PENGALAMAN BEST TEAM BUILDING DI CYBERVIEW RESORT & SPA
Salam..,
Baru-baru ini aku ada join team building bersama rakan blogger di Cyberview Resort & Spa di Cyberjaya. Aku rasa korang pun dan biasa join team building yer dak.? aku pun sudah beberapa kali join team building sebelum ini.
Tapi kali ini aku nak share dengan korang apa yang best team building di Cyberview Resort & Spa .! Secara peribadi yang aku nampak kelebihan utama team building disini ialah program ini dikendalikan oleh seorang yang berpengalaman luas dalam bidang ketenteraan.., nama dia ialah Sarjan Idris.
Sarjan Idris berhidmat 5 tahun di army dan 16 tahun di pasukan smart majlis keselamatan negara jabatan perdana menteri.
(Sarjan Idris Kanan Sekali)
Kalau korang nak tahu dia adalah Team Special Force Malaysia, antara misi besar yang dia terlibat adalah MH17 dia salah seorang yang terlibat untuk pergi ke Ukrine. Selain itu Tsunami di Aceh dia antara team yang awal sampai.... arghhhh kalau nak share cerita Sarjan Idris penuh satu entri ni hahahaha... terlupa pula motif utama share team building...hihi
Tapi percayalah siapa yang join team building under Sarjan Idris sangat untung dan berbaloi, tapi jangan silap dia bukan ajar kita dengan cara tentera. Kalau korang nak tahu nanti boleh cuba sendiri susah nak olah dengan kata-kata...korang layan je cerita pengalaman aku di Cyberview Resort & Spa ok..
*******************************************
Team building yang aku join ini selama 2 hari 1 malam iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu. Muka- muka blogger yang terlibat adalah
- Aku
- Lan Careno
- Sohoq
- Angah Judin
- Daus
- Fazrol
- Mimin
- Yanty
- Uzu
- Qaseh
Aku pasti ada antara mereka yang korang kenal ye dak..? kalau tak kenal pun takpa yang penting korang kenal aku hahahahaha.
Hari Jumaat itu kami diminta lapor diri seawal jam 8 pagi , kerana aktiviti team building akan bermula jam 9 pagi. Penganjur dan pesan awal kena tepati masa sebab hari Jumaat terkejar sikit masa untuk solat jumaat. Aku yang berdarah Jepun seperti biasa berjaya tepati masa seawal jam 8.13 pagi sudah sampai melaporkan diri di Cyberview Resort hahahahaha....
Siapa yang awal sampai, Resort dah sediakan sarapan pagi.., macam biasa kalau pergi Cyberview Resort tempat makan dia di Restauran Verendah dan aku rekemen kalau korang nak sarapan disini cuba nasi lemak dia dengan ayam rendang..!!! super sedap.
******************************************
AKTIVITI PAGI
Ice Breaking dan Group Activities
Kami start lebih kurang 9.15 pagi..., macam biasa sesi awal pagi ialah suai kenal antara kami semua dengan ketua program Sarjan Idris. Masa suai kenal ini kami belum tahu detail mengenai Sarjan Idris , dia hanya perkenalkan diri sebagai bekas tentera sahaja.., awal-awal seram gak tengok dia sebab macam garang hahahahah. Tapi aku seperti biasa bila mana join satu program aku akan kosongkan minda dan pengalaman yang pernah ada supaya boleh enjoy dan terima semua secara positif.
Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan, macam biasa pembahagian ahli kumpulan dipilih secara rawak. Aku memang dah set tanak satu kumpulan dengan Lan Careno dan akhirnya berjaya tak satu kumpulan dengan dia hahahaahah
Selepas pembahagian kumpulan kami pecah kepada 2 meja... masing-masing duduk pada meja kumpulan masing-masing. Sarjan Idris bagi game pertama pada semua orang iaitu "game lipat kertas". Dari game ni kami dapat satu tanparan hebat sebab semua kelaut..!! mesej pertama yang aku dapat dari game ini iaitu
- jangan pentingkan diri
- kerja berpasukan
- komunikasi adalah perkara yang penting
Bila dah kena setepek..., aku dan rakan blogger lain dapat mesej yang berguna sebelum team building bermula hehe. Nak tahu game kertas tu apa..??? mana boleh cerita nanti tak best hahahahaha
Tugasan pertama kami ialah
- pilih nama kumpulan
- Buat logo kumpulan
- buat misi kumpulan
- buat visi kumpulan
- reka satu war cry
Selepas sepakat .., kumpulan aku yang terdiri daripada Uzu, Aku, Daus, Angan Judin dan Yanty beri nama kumpulan kami X- Team.!
Mana kala kumpulan satu lagi yang terdiri daripada Lan , Fazrol , Sohoq, Qaseh dan Mimin bagi nama kumpulan mereka Buddies Blogger
Bila settle lukis logo, misi, visi apa semua kami kena fikir " War Cry " team kami... arrhh sudah..payah ni hahaha.. tapi lepas google dan wusha youtube dapat juga la idea untuk team aku.
Dah siap semua setiap kumpulan kena persembahkan tugasan
Kumpulan Buddies Blogger
Kumpulan X-Team
Selepas pengenalan kumpulan setiap kumpulan kena tunjukkan aksi " War Cry" kumpulan masing-masing... bawah ni aku tepek video "war cry" dari musuh kami team Buddies Blogger"
Apa kejadahla war cry tema jeng jeng jeng hahahaahahahahah .
Nampak macam susah tapi sebenarnya senang sahaja sebab angah judin dah pernah buat hahahaha.., so nampak tak keperluan setiap ahli sangat berguna. Kumpulan Buddies lambat selesaikan game ni sebab ahli kumpulan mereka takda yang ada pengalaman...padan muka.!
Sesi pagi aktiviti kami indoor sahaja.., ada lagi beberapa game yang kami main antaranya passing bola dengan ikut arahan.. aku tanak cerita detail nanti spoil jawapan bila korang main game ni hehe..
Kami selesai sesi pagi dalam pukul 12 tengah hari..., selesai semua masing-masing pergi lunch dan checkin di Resort..!! Tak sabar nak masuk bilik Resort yang bertaraf 5 bintang hahahahahaha
Sarjan Idris bagitau sesi petang bermula jam 3petang tepat.. bukan 3 satu saat..! fuhh warning yang buatkan kami cuak hahahahaha. Sarjan Idris juga pesan sesi petang adalah aktiviti basah so siap sedia dengan pakaian untuk basah..! aku bab basah-basah ni memang suka wohaaaaaa
Selepas selesai persembahan dari kedua-dua kumpulan, kami diperkenalkan dengan MILA. Mila ni sebatang kayu berat. Kumpulan kami didenda kerana letak bendera kumpulan kami bersepah.. so denda yang kami terima ialah kena pegang Mila setiap kali game...hehe tak paham kan..? nanti dah follow cerita team building ni korang akan paham hihi.
Game seterusnya kami main game letak banyak2 paku atas satu paku... bawah ni aku bocorkan jawapan dia hehe
Sesi pagi aktiviti kami indoor sahaja.., ada lagi beberapa game yang kami main antaranya passing bola dengan ikut arahan.. aku tanak cerita detail nanti spoil jawapan bila korang main game ni hehe..
Kami selesai sesi pagi dalam pukul 12 tengah hari..., selesai semua masing-masing pergi lunch dan checkin di Resort..!! Tak sabar nak masuk bilik Resort yang bertaraf 5 bintang hahahahahaha
Sarjan Idris bagitau sesi petang bermula jam 3petang tepat.. bukan 3 satu saat..! fuhh warning yang buatkan kami cuak hahahahaha. Sarjan Idris juga pesan sesi petang adalah aktiviti basah so siap sedia dengan pakaian untuk basah..! aku bab basah-basah ni memang suka wohaaaaaa
**********************************************
AKTIVITI PETANG
DADU GERGASI
Korang nampak tak aku pegang apa yang berwarna biru tu..? itulah dia MILA yang aku bagitahu awal entri tadi.. so sepanjang game siapa kalah akan pikul MILA hahahaha. Jadi sesi petang ini kumpulan kami bermula dengan memikul MILA
Game ni simple jer.., wakil kumpulan campak dadu.. berapa jumlah dadu tu tunjuk itulah gerakan kaki kumpulan korang kena gerak. Game dadu gergasi ni kami kalah lagi...!! so terpaksa pikul MILA untuk next game hahahaha...hampeh betul..
MONKEY GRIP
Game ni aku orang pertama.. fight dengan qaseh, so opkos kacang je aku menang hahahahaha.
Game dia simple sorang akan guide rakan supaya sampai ke destinasi yang diarah.. team mana yang habis dulu dia menang..! so team aku menang dan berjaya serah MILA kepada team Buddies.! nampak dak si sohoq tu nak jadi tukang kacau.!
BOUNCING STEP
Ok game ni kami 10 bersatu padu...team work..! onesli ni pestime aku cuba dan tengok game ni... tengok macam tak percaya boleh buat... kami diberi sorang satu tali dan pastikan bola pingpon tu tak jatuh dari paip..!
Tengok secara kasar macam tak logik boleh buat... bila dah berjaya imbangkan, kami kena bergerak keluar dewan dan keliling dewan tanpa bola jatuh..!! kau rasa...???
Dari dalam boleh tak boleh akhirnya berjaya juga dilakukan dengan jayanya hahahahha..., tips dia setiap orang kena fokus pada bola dan biar sorang yang bagi arahan...idok jahanam jadinya hahahah
BOLA PINGPONG DALAM TIANG
Selesai game dalam dewan, kami sambung dengan aktiviti basah... game keluarkan bola pimpong dalam tiang bocor ni mesti ramai pernah main kan..?
Game ni memang memerlukan kerjasama pasukan.., sorang kena guide mana lubang yang bocor sementara rakan lain tolong penuhkan air. Kena guna tangan , kaki dan paling best guna pipi, lagi jahanam bila korang tergelak sure bocor dan air akan susut balik hahaha
Kalau game ni aku tak suka jadi tukang tutup lubang.., aku suka masukkan air sebab boleh basahkan kawan-kawan yang tengah fokus tutup lubang hahahahaha.
WATER CONFIDENCE
Game last kami sesi petang ialah water confidence. ! kami akan belajar bila berlaku kecemasan macam mana cara nak terjun dari kapal kecil dan kapal besar. Selain itu belajar apa yang perlu kita buat bila berlaku kecemasan di tengah laut sementara menunggu pasukan keselamatan tiba.
Secara jujurnya aku cuak nak main game-game dalam air ni sebab aku tak reti berenang hahahaha, tapi aku yang berdarah ukrine ni suka mencuba benda baru dan menakutkan..hebatkan aku..?
Apapun dalam seronok dan gila-gila isu keselamatan jangan amik remeh..! Sebelum mula Sarjan Idris akan bagi penerangan apa yang patut dan tak patut dibuat. Tapi bila part dia cakap kedalaman air pool tu tak jejak kaki.., aku cuak gak hahaaha. Dia pesan kalau ikut arahan dia Insyallah semuanya selamat.., so layankan jela..
Gambar atas ni adalah contoh kita nak terjun dari kapal kecil.., buka tangan rilek dan baring je jatuh kelaut.. tapi bila kena dekat aku dah jatuh dalam air tu menggelabah juga la hahahaha bodoh btol. Tapi cuba korang tengok gambar qaseh tu.. muka dia pun gelabah kan hahahahahaha
Ok ni pula contoh nak terjun dari kapal besar.. pegang jaket keselamatan bukak satu kaki dan terjun., tengah terjun tu kepitkan kaki semula sampai jatuh ke laut..
Bila semua dah dalam pool, kami belajar lagi beberapa ilmu bila berlaku kecemasan.., kalau berlaku kecemasan gini korang kena kumpulkan seramai mungkin dan kena duduk dalam satu pasukan bila berada dilaut.
Ini gaya nak berenang secara kumpulan...lagi kita teamwork lagi mudah cara kerja kita... (apahal angah sempat pandang camera)
Gambar atas ini adalah cara kita nak tarik perhatian dari pasukan penyelamat, biasa la dari udara susah kita nak kesan orang yer dak..? so dengan buat gaya bulatan dan mengucup akan berjaya menarik perhatian pasukan penyelamat.
Ni la dia muka-muka gembira yang konon-konon menjadi mangsa kapal karam dilaut hehe....
Banyak ilmu yang Sarjan Idris turunkan kepada kami pada sesi water confidence tu.., rasa tak puas dengan sesi perkongsian pengalaman dia semasa dalam team special force.
Habis sesi petang dalam jam 6 petang.. kami semua balik ke bilik masing-masing untuk siap apa semua. Malam pula Sarjan Idris suruh berkumpul tepat jam 9.30 malam untuk Night Walk
**********************************************
AKTIVITI MALAM
NIGHT WALK
Tepat jam 9.30 malam kedua-dua team tepati masa. Syabas untuk kami semua kerana untuk 1st day ini semua berjaya tepati masa seperti yang telah Sarjan Idris tetapkan.
Mulanya aku tak pasti kenapa lambat sangat nak start Night Walk.., kenapa tak buat pukul 8 malam ke habis awal boleh la nak peluk cium bini awal sikit hahahaha. Rupa rupanya night walk tu bukan jalan tengah malam bercanda ditepi Resort.
Kami semua kena masuk hutan daa...! patut la dia nak tengah malam sikit bagi gelap rupanya.. Tak habis terkejut tu aku terkejut lagi bila dia cakap Night Walk ni kena jalan sorang-sorang dalam hutan..!!!!! derm..!!!!!!! hahahahahah
Night walk bermula dengan kami ramai-ramai masuk kedalam hutan dan berhenti disatu check point, lepas tu kami akan dilepaskan sorang demi sorang. Sarjan Idris dah pesan apa pun berlaku jangan lepaskan tali. (tengok gambar atas)
So aku pulak jadi orang pertama yang dilepaskan...ikut segala arahan "yang penting apa pun jadi jangan lepaskan tali" sampai habis......
Perjalanan tak jauh mana rasa dalam 100 meter sahaja... aku secara peribadi takut gak la hahahaha...apa yang jadi dan apa yang ada sepanjang perjalanan sorang dalam hutan tu aku tanak share biar korang sendiri rasa pengalaman masing-masing., tanak spoil hihi
Syukur takda benda negetif yang jadi pada team kami semua....! gambar sepanjang night walk tak banyak sebab gelap...!
Settle sudah hari pertama Team Building kami..., next day aku share entri lain ok...nak tidur japp
More Info :
Cyberview Resort & Spa
www.cyberviewresort.com
Tel: 03-8312 7000
Facebook : Cyberview Resort & Spa
Instagram : @Cyberviewresort
Twitter : @CyberviewResort
2 Orang Memberi Komen & Pendapat
bapak panjang ko membebel... hahaha... excited sgt nak bercerita tu...
Kuat ngutuk ni haha
EmoticonEmoticon