Friday, December 31, 2010

Safee Sali dan Mokhtar Dahari



Belum setaraf SuperMokh



JAKARTA - Lima gol yang dijaringkan pada Piala Suzuki AFF, telah menambat hati peminat Malaysia dan pemerhati bola sepak, kini nama Safee Sali menjadi sebutan di Asia Tenggara.


Di tanah air, sudah ada peminat yang membandingkan kehebatan yang dimiliki oleh Safee, setanding dengan bintang legenda bola sepak Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari.


Ketajaman melakukan penyudah, kepantasan melakukan larian dan skil menggelecek yang dimiliki pemain berusia 26 tahun ini, dilihat seolah-olah jelmaan SuperMokh pada zaman kemuncak kariernya.


Begitupun, Safee, Penjaring Terbanyak Piala Suzuki AFF 2010, mengakui masih terlalu jauh untuk dibandingkan dengan Mokhtar, kerana baginya penyerang legenda negara itu berada pada kelas tersendiri.


''Allahyarham Mohktar Dahari adalah ikon bola sepak negara. Saya belum rasa layak lagi untuk berada sebaris dengan beliau.


''Namun, saya anggap perbandingan itu satu penghormatan buat saya dan tanda penghargaan buat peminat kepada saya," katanya.


Gol di tempat lawan yang dilakukan oleh Safee pada minit ke-53 pada final kedua di Stadium Gelora Bung Karno kelmarin, memadam semangat kebangkitan Indonesia.


Bertambah teruja, jaringan yang dicipta oleh anak kelahiran Kajang itu begitu cantik, melalui rembatan kaki kiri yang kencang dan tidak mampu diduga penjaga gol Indonesia, Markus Harison.


Mengenai saingan di posisi serangan selepas ini, berikutan kepulangan semula Zaquan Adha Abdul Razak dan Ahmad Fakri Saarani, Safee berkata dia menganggap ia persaingan sihat.


''Ia bagus untuk pasukan, saya akan cuba bersaing bagi merebut tempat. Apa yang lebih utama adalah skuad kebangsaan,'' katanya. -


Sumber dari Utusan.


Mokhtar Dahari



P/S : secara peribadi..aku setuju safee sali penganti Allahyarham Mokhtar Dahari



6 Orang Memberi Komen & Pendapat

yup..aku setuju dia mampu ganti arwah..mungkin masing2 beza cara main tapi kredibiliti seorang penyerang berwibawa ada dalam diri safie..

kalau dekat man u dia berbatov la..norshahrul rooney sb byk assist..haha


arsenal seri?..amn u seri gak..nasib kita serupa gol last minute..hehe

hancur hati aku safee da kawen..haha

Teruja tengok dorang perform :D

setuju ngan hang ujang...
tapi pe2 pun ngan prestasi bola sepak negara ni..
INSYALLAH malaysia boleh jadi cam dulu balik kot..hehe..anyway..tahniah sebab nak kahwin dah..hehe

aku sangat setuju ;) safee sali seorg pemain yg sangat hebat !


EmoticonEmoticon