KEDAI MAKAN SEDAP DI CYBERJAYA | RESTORAN MANGKUK AYAM
Salam..
Korang pernah pergi Cyberjaya.? ke ada yang tak tau Cyberjaya ni dekat mana..hihi. Cyberjaya ni sebelah putrajaya jer.., dekat sini banyak kawasan pejabat dan penuh dengan student. Kawasan perubahan di Cyberjaya ni aku rasa tak berapa banyak sangat yang banyak kondominium penuh dengan penyewa terdiri daripada student dan pekerja area sini. Owh lupa ada beberapa kawasan perumahan yang ada disini tu pun kawasan elite rumah bapak besar hahahaha
Aku selalu ke cyberjaya ni pun pergi ke D PLUZE shopping center sahaja, tu pun sebab nak tengok wayang atau singgah Mr DIY tak pun beli barang dekat Jaya Grocer.
Lagi satu kalau datang Cyberjaya ni agak leceh nak carik tempat makan best. Yang ada pun fast food kena dengan tekak kita tapi kadang muak gak yer dak.? So nak senang korang pergi jer Mall Dpluze sebab dalam ni banyak juga kedai makan yang sedap.
Aku kalau datang Dpluze suka makan dekat the chicken rice shop , tak pun Restoran Sana Sini. Tapi kali ni aku nak share dengan korang Kedai Makan Best Dalam Dpluze
Korang kalau datang Cyberjaya aku rekemen makan dekat Restoran Mangkuk Ayam, ekceli aku tertarik dengan nama kedai dia hihi
Restoran Mangkuk Ayam ni konsep dia simple jer , nak lepak pun santai jer..., meh aku share dengan korang beberapa gambar dalam kedai Mangkuk Ayam ni
Mula aku ingatkan dalam Restoran Mangkuk Ayam ni kedai dia ada jual makanan berkonsepkan ayam sahaja hahahaha, sebab aku ni memang gila dengan ayam jer .
Rupanya nama kedai dia Mangkuk Ayam sebab kedai dia menggunakan mangkok ayam...NICE..!!! Sukati aku jer kan pikir ni kedai ayam saja.
**********************************
Meh aku share dengan korang menu restoran mangkuk ayam.
Kalau tanya aku mana yang sedap atau aku rekemen...? jawapan dia paling aku suka Nasi Daging Rendang dengan Bubur Ayam
Nasi Daging Rendang RM13.90
Bubur Ayam RM 8.90
Dia punya Dessert korang wajib cuba Mangga Ais dengan Lai Chee Kang..!!!
Mangga Ais RM7.90
Lai Chee Kang RM6.90
Kalau korang nak jimat boleh order Menu Combo
****************************************
So kalau korang dah ke Cyberjaya tu tercari kedai makan yang kena dengan tekak Melayu boleh la cuba Restoren Mangkuk Ayam.
Lokasi kedai dia dalam Mall Dpluze Shoping Center depan kedai myNEWS.com dekat ground floor
RESTORAN MANGKUK AYAM
P10 (Ground Floor) , Dpluze Shopping Centre
Waktu Operasi : 10am-10pm
Tel : 03-8322 5656
Facebook : https://www.facebook.com/Mangkukayam/
Selamat Mencuba..!
EmoticonEmoticon