SEBAB UTAMA TAMAN SALAK LESTARI MENJADI PILIHAN
Secara peribadi aku memang sangat berminat dengan dunia hartanah . Cuma aku belum lagi rajin update blog kongsi pengalaman aku dalam bidang hartanah sebab malas hahahaha. Takda la banyak sangat pengalaman, tapi aku merasa beli hartanah secara lelong, subsale dan juga dalam pembinaan. Rumah yang aku milik ada kondominium, teres dan juga flat kos rendah.
Baru-baru ini aku pergi tengok satu projek perumahan dalam pembinaan di Sepang, satu projek dari pemaju bernama FITRAH PROPERTIES SDN BHD bernama TAMAN SALAK LESTARI. Kenapa aku tertarik untuk tengok projek perumahan di SEPANG ni..?
Berbalik kepada Taman Salak Lestari, masa aku pergi ke tapak projek, 80% pembangunan sudah siap tersedia.. 1st impressions aku developer ni bukan calang-calang , agak laju progress dia sebab aku difahamkan dorang baru start buat awal tahun 2018.
Laluan masuk ke taman ini aku tengok memang banyak projek-projek perumahan yang tengah naik, so memang tak salah perkongsian dari otai hartanah yang pernah aku dengar, dorang cakap ini masa terbaik untuk kita memiliki hartanah di Sepang. Sebab apa..? korang boleh baca antara sebab Taman Salak Lestari ini mesti menjadi pilihan hartanah korang
***********************************
1. PEMAJU YANG BERPENGALAMAN
Taman Salak Lestari merupakan projek pertama dari FITRAH PROPERTIES SDN BHD. Tetapi bukan bermakna ini merupakan projek pertama dari Pemilik projek iaitu Haji Azmi. Ini kerana Haji Azmi mempunyai 3 company develepor iaitu Fitrah Properties, Loyal Greenland dan AAKH Development. Projek sebelum ini dari AAKH Development baru sahaja selesai penyerahan kunci kepada tuan rumah Rumah AAkh yang terdiri daripada :
- Rumah Berkembar 2 Tingkat
- Rumah Teres Superlink 2 tingkat
Aku difahamkan juga pemaju sangat ambil berat dari segi kualiti dan juga keselamatan setiap projek mereka antaranya mereka menambak tanah sedalam 7 meter bagi memastikan struktur banggunan lebih kukuh dan selamat daripada banjir. Finishing yang aku tengok dirumah contoh pun sangat bagus, kalau tak yakin tengok sendiri gambar yang aku share projek mereka sebelum ini.
1. Jarak 4 Minit untuk ke stesyen ERL, Mcdonald dan Pasaraya Kip Mall
2. Jarak 30 minit dari Putrajaya/ Cyberjaya.
3. Jarak 10 minit dari Klia, Kompleks Tabung Haji Klia, Masjid Klia, Mitsui Outlet.
4. Jarak 40 min - 60 min dari Kuala Lumpur.
5. Jarak 20 min ke pekan Salak Tinggi dan Nilai.
6. Kawasan dilengkapi kemudahan sekolah, pekan, pasar, stesen minyak dan banyak lagi perniagaan keperluan harian.
3. BOOSTER
Taman Salak Lestari beruntung kerana mempunyai beberapa "booster" yang menarik. Antaranya ialah :
- KLIA
- Komplek Tabung Haji
- Sepang International Circuit
- Aeon Mall Nilai
- Mitsui Outlet
Booster ini sangat penting kerana mempengaruhi harga sesuatu hartanah. Ada yang beranggapan Booster ini tidak penting kerana sesuatu pembelian untuk duduk sendiri , tapi cuba tanya balik diri sendiri siapa tak seronok bila tau harga rumah kita setiap tahun meningkat.? Pasti gembira walaupun tiada niat untuk jual yer dak.?
Universiti pun ada banyak dekat sini. Antara yang ada seperti :
-East College of Technology
-UniKL MIAT
-Inti Nilai International University
-Nilai University
-Manipal International University
-Universiti Sains Islam Malaysia
-Xiamen University
4. KAWASAN PESAT MEMBANGUN
Untuk pengatahuan korang, Sepang telah dinobatkan kawasan luar bandar yang paling pesat membangun. Kita sedia maklum harga hartanah dikawasan lembah klang agak mahal atau tinggi, kita yang bergaji sederhana tidak terkejar dengan harga hartanah di kawasan lembah klang terutama Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama diselangor seperti Damansara, Shah Alam, Ampang dan Bandar Baru bangi. Jadi Sepang merupakan salah satu kawasan yang banyak pemaju rebut peluang untuk menjadikan tapak perumahan.
*******************************
Dah baca kelebihan yer dak..? meh aku kongsikan beberapa gambar dirumah contoh yang aku pergi haritu
Rumah 1 tingkat
Unit jenis satu tingkat ni memang macam goreng panas.., tinggal tak sampai 5 unit... so paham jela kenapa laku.. sure antara sebabnya macam aku share atas tadi hehe
Unit jenis satu tingkat ni memang macam goreng panas.., tinggal tak sampai 5 unit... so paham jela kenapa laku.. sure antara sebabnya macam aku share atas tadi hehe
Rumah 2 tingkat
Rumah jenis 2 tingkat ni ada 4bilik dan 3bilik air dan 1 store bawah tangga
Tingkat 2 dia ada ruang keluarga tengah-tengah tu.., yang best syiling tinggi so boleh buat loteng hehe
Belakang ada tanah lagi dalam 7kaki
**************************************
RUMAH TERES SATU TINGKAT;
MINIMUM : RM 350,000.00
MAKSIMUM : RM 600,000.00
RUMAH TERES DUA TINGKAT;
MINIMUM : RM 440,000.00
MAKSIMUM : RM 750,000.00
Dari gambar atas ni, rumah satu tingkat laju macam goreng pisang panas..!!! tinggal 3 unit sahaja lagi... rumah 2 tingkat tinggal dalam 20 unit.
Jadi kalau korang berkenan boleh la roger aku untuk beli atau datang sendiri ke sales galery dorang
1 Orang Memberi Komen & Pendapat
cantiknya salak bestari
EmoticonEmoticon