Monday, January 16, 2012

Philea Resort & Spa memang terbaik...!!!!



Salam hormat..,('',)

Pada entri gua yang "Honda Insight Test Drive" gua ada bagitahu lokasi penginapan gua kan.., kali ini gua nak kongsikan keadaan dan keindahan Philea Resort & Spa di Ayer Keroh Melaka ni.

Serius bila sampai lobby sahaja gua dah teruja gila dengan keindaahan Resort ni.., dalam hati terfikir berapa la semalam kalau tidur dekat Philea Resort ni.., nasib baik la gua dapat merasa tidur sini sebab HONDA MALAYSIA sponsor..hihi

Sebab apa honda sponsor..?? ada ceritanya di SINI<--


Bilik


Bestnya join event ni Honda sediakan setiap sorang satu bilik walaupun bilik yang disediakan boleh memuatkan 2 orang..hehe

Serius besar dan mewah gila bilik dia...


Toilet dia pun memang ala-ala resort mewah yang memang gua tak pernah masuk..hahaha..biasa la orang kampung kan..

Ala-ala sauna pun ada yer dak?


********************


Pemandangan Philea Resort & Spa


Pemandangan di sini bila malam siapa yang tak pernah datang pasti teruja gila.., serius lawa gila kawasan swimming pool resort ni

Gua ni bukan jurugambar pakar jadi gambar tak lawa la ok..hee



Fazreen dan gua

Model Resort


Bila siang gua jalan-jalan di resort ni ada la jumpa kolam ikan koi...ker apatah nama ikan ni pun gua tak tau...hahaha

Pandai ikan-ikan ni berenan mencari makan..., gua pun tak reti berenang, ikan ni bila kau cakap hai dia akan melempat...caya tak..? kalau caya bangang..hahaha


Bila siang gambar di atas yang tak lawa tu pemandangan dia macam gambar bawah ini.., tempat mandi manda di Philea Resort

Swimming Pool dia dekat air terjun tu

***********************

Di Philea Resort & Spa ini ada 201 bilik, terdiri daripada 180 Vila Pavilion ,19 unit Suite Philea dan 2 unit Vila Royal. Siapa yang sukakan ketenangan dan pemandangan ala-ala perkampungan memang tempat ini destinasi yang terbaik..!!!

Wifi di resort ini free tak macam hotel-hotel lain yang kena bayar..., bilik pun sangat puas hati

Harga dia semalam lebih kurang RM800..., kalau ada promosi dapat la semalam dalam RM500...hihi


Pelik gak harga semalaman di Phile Resort ni..hahahaha.., mujur la gua dapat duduk free sponsor by Honda Malaysia..



************************

Peta Philea Resort & Spa MELAKA




UNTUK KETERANGAN LANJUT

Lot 2940, Jalan Ayer Keroh,
Off Jalan Plaza Tol, 75450 Ayer Keroh,
Melaka, Malaysia.

Tel: +606 233 3399
Fax: +606 233 2299
Email: info@phileahotel.com

for more information do visit their website: www.phileahotel.com


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : bilo la nak pergi lagi..hurm

tags: peta philea resort & spa, harga bilik Philea resort&spa

16 Orang Memberi Komen & Pendapat

wahh bestnya! tp mahal ohh, beruntung ujang dpt stay free jea dkt hotel tu.. :D

mahalnya, tak mampu den!
untung arrr ujang dapat duduk free..

wah menarik...
tp over budget lah pulak..
huhuhu

mahalnya...memang tak mampu klau pakai duit sendiri....

best nyeeeeeee. teringin nak bawak family.

This comment has been removed by the author.

best memang best tapi harganya sangat menakutkan..hehe

mmglah wifi free cik abg.tgk harga lah.ntah2 dia dah caj dalam harga penginapan tuh.tggu aku gaji puluh2 ribu baru aku dtg sini.haha

woo...cntik woo bili tidur tu.... selesa kot!! xpernh rase (^__^)

whoaaa.... dasat la ko skang yea...senang2x je dapat sponsor yekkk

merasa tempat mahal bila ada yg sponsor..

mahal nya..untunglah aa org sponsor..


EmoticonEmoticon