Monday, December 30, 2013

Jana Pendapatan dengan Sistem Solar Rumah



Sebelum ini gua ada cerita macam mana nak buat duit dengan pasang solar dekat rumah yer dak..?? dengan sistem FIT yang ada

Boleh baca apa itu FIT di SINI <--- p="">




Sebenarnya dengan memasang sistem solar rumah , korang boleh menjual tenaga solar elektrik rumah korang kepada TNB. Insentif SEDA Malaysia FiT  ada menyediakan kadar tetap untuk penjana elektrik (contoh pemilik rumah) bagi setiap jam kilowatt (kWh) tenaga elektrik yang dijana dan dieksport ke grid. Kadar ini disediakan di bawah FiT jauh lebih murah pada  kadar elektrik yang dibayar kepada TNB (Tenega Nasional Bhd) kerana ia adalah satu insentif bagi penjanaan tenaga boleh diperbaharui bersih hijau...haa paham dak..??

Jika korang pasang sistem elektrik solar di rumah untuk menjana tenaga elektrik yang bersih sebenarnya korang boleh memperolehi pendapatan pasif kerana TNB akan membeli semula tenaga daripada korang..tak caya korang boleh tanya SEDA sendiri hehe

Kalau korang nak sistem PV solar di rumah korang sendiri.., Feed in Tarif (FiT) adalah jalan yang terbaik untuk korang mulakan. Fit akan membolehkan korang mendapat tenaga boleh baharu (RE) milik korang sendiri selain boleh membantu memelihari alam sekitar dan membuat keuntungan yer dak..?





*******************************



Korang tau tak..? tempat yang korang selalu shopping iaitu Suria KLCC adalah merupakan satu tempat pemasangan solar yang terbesar di atas bumbung.., ini merupakan satu contah yang baik diberikan PETRONAS kepada masyarakat nak menunjukkan betapa pentingnya penggunaan tenaga boleh baharu yer dak..?


Cara untuk korang memohonnya boleh tengok di website SEDA <-- klik="" p="">


***********************************

PETIKAN DARI BERNAMA

Sistem e-FIT Dapat Sambutan Baik Pada Hari Pertama
KUALA LUMPUR, 2 DISEMBER (Bernama) -- Sistem dalam talian e-FiT (Tarif Galakan) yang mula beroperasi semalam mendapat sambutan menggalakkan di kalangan rakyat Malaysia dalam tempoh 24 jam pertama.

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) berkata apabila sistem dalam talian e-FiT dibuka kepada orang ramai pada tengah malam 1 Dis, 2011, trafik ke pelayan melebihi apa yang dijangkakan semasa ujian tekanan dijalankan ke atas sistem itu.

"Terdapat lebih 6,000 respons yang masuk yang membanjiri laluan get kepada pelayan kami dan pasukan ICT kami terpaksa menukar logik baris gilir bagi pelayan-pelayan itu.

"Difahamkan bahawa masa pusing balik ialah lapan minit dan sebaik sahaja akses dibuka semula, pelayan boleh bertindak balas dalam tempoh masa yang boleh diterima," kata ketua pegawai eksekutif SEDA Malaysia Badriyah Abdul Malek.

Beliau berkata sehingga pukul 10 pagi hari ini, 88 peratus daripada permohonan dalam talian yang diserahkan bagi projek boleh diperbaharui yang akan dimulakan dari 2012 hingga 2014 ialah bagi solar photovoltaic (PV).

"Setakat ini, terdapat kira-kira 9 Megawatt (MW) kuota yang masih tinggal bagi solar PV bagi individu manakala bagi sumber boleh diperbaharui lain, kuota masih ada seperti 57.35 MW bagi biogas, 15.88 biogas-tempat pelupusan sampah, 91.97 MW bagi biomas, 80 MW bagi sisa buangan pejal-biomas dan 99.73 MW bagi hidro kecil.

"Pada akhir setiap separa tahun, SEDA Malaysia akan menyemak semula kuota tenaga boleh diperbaharui (RE) yang tidak diperuntukkan dan memutuskan bagaimana ia boleh digunakan bagi separa tahun seterusnya.

"Selain itu, SEDA Malaysia juga akan terus memantau aliran harga pasaran sumber-sumber boleh diperbaharui ini agar kadar FiT dapat diselaraskan bagi mencerminkan keadaan semasa seperti yang disediakan di bawah Seksyen 18 Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011," kata Badriyah.

Beliau berkata bagi pemohon yang berjaya menyerahkan permohonan kelulusan galakan (FiA) mereka, SEDA Malaysia memerlukan 14 hari untuk mengesahkan bukti dokumen dan pembayaran yang diterima bagi fi permohonan (hanya terpakai kepada sistem RE yang lebih besar daripada 72 kW) serta serahan borang pengisytiharan mematuhi undang-undang.

"SEDA Malaysia akan mengeluarkan sijil Kelulusan Galakan will (FIA) sebaik sahaja proses pengesahan dan prosedur selesai," katanya.

Sistem dalam talian e-Fit boleh diakses menerusi efit.seda.gov.my.

-- BERNAMA

**********************



2 Orang Memberi Komen & Pendapat

TNB jual tenaga murah kpd pengguna tp beli tenaga harga mahai dr pengguna .... wahhhh dasatnye ...

TNB untung ke rugi ek cam ni ... hahahha

Salam,
Sebenarnya TNB tak untung atau rugi dari praktis ini.

Duit yang digunakan untuk memebeli semula tenaga elektrik 'hijau' ni datang dari poket pengguna TNB seperti kita.

Cuba tengok bil tnb anda:
ada caj "Tenaga boleh diperbaharui" sebanyak 1 peratus dari jumlah penggunaan. ( bil pengguna elektrik sederhana dan besar).

Duit tu akan dikumpul dan diserah kepada kementerian Tenaga Hijau yang akan menyalurkan duit itu semula kepada TNB sebagai dana untuk membeli tenaga hijau daripada FIT.


EmoticonEmoticon