Tuesday, August 9, 2011

Pengesahan Keputusan Pregnancy Test YANA ..Hurm..

KISAH 3

Kejadian pada 31/7/2011


Cerita sambungan dari entri "Keputusan Pregnancy Test YANA"   nak baca boleh, tanak pun takpa..=) kalau nak pahamkan cerita baca la dulu di SINI


*****************

Kekecewaan yana membuatkan diri dia tidak putus asa.., gua seperti biasa sentiasa tiada perasaan dan sentiasa gila..hahaha


Tiba ke esokkan harinya 31/7/2011(ahad) yana mencuba lagi buat ujian menggunakan pregnancy test yang berharga rm8.90 sama jenama digunakan pada semalamnya * beli paling murah sebab gua kedekut..hahaha

Yana membuat ujian itu pada pagi  kerana seperti arahan di dalam kotak

" Sila guna atau kencing di alat ini pada bahagian yang disediakan, sebaiknya kencing pada waktu pagi kerana kadar hCG terbanyak terdapat pada kencing tersebut"

Pada masa yang sama yana buat ujian itu, gua masih lagi dibuai mimpi bersama lisa surihani.., saat itu lisa surihani berpimpin tangan bersama gua..dan tiba-tiba terdengar suara yana memanggil gua

"darling..bangun..." sambil goyang2kan badan gua dan menghulur kepada gua alat pregnancy test itu

"argh....."  gua mengeliat ala-ala badak sumbu sambil hati kecil gua berkata *potong stim betul yana ni

 "ce tengok..ce tengok, ada 2 line kaler pink kan..??" gurau yana kepada gua sambil buat muka comelnya

gua yang masih tak percaya dan berkata " hek eleh.., benda ni bukan boleh percaya sangat"

"ish.., dah tu semuanya tak betul macam mana..!! nak kencing dalam mulut you dulu baru you percaya ker??!" protes yana kenapa gua

Gua dengan ego menjawap "derm.., takda muntah2 pun mengada nak cakap mengandung..apa la"

"tak percaya jom la kita pergi klinik buat checkup" bidas yana lagi kepada gua.

"iyo la..,lepas pergi tengok rumah kita nanti, petang kita pergi klinik" jawap gua penuh romantik


**********


Tengah hari itu gua dan yana pergi melawat teratak kami yang terletak di Lestari Puchong yang dibeli lelong oleh gua.., kami wusha2 , basuh sikit rumah.., tebuk dinding dan.bla bla bla bla...

Yana dah terlalu teruja nak tau keputusan peknen dia, mengajak gua segera ke klink untuk membuat pemeriksaan ibu mengandung.


**********

Petang itu gua bawa yana ke klinik panel yang berdekatan iaitu klinik Az-Zahrah, dari luar kelihatan tersegam indah banggunannya setinggi 3 tingkat berwarna merah. Gua terus melangkah masuk kedalam klinik itu sambil memimpin tangan YANA

Masuk di dalam jer kelihatan indah  awek-awek comel yang beruniform klinik Az Zahrah di kaunter pendaftaran , dalam pada itu gua sempat lemparkan senyuman macho kepada awek berunifom itu yang tertera namanya didada belah kiri iaitu AYU.

"dik.., nak cek mengandung boleh?" tanya gua kepada Ayu 

" boleh..hihihi, isi borang ok" gua tak paham kenapa ayu gelak

Gua isi borang yang diberikan..yana yang berada disebelah gua hanya memerhati perangai suaminya*gua la tu

"nah.." kata gua kepada ayu sambil menghulurkan borang

"sila tunggu sebentar ok" jawap ayu ringkas


*********

# selepas 40 minit menunggu
(memang agak gampang lamanya)


"Siti Liyana.." panggil seorang nurse 

Gua dan yana terus bangun dan masuk ke bilik bernombor 3....masuk dalam bilik jer ada seorang doktor berbangsa arab berjantina lelaki. dalam hati gua dah berkata "mampus aku kena speking london ni"

"Assalamualaikum...sakit apa.?" tanya doktor * yes boleh cakap melayu

"erm..nak buat pregnancy test" jawap yana

gua pun dengan poyo nak gak jawap " haah doktor nak cek"

Lepas tu doktor suruh nurse amik air kencing yana...eeeyeeekkk...!!! hahahaha maksud gua suruh buat pregnancy test la der..grrrr

Gua tunggu yana kencing lama gak la..hampeh tol. lepas kencing jer yana kasi air kencing dia dekat nurse itu, "duduk dulu yer kak" arah nurse kepada yana..tapi gua ada sebelah yana so gua pun ikut la arahan itu iaitu duduk dulu..

5 minit kemudian, nurse panggil nama yana lagi sekali.., gua dan yana masuk ke dalam bilik doktor itu semula dengan perasaan yang penuh dengan kecuakkan dan keghairahan

Masuk-masuk jer gua lihat doktor yang tak berapa nak hensem itu lemparkan senyuman kepada gua sambil berkata

"Congratulation..."

"erm..kira betul peknen ke doktor..?" tanya gua muskil sambil tersipu-sipu malu

"iyer la..tengok ni ada 2 line..." jawap doktor penuh yakin..

Lepas itu doktor bebel-belel dekat yana menerangkan semua apa yang patut.., gua yang duduk di kerusi sebelah sudah terawang awangan membayangkan menjadi seorang bapa...kata-kata doktor tidak gua hiraukan ('',)

Selepas itu, berita gembira ini gua kongsikan kepada kedua orang tua gua dan yana.., sebelum 1 ramadhan kami dapat berita yang paling gembira...,tarawih pada malam itu penuh dengan jiwa yang gembira.

sekian

******************


Gua tau ramai tak baca habis..yer dak..?? baca point-point bawah jer kan..hahaha..tapi takpa gua saja taip panjang-panjang cerita benar ini untuk koleksi peribadi gua..


Syukur...Alhamdulillah..


P/S : minta kawan-kawan doa supaya kandungan YANA selamat..TQ

-

210 Orang Memberi Komen & Pendapat

«Oldest   ‹Older   201 – 210 of 210   Newer›   Newest»

sorry tertinggal keretapi... Anyway, tahniah dad to be....

congratulation...

congratulation!
hope dapat yg cute-mute. *eh ade ke?

new entry:
http://sayebuatblogini.blogspot.com/2011/08/datang-lagi-tak.html

wah, bestnyeeeee. congrate!!!!!!!

ni yg terase nak kawen cepat nihhhh. grrrr...

halamak..so suweet!!!!!
congrats beb! jaga yana baik2 ;)

tahniah ujang..bila tarikh bersalin tu??hehehehe...tbe2 aku rse tak sabar nak kawen gak...wakakakak...tahniah ^_^

Kak yana dah nak bersalin pun saya baru baca. Tp nak YEAAYYYY jugak. Sanggup bc hbis. Entry abg ujang best walaupun pnjg. hehe... Hope semua bjalan lancar. selamat dapat baby! Yeayyy!

al tahniahh # walopon terpaksa menyekroll jauh jauh untuk taip ini je. haha. seronok dengar org ada baby ni ^^

«Oldest   ‹Older   201 – 210 of 210   Newer›   Newest»


EmoticonEmoticon