Baru-baru ini iaitu pada 13 dan 14 januari 2012 gua bersama 14 rakan blogger yang lain di jemput bersama menyertai program "Test Drive Hybrid Vehicle Awarnes Campaign". Program Test Drive Honda Insight Hybrid ini khas untuk blogger sahaja itu yang best.!!
Terima kasih kepada pihak HONDA MALAYSIA kerana menjemput gua join event ini.., serius terasa memberahikan gila join event ni..hahaha, thanks joey.!! 1st time beb join event macam ini.
Pas khas untuk blogger hensem dan cun
Tempat berkumpul sebelum bertolak ialah di
The Bee,Jaya One Petaling Jaya, 1st time sampai sini..hihi, gua sampai sini dalam pukul 8 pagi awal kan?? antara blogger pertama yang sampai beb bersama
Ben Ashaari..('',)
* abaikan muka gua yang tengah mengantuk..hee
*******************
Perjalanan pandu uji kami ialah dari Petaling Jaya ke Melaka
Lokasi pertama yang akan dituju dari petaling jaya ialah Port Dickson. Yang luar biasanya dari petaling jaya ke Port Dickson perjalanan kitaorang mengambil masa selama 3 jam..hahaha
Manakala dari Port Dickson ke Melaka lebih kurang 2 jam 30 minit...jadi total masa perjalanan kami lebih kurang 6 jam..hahaha
Nak tahu kenapa 6 jam..??? ha tengok bawah ni..!!
Lokasi perjalanan untuk
Pandu Uji Honda INSIGHT untuk hari pertama ialah dari
Petaling Jaya --> Hulu Langat ( Driver Switch Stop )
Hulu Langat --> Semenyih ( Driver Switch Stop )
Semenyih --> Bangi Lama ( Driver Switch Stop )
Bangi Lama --> Seremban ( Driver Switch Stop )
Seremban --> Port Dickson ( Driver Switch Stop ) (berhenti makan tengah hari dan solat di Avillion Port Dickson)
Port Dickson --> Rantau
Rantau --> Pedas
Pedas --> Melaka (Philea Resort)
Amik kau..semua jenis jalan pihak HONDA bawa kami ,dari jalan kampung, jalan bukit, jalan berliku, jalan berlubang, dan juga jalan mati..,takda la mana ada jalan mati..highway ada la..hee
Banyak jenis jalan itu yang best dan mencabar kerana kami semua dapat menguji Honda Insight ini se maksimum yang mungkin yer dak.? kalau test drive pusing kawasan kilang sahaja tak berapa nak rasa yer dak.? thanks Honda.!
*******************
Maksud "Driver Switch Stop" di setiap check point di atas ialah setiap kali berhenti , kereta Honda Insight akan bertukar pemandunya. Setiap kereta ada 3 orang blogger
Gua menggunakan kereta no 3 yang terdiri dari Kakchik , Ben Ashaari dan juga gua.
Team Car No 3
Keseluruhan perjalanan hari pertama sangat best..!!!! pengalaman yang sangat best..!!!!!!, penginapan yang disediakan oleh pihak HONDA MALAYSIA juga sangat puas hati.
Nanti gua kongsikan lokasi penginapan kami.
Senarai Blogger Yang Terlibat
Sekian...Peace (~_^)v
p/s : seronok dapat kenal dengan blogger-blogger hebat.
tags : honda insight blogger test drive, honda insight hybrid test drive, test drive honda insight, honda insight review