Wednesday, May 25, 2011

Review Filem KL Gangster | KL Gangster

Hari isnin hari itu gua pergi menyaksikan Pra Tonton KL Gangster dan dengan itu gua akan Review Filem KL Gangster. Gua memang menantikan Filem KL Gangster ni keluar sebab tengok Trailer KL Gangster pun dah gempak  sekali dapat Pas free lagi la beruntung...,('',)

Terima kasih kepada Cik Helena kerana tiket itu dan kepada mejah sebab ajak gua...


Membongkar Gegala Samseng Ibu Kota



Filem ini mengisahkan Malek (aaron aziz) yang merupakan bekas banduan yang telah insaf, dan dia diburu oleh Pengkianat dan Gangster yang kejam bernama Shark (shamsul yusof).

Shark merupakan anak tiri kepada King (Ridzuan Hashim) iaitu Taiko besar KL yang paling Samseng si KL.

Jai(Adi Putra) merupakan seorang yang hati kering dah sanggup lakukan apa sahaja demi wang ringgit


Jai yang Berhati kering

Filem KL Gangster ini mengigatkan gua pada Filem Kongsi Gelap "Young and Dangerous" ('',), Jadi kepada peminat Filem aksi dan ganas, ini la dia KL Gangster kerana takda satu pun Cintan Cintun dalam cerita KL Gangster

 Kekuatan KL Gangster bagi gua pada barisan pelakonnya kerana semua watak samseng yang dilakokan memang menjadi ditambah dengan dialog-dialog yang digunakan memang sesuai dengan istilah Gangster antara dialog yang gua suka ialah :


"Lu kasi gua mati dulu baru gua diam.." 

" abang long dah keluar gua ingat lu dah mampus "

" Lu budak muda kuat menyalak la..serupa anjing.."
 
Aaron Aziz punya lakonan sangat mantap

Apa yang best lagi KL Gangster ini ialah aksi pergaduhan dan pertempuran antara geng samseng dihebatkan lagi dengan sound effects deboom..!!!  Gaya dan aksi gaduh ala-ala tomoy...('',)

Geng Samseng dari DRAGON


( KL Gangster)

Bagi sesiapa yang berminat Filem Young and Dangerous saksikan la KL Gangster..!!!!!, Aaron Aziz ala-ala Chan Ho Nam dalam Good Bye MR Cool....('',)


Filem ini bakal ditayangkan di 90 buah pawagam di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura mulai 9 Jun ini.

Terima Kasih sekali lagi kepada Cik helena dengan pas yang diberi..harap dapat lagi..hee


 Sekian...Peace (~_^)v

 Gambar Bersama Samseng KL Gangster



 Bersama Jai dan Malek



 Bersama dengan DRAGON

Bersama dengan SHARK

 Gua tak gemuk..kamera yang rosak


Kisah gua dan LISA di SINI





Blogger  yang hadir

- JMR

p/s : batok la pulak

32 Orang Memberi Komen & Pendapat

benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ujangggggggg !
:(

dengki2 .

bila lu bergbr dgn jejaka² terhangat, lu nmpk pendek daaa..kahkahkah~ =P

oh abg aaron sgt ensem! ♥ ♥ ♥ ^_^

Aku ngan JMR geng kongsi gelap lain....sbb tu tak amik gambar ngan JAI n MALEK....KEH3X...

ohhh akak suka bangat dekat Adi Putra best la nampak macho n sweet je.. tapi akak kurang suka kat Syamsul Yusof tu muka macam skema je.. macam muka ujang la jugak skema..

Akak nie jenis suka pelakon yang jarang org suka..

betol kata yana.... hahha nampak pendek cute... alahai...

suka sgt buat org2 sakit hati dgn gmbr poyo dia...grrrr....
(kejelesan tahap melampau batas)

tak suka abg ujang.cissss..........

ujang, kamu ni ada iras manager di hotel time kak zu keje dulu hahahhaha.
amboiiiii dgn lisa???? jelesssssssssss

wahhh! dengan abang-abang tu aku tak heran. dengan lisa ni yang panas nih. ekeke! :p

nasib baik aku ade ptandingan kat Sabah.. kalau tak... nguu

wah..bestnya dpt jumpa dgn para pelakon ^^

camne lu asek bole dapat tengok pra tonton ni

pulamak...tak sabo aku nk tgk...

gambo kat ngn sheera tu, apsal nmpk prot kau mcm boncit..?

memang ea?

huwarghhhhhhh....
ade aaron aziz la !!

ujang : best kan cite ni??? ok cun, nanti ai nak gi tengok...tengkiu kasi share info baik pasal review ni... ai laik dis...koh koh koh

wajib tengok! semoge x macam kongsi.. adeh -_-"

aaron gado best...mcm chan ho nam

gambar yang paling last tu tak best... hahahaha

xsabar nak tengok cerita neh nanti....lallalal

kenapa cikhel tatau ade aaron aziz?woi betul lah!hahaa


ok tq!:D

bencik ah ko ni asek jumpe artis je.huh! aku nk jumpe seth tan!! :p

dah tgk dah!

http://mylifesstoryblog.blogspot.com/2011/06/abang-besar-sudah-keluar-wa-ingat-lu.html

yg rambut merah tu hang kee???

demmm!! seth tan den tuh,.

apsal gua tergelak tengok gambar lelaki rambut merah tu? hahaha!!~

Pergh bergambar dengan lisa.. Tp lisa dah out date.. Skang ni siti saleha gigi arnab tgh trend..

ok dh dpt review hahahaha...mcm best jer...lagi2 ade my seth tan abdullah tue...waaaaa terjah wayang la wiken nie

Ujang Perut dah ke depan kenapa Erk!!!??hehehe


EmoticonEmoticon