Filem Jiwa Taiko
Jiwa Taiko
Masih ingat lagi tak kes seorang pelakon terbakar ketika pengambaran filem...??
Yer..filem Bara Jiwa la..., yang Raffie Husin terbakar satu badan ketika melakonan aksi letupan dalam filem itu, ni gua tepek gambar kes lama dulu-dulu
Tapi kes terbakar itu cerita lama..,tak penting.. ni nak kongsikan yang tajuk Filemnya dulu bertajuk Bara Jiwa telah ditukar kepada Jiwa Taiko
Pengarah Filem Jiwa Taiko ini ialah Osman Ali
Benda ni gua rasa dah tersebar dan pihak produksi tengah mencari siapa yang menyebarkan info Jiwa Taiko, paling kecoh tersebar Trailer Jiwa Taiko
Kos pembikinan filem ini lebih kurang RM1.5 Juta
Pengarah Filem Jiwa Taiko ini ialah Osman Ali
Benda ni gua rasa dah tersebar dan pihak produksi tengah mencari siapa yang menyebarkan info Jiwa Taiko, paling kecoh tersebar Trailer Jiwa Taiko
Kos pembikinan filem ini lebih kurang RM1.5 Juta
*****************
Meh layan Trailer Filem Jiwa Taiko (Eksklusif Trailer bocor!!)
*****************
Sinopsis Filem Jiwa Taiko
Filem yang memulakan penggambaran pertengahan Disember 2010 di lokasi sekitar ibu negara dan Terengganu itu mengisahkan perjalanan kehidupan empat anak muda iaitu Firman lakonan Remy, Diana (Trisya), Freez (Fizz Fairuz) dan Lara (Nadia Nissa) yang dipertemukan di sebuah kelab milik Kak Pora (Mislina).
Masing-masing punya cerita tersendiri seperti Firman yang cuba membina kehidupan baru selepas keluar daripada penjara, manakala Trisya mahu dicintai, Freez pula hanya memikirkan kegembiraan dan Lara, jiwa bebasnya ingin terus berdikari.
Segala rasa dikongsi dengan Kak Pora yang begitu memahami naluri anak muda, malah di kelab Wira Cinta itu juga mereka mempelajari teknik persilatan dan di situlah mereka menyelami erti persahabatan serta kasih sejati.
Namun kehadiran Pinto, watak dibawakan Bront yang menjadi teman baik masa silam Firman hampir menggugat segala ketenangan apabila lelaki itu memberi kata dua sama ada dia kembali ke dunia hitam atau menjadi musuh Pinto selamanya.
***************
Filem ini bagi gua layan gak sebab pengarah dia si Osman Ali memaparkan dan memperkenalkan Seni Mempertahankan diri dinegara kira iaitu SILAT...!!!
Sebelum ini Osman Ali naik namanya dengan Filem Anak Halal
Sekian...Peace (~_^)v
Tags : filem jiwa taiko, trailer filem jiwa taiko, sinopsis filem jiwa taiko, barisan pelakon jiwa taiko, pengarah filem jiwa taiko, gambar pelakon terbakar, gambar filem jiwa taiko, filem barajiwa, trailer filem bara jiwa, pelakon filem bara jiwa,
10 Orang Memberi Komen & Pendapat
waahhh.... cambest!
citer macam ganas la plak..haha=)
Gua Taiko kat sini, Bhahahaha
cam best jer. tak sabar nak tenguk lah!
tudia sampai terbakaq. siannnn
menarik! rambut freez stail!
kalau dapat tiket free nti ajak aku tau!!
hehehe..time durg siapkan prop ai ade kat citu...
big thanks to the author for new)
Silat Gayong
Tahniah cer niew,terbaikkk
EmoticonEmoticon