Wednesday, February 26, 2014

Melawat Tapak ke AUO-Sunpower Sdn Bhd


Sebelum ini gua ada cerita lawatan tapak di negeri Melaka yer dak..?

Gua nak sambung cerita destinasi kedua gua selepas rumah Pn Stephani.., lawatan tapak di lokasi kedua ialah AUO-Sunpower Sdn Bhd.

AUO-Sunpower Sdn Bhd ini lokasi dia di Alor Gajah, lebih kurang 20 minit dari rumah Pn Stephani..., bila pergi ke  AUO-Sunpower Sdn Bhd. ini Pn Stephani pun join sekali..,


AUO-Sunpower


Dalam perjalanan sebelum sampai ke AUO-Sunpower Sdn Bhd, dalam kepala otak gua tertanya-tanya, kenapa SEDA Malaysia  bawa kami semua ke AUO-Sunpower Sdn Bhd ini..??

Bila dah sampai ok fine..!! ini company mesti power gila.., sebab tengok kemain gedabak besar hahaha


****************************************


AUO-Sunpower Sdn Bhd


Serba sedikit berkenaan AUO Sunpower Sdn. Bhd.

- AUO ditubuhkan pada tahun 1996.

- AUO telah bergabung dengan Acer Display Technoloy Inc dan Uniapac Optoelectronics Corporation pada tahun 2001Kemudian, mereka bergabung pula dengan Quanta Display Inc. untuk membina TFT-LCD yang lebih bersaiz besar dan menguasai 17% daripada pasaran TFT-LCD yang bersaiz besar di dunia.

- AUO juga merupakan syarikat pembekal TFT-LCD pertama yang berjaya disenaraikan dalam NYSE (New York Stock Exchange)

Kelebihan produk AUO Sunpower adalah menghasilkan Solar Cell (Panel Solar). Panel Solar mereka telah dipatenkan dan sukar untuk ditiru. Malah, solar panel mereka menyediakan kecekapan yang yang berkesan sehingga 22.5% atau 3.4 watts per sel di dunia. Ia mempunyai kuasa sehingga mencapai 50%. Keunikannya panel solar mereka yang berwarna hitam itu sangat unik dan mampu menyalurkan lebih banyak tenaga (energy/m2).

-  Pelanggan AUO Sunpower mendapat manfaat kerana ia lebih menjimatkan elektrik dan tidak perlu membayar bil elektrik yang tinggi, mempunyai tahap pelepasan karbon yang tinggi dan penampilan yang lebih unggul.

solar cell product


Gambar di atas menerangkan Bagaimana Solar panel atau Solar PV dihasilkan. Solar panel dihasilkan dari polysilicon menjadi ingot. Dari ingot membentuk solar wafer dan seterunsnya membentuk solar cell (solar panel) dan produk akhirnya adalah PV Module yang kita selalu nampak di atas bumbung rumah .





Gua sempat bergambar dengan contoh solar PV hasil keluaran daripada syarikat  AUO-Sunpower Sdn Bhd. Gua bila nak pegang pun cuak..sebab ingat berat..tapi rupanya ringan je...hehe

Hasil pengeluaran Solar PV dari AUO-Sunpower Sdn Bhd ini memang sangat berkuali dan bagus ini terbukti syarikat ini berjaya mengeksport produk mereka ke serata dunia....agak sedih rasanya kalau rumah kita nak gunakan produk mereka tidak diterima barang kali..hehe, sebab dia punya order semua main satu dunia dan besar-besar...



Apa powernya lagi syarikat ini ialah, syarikat ini merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia yang berjaya mendapatkan pengiktirafan LEED Platinum daripada U.S Green Building Council (USGBC) bagi kemudahan yang telah mereka sediakan

************************************

Dari apa yang gua dapat dalam lawatan tapak ini, sebenarnya apa yang diusahakan oleh SEDA Malaysia adalah sangat baik untuk kebaikan bersama.., sistem FiT yang diadakan sangat bagus di adakan negera kita.

Salah satu tenaga boleh baharu yang takkan habis ialah solar yer dak..?

Dengan adanya Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB).. , gua harap rakyat Malaysia boleh memiliki sistem solar di rumah masing-masing dan menyokong hasrat SEDA khususnya dan kerajaan amnya bagi memelihara Alam sekitar.

Gua akan cuba kongsikan kepada semua apa yang gua dapat dari SEDA Malaysia.., dan gua nak ucapkan banyak terima kasih kepada SEDA Malaysia dengan ilmu yang diberikan...('',)




1 Orang Memberi Komen & Pendapat

Hasil pengeluaran Solar PV dari AUO-Sunpower Sdn Bhd ini memang sangat berkuali.... nak masak apa ni bro? Hahaha


EmoticonEmoticon