Saturday, March 26, 2011

Tahukah Anda

 Fakta atau Auta..

1. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

2. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

3. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

4. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

5. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

6. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

7. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

8. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

9. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

10. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

11. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

12. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca koleksi terbaik ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. ehehehehhehehehehe eh…..Sentuh la telinga korang dgn siku sampai ia kena…….('',)

27 Orang Memberi Komen & Pendapat

no 12...xboley pom..*Ujang psti buat,,haha

Point no 2, 5 dengan 11 macam cilake! Hahahah!!

macam tau-tau je aku cube sentuh telinge dgn siku....

sakit leher koi nk pegang telinga guna siku...hahaa

hahah!! no 12 tu mmg nad follow..
kih3

seb bek normal..sbb xleh sentuh tlinga gune siku... muehehehe

no 11! betul jugak tuh. amcm, xnk blanje? haha

tahukah anda?

sebab taktau la aku baca sampai abis nih..

hahaha

sengal la ujang nie..huhu tp kwn deela oku sure leh sentuh telinga dia ngan siku hihi

Meh sini: Mari Melawat Kammmbing!

Sini jugak: Seksinyer dia tido!!

sengal la abg ujang..fakta mcm bagus jer..tp loya bruk byk..hahaha..lawak2..

aku pnah bce bnde ni kt website lawak.. =)

cop!! aku mngaku yg no.12 tu...aku try sblom aku baca yg no7..bongek kau ujang..hahaha..

tp aku like yg no8..meh sini sape nak aku tempeleng...hahaha

mcm best je fakta no 10..kahkahkah


http://qasehraihan.blogspot.com/2011/03/saya-memang-akan-balas-kunjungan-yang.html

kebetulan tgh tongkat dagu.. cuba try test gak... hahaha... boleh tapi kalau dengan bantuan orangler... time nak wat senaman..

alhamdulillah sy normal....ahaks!

ahahahaha,.ptotla xboley2,.aku normal rpenye,.hehe

aku nak cuba guna kaki dulu ble tak hahahaha...

ujang, memang ang la paling sengal..muahahaha

hampeh betul.... Hehehehehe, Apa2 pun ujang.. Slamat berkenalan dari saya fizalinolie. Menarik dan tertarik baca entri awak... kihkih..

gampangggg~~~tau pulak dia aku tengah cuba sentuh tinge ngn siku!! kehkehkeh~~~goodjob bro, menceriakan pagi aku peppagi nehhh~~

as salam..
hehe~
buat2 tak baca entri ni
tak mau senget~


=_="


EmoticonEmoticon