Pengalaman Santai di THE SEMBUNYI SPA | Cyberview Resort & Spa
Salam..,
Siapa sini pernah atau biasa rehatkan diri di SPA..?? kalau korang jenis suka pergi SPA kita geng..., kalau tak suka pergi SPA pun kita boleh geng hahaha...
Aku memang boleh kata biasa juga pergi santaikan diri di SPA ni.., cuma aku bukan jenis pergi satu SPA, aku suka cuba pergi lain-lain tempat.., dan paling aku suka pergi SPA untuk buat massage..,
Aku suka pergi SPA bukan untuk mengurut sangat.., tapi untuk rilekkan minda dan manja-manja kan badan..so kalau bermassage aku tak suka kuat..aku suka lembut hihi
Ni aku saja nak share pengalaman sendiri bersantai di THE SEMBUNYI SPA di Cyberjaya
Sebelum ini aku pernah datang Cyberview Resort & Spa untuk majlis berbuka puasa dan lunch sahaja.., tak pernah pula cuba SPA dia...,
Tapi baru ni si Faizal Fredley ajak aku cuba SPA disini..., kebetulan kepala dengan badan haritu memang tak berapa nak sedap..so why not cuba wusha dulu yer dak.. , masa tu aku pergi bertiga dengan rakan blogger Faizal Fredly dan Ben Ashaari
Masa datang The Sembunyi Spa hari tu.., memang ada sesi pengenalan ataupun percubaan pakej yang mereka sediakan.., so sempat la aku mencuba untuk massage dan sound therapy
Gambar masa tengah buat sound therapy aku tak sempat amik pulak..., tapi ini pengalaman aku cuba buat sound therapy.., mula-mula cuak gak .., tapi dah lama baring sambil tutup mata kita akan rasa rileks dengan bunyi loceng, gong sambil ada orang buat urutan lembut di kepala dan dada kaki semua la satu badan...so siapa yang tengah stress atau tension aku rekemen korang buat sound therapy ni.
Sembunyi Spa ni bukan ada massage dan sound therapy je.., dorang ada sediakan juga pakej untuk
-Hand & Feet Spa
-Manicure & Pedicure
-Head & Hair Spa
-Facial
- Maha Brata Experince.
So lepas dah cuba dan rasa pengalaman di The Sembunyi Spa walaupun sekejap aku rasa puas...., kawasan dia memang tenang je..hehe
Fasiliti dia.., layout dia.., kebersihan dia korang tak perlu la tanya atau boleh pertikai kan.., sebab Cyberview Resort & Spa ni resort yang bertaraf 5 bintang ok..!! hehe
Lepas ni aku teringin pula cuba lepak tidur di resort dia pulak..kalau ada rezeki lebih la hehe
**************************************
Detail korang boleh hubungi talian terus ke THE SEMBUNYI SPA di +603 831 27136 atau email ke spa@cyberviewresort.com
Ce Ya.!
Detail korang boleh hubungi talian terus ke THE SEMBUNYI SPA di +603 831 27136 atau email ke spa@cyberviewresort.com
Ce Ya.!
2 Orang Memberi Komen & Pendapat
excuse me??
Wah bestnya berSPA with the guys.. something diff kat sini..
EmoticonEmoticon