Tuesday, September 30, 2014

Google Street View Dah Ada di Malaysia..!!

google map malaysia

Gambar rumah dekat atas ni bukan dari kamera gua ataupun dari sesiapa.., tetapi dari kamera  Google hihi.., power dak..?? ala live view dari Google Street View Malaysia

Gua rasa ada yang dah biasa dengar Google Street View yer dak..? tapi sebelum ni dekat Malaysia takda.., yang ada kita boleh view jalan dari atas je dari google map..view dari satelit sahaja yer dak...?

Baru ini google map Malaysia dah update dan lagi best kita boleh live view lagi..!!! , lagi memudahkan korang untuk tengok jalan sebenar.., gua dulu melancong ke London study jalan guna google street view la..hihi

Tak sure bila Google Street View Malaysia ni bermula..tapi yang pasti gua baru tau la hahahaah

car google maps

Kalau korang ada perasan baru-baru ini ada nampak kereta google maps berlegar-legar dijalan raya yer dak..? ni la hasilnya selepas dia tawaf satu malaysia..hehe. Dapat la kita melihat gambar secara dekat kasan mana yang kita nak tuju..idok la melihat dari pandangan satelit je

Meh gua pahamkan ke korang apa yang gua maksudkan Google Street View.

Bawah ni gambar rumah mak gua dari google map, yang selepas renovate hasil design gua..wohaaaa, boleh baca detail di  SINI

Tapi ni belum 100% lagi..
Gambar google street view malaysia


Bawah ni pula live view perking di opis gua.., fuh.. ada gak gambar kete gua hahaha, parking haram tu..



Lepas ni siapa yang rindukan kampung halaman, boleh la main-main dengan google street view ni ok.., menarik wooo hahaha

Ni gua ajar sikit cara dia..., mula-mula korang google la nama taman atau nama kampung korang.., lepas google korang klik tab MAPS

Dah masuk GOOGLE MAPS, korang carik belah kanan, suduh bawah sekali akan jumpa gambar orang.., tengok gambar bawah ni


Dah jumpa gambar orang tu..,korang klik orang tu..hold dan tarik mouse ke jalan yang korang nak steet view tu..., dan lepaskan orang tu ke jalan yang korang nak live view....


Kalau Google Maps korang berat..., boleh cuba guna Instant Street View (klik)


Setakat ini gua rasa street view boleh dilihat dari jalan utama sahaja.., kalau jalan-jalan kampung tak sure lagi.., korang boleh la cuba dan share lokasi live view kampung korang dari Google Street View..

***************************************

Lepas ni tidak la korang sesat lagi untuk pergi ke rumah kawan-kawan.., kerana sebelum korang pergi satu lokasi tu, elok la dulu google alamat dan boleh View Live lokasi kawasan yang dituju yer dak..?

Tips untuk melancong pun, korang elok guna google street view untuk memudahkan kepala otak korang save suasana tempat yang untuk tuju..('',)

Sekian..Peace (~_^)v

tags : google maps live view malaysia, maps live view malaysia, google live view malaysia, google live street view malaysia, peta google malaysia





Artikel Terkait

35 comments

DAH VIEW DAH PG TD.... smapai kat kmpung pun lepas.... taip je celah mana...semua dpt...

kampung pun ada dah hihihihi like like

Ptt la sja tgk2 pg td..tba2 ada klua gmbar rumah..haha..

dapat jugak tengok rumah mak aku! xyah dah balik kampung.. kahkahkah

macam takut pulak bila google street view nie muncul

Pernah lalu kat depan rumah dah lama dulu..

Haha bila google jer nampak gambar maid aq siram pokok :))))

Bagus xde la salah jln lg, jimat minyak & masa

tiba2 rasa rindu kat kg halaman..hahaha

Ingtkan gbr live...hu3

Gambar paling atas tu.. gambar Proton Persona tuan ke ?

Senang la kerja org nak pecah rumah..

pergh bahaya jugak ni. kot tengah mandi bogel dekat perigi kampung. ehhh

mudah tapi tak selamat

nampak rumah arwah abah yg telah lama aku tinggalkan, meleleh air mata aku

http://www.instantstreetview.com/1pwyddz5dy4b0z2iqzowz5o

makcik bawak anak terbalik

tapi cam aad bahaya jugak..senang perompak nak cari umah kot

Ada baik dan ada buruknya....ermπŸ˜’

Setuju..bkn nk tolak kemudahan, seb kemudahan byk y cr peluang cm sistem e-perbankan ( keluar topik sikit, tp itu hakikat)

tak buleh pon .. google maps sye pon laen

Akak baru tau tadi. Tup2 shida pm tepek gmbr umah akak. Terkezut akak siap ada kereta dan nmpk ampai baju bagai

mendatangkan bahaya pada rakyat dan malaysia... nowdays byk kes rompakan, so when google mcmni, memudahkan dan bakal meningkatkan kadar jenayah yang semakin berleluasa. saya tidak setuju dengan kaedah terbaru dari google dibawa ke Malaysia. semakin canggih teknologi, semakin sukar untuk mengawal dan tidak selamat kerana tiada security.

Ini baru gambar statik..sedikit masa lagi, boleh tengok video live seluruh negara.. taip je nak tengok tempat mana.. kemudian zoom saja.. kamera boleh tembus bumbung, boleh tembus dinding.. tiada lagi privacy.

Uikss ... boleh nampak semua bahagian rumah ehhh ... hmmmm dah tahu mana leh cilok masuk.

View dia tk live pun. Dia amek gambar 3 bulan lalu kot. Tp gempak la. Tk mgkin perompak bleh guna data ni sbb tk live feed dia.

ooo ini ke bendanya. sejak 2menjak ni dengar pasal ni, tapi tak tau apa benda haha

lepas ni senang la polis nk p rumah kalau ada yang buat jenayah dlam fesbook...huhuhu...
terbaik PDRM...

ada baik buruknya benda ni kan...yelah kot2 org nak rompak ke bila dia tgk rumah besar

Camne nk tgk live punye


EmoticonEmoticon