram..hehe



Sinopsis Filem Pengantin Malam:


Sinopsis Pengantin Malam

Filem Pengantin Malam mengisahkan tentang seorang isteri , Maya ( Nora Danish ) yang mengalami amnsia selepas kemalangan jalan raya . Sejak dari hari itu , Maya sering diganggu lembaga misteri sehingga suami Maya , Razif ( Farid Kamil ) terpaksa membawa Maya berehat di Villa keluarga Razif .

Namun gangguan itu tidak berhenti malah semakin teruk hinggakan Maya tidak dapat mengawal perasaannya. Pelbagai ikhtiar telah dilakukan oleh Razif yang tidak percaya gangguan yang terjadi pada Maya adalah benar sehinggakan hubungan semakin renggang

Villa yang mereka diami itu juga memberi pelbagai persoalan terhadap Maya kerana villa tersebur turut didiami seorang tukang kebun. Perlakuan pelik Maya mendapat reaksi berbeza tukang kebun itu malahan sikap Maya yang semakin hari semakin pelik itu membuatkan Razif mencari seorang doktor pakar untuk mengubati penyakit yang dialami .

**************************

Review Pengantin Malam

Secara jujurnya pada mulanya  gua tak yakin Nora Danish boleh bawa lakonan semantap dalam filem Pengantin Malam ni.., tapi dia berjaya membawa watak saiko dan juga seram dan sedih sangat menjadi..., mimik muka dia memang power..., dia yang comel diluar tapi dalam filem jadi sememeh dan tak terurus sangat menjadi...

Farid kamil pula lakonan dia memang macam biasa bajet cool dan bila part jahat dan garang memang power..., pelakon tambahan lain tak kurang hebat dia lelagi si mak anum dan juga elli suriati

Filem ini pada awalnya kita memang tidak dapat agak siapa yang baik dan siapa yang jahat.., pengarah pandai susun jalan cerita supaya kita tertanya-tanya.., pengarah juga bijak memberi pengajaran berguna untuk yang berkeluarga didalam filem ini..., kita tidak boleh curang dan bijak bahagi masa bersama pasangan kita...

Part seram dalam filem ini memang power ditambah dengan sound effect yang BOom...!!!! tetapi jalan cerita ini membuatkan penonton rasa kenapa bodoh sangat si Nora Danish ni nak sangat jumpa hantu walaupun dia tau dia kena kacau..., kalau korang nak rasa jawapan dia kenapa pergi tengok sendiri..hehe



RATING

Seram =4.4/5
Plot Cerita = 4/5


Ujang dan Nora Danish

Malam preview tak sempat bergambar dengan Nora Danish..., tepek gambar lama pun jadi la..hahahahahaha

9 Orang Memberi Komen & Pendapat

Bestnya dapat pergi ke pratonton wayang. Kat Sabah ni tak pernah dibuat pra tonton. Apa pun terima kasih atas revie tersebut.

blogger tekenal ke pi preview cam, ni hebat

Saya plak menyesal tgok crt ni dgn kawan kawan...dlm wayang tu boleh siap gelak gelak lagi tgok hantu tak seram...boleh dengar penonton lain gelak...saya bagi 3/10

Cerita ni sama dengan cerita hindustan 'Raaz'

Sape kata bes, nampak nor nipunye.

this movie make me curious about the ending..best


EmoticonEmoticon