Saturday, July 9, 2011

Kesilapan Dalam KL Gangster | Kesalahan dalam KL gangster

Kesalahan dalam KL Gangster ini gua amik dari GOOF


*************************************

1. Kolar Ajib yang pada awalnya menegak tiba tiba menjadi berlipat sewaktu Ajib datang kepada Malek. Kolar baju Ajib kembali menegak secara tiba tiba semula sewaktu Fadil bergerak pergi selepas ambil Malek.

2. Sewaktu Jai tendang, beg berada di sebelah kanan dan tidak kelihatan. Namun, syot seterusnya menunjukkan beg tersebut berada di atas paha kiri secara tiba tiba. Sewaktu penjahat tu bangun dan lari, beg tadi berada di sebelah kanan dan tidak kelihatan semula.


3. Sewaktu adegan gaduh di lorong, kelihatan 3 tin (dua dalam keadaan menegak, satu mengiring) berada di atas meja. Sebelum Jai sepak meja dan botol putih berterabur, tin yang mengiring kelihatan berada di bawah secara tiba tiba selepas bertukar syot.

4. Kedudukan bakul yang satu bahagiannya berada di atas botol putih tiba tiba berubah selepas Jai menendang lelaki tersebut ke dinding. Malah, kedudukan meja merah yang pecah yang berada jauh di satu sudut, tetiba kelihatan dalam adegan last babak ini (sebelum polis datang) padahal aksi lawan berlaku jauh dari kawasan meja.

5. Tuala biru di belakang Dragon berubah bentuk secara tiba tiba.

6. Sewaktu Jai datang ke meja, seorang daripada lelaki yang duduk di meja (berada di sebelah kiri skrin) minum air dan letak cawan di atas meja. Namun, bila Jai lempar duit atas meja, cawan tidak kelihatan lagi.

7. Awal babak, dapat dilihat ada riben merah dekat tangan seorang lelaki yang tengah tidur. Namun, semasa Julia bangun, riben tadi sudah tidak kelihatan.

8. Malah, kedudukan belon biru yang berada berdekatan dengan majalah tiba tiba menjadi jauh semasa rakan Julia datang kejutkannya. Belon tersebut dilihat berada dekat dengan majalah semula semasa Julia bangun dari sofa.

9. Tatu Shark di kiri dan kanan leher Shark berbeza jarak dalam beberapa syot dalam filem ini. Perhatikan jarak tatu Shark semasa awal filem dan babak Shark datang ke rumah Malek. Jarak tatu di leher Shark lebih dekat daripada babak sebelum ini sehinggakan hampir bertemu dalam adegan Shark di rumah Malek.

10. Malek tendang bonzer sehingga jatuh atas meja. Meja pecah dan gelas jatuh dan keluar dari ‘frame’. Dari syot atas, tiada gelas kelihatan di tepi bonzer, namun close up syot menunjukkan ada gelas yang tiba tiba muncul.

11. Beberapa helai rambut menutupi mata lelaki ini yang mana kelihatan dalam close-up. Syot seterusnya sewaktu lelaki ini tunjuk tangan untuk halau Malek keluar, helaian rambut kemas disikat di tepi secara tiba tiba. Close-up syot selepas itu kembali menujukkan rambut menutupi mata lelaki itu kembali.

12. Lelaki yang tengah memilih sayur hilang dalam syot seterusnya secara tiba tiba.

13. Sewaktu dua kuncu gangster India serang Malek di pasar, Malek berlawan sambil mengundur dan melepasi kawasan yang ada raga rotan besar. Syot seterusnya menunjukkan Malek sedang berlawan sebelum kawasan rotan besar itu sekali lagi, sebelum melepasi kawasan raga rotan besar itu buat kali kedua.

14. Sewaktu Jai pegang tangan kuncunya yang sedang main dengan pisau lipat, bahagian atas pisau terjuntai ke bawah. Namun, syot seterusnya menunjukkan bahagian atas pisau menegak sebelum terjuntai semula dalam syot seterusnya secara tiba tiba.

15. Next, semasa Jai lari nak serang Ajib dia lompat atas motor. Ada dua biji motor kelihatan dalam syot awal. Namun, syot seterusnya menunjukkan satu biji motor sudah hilang secara tiba tiba. Tinggal satu saja yang kelihatan sehingga habis babak.

16. Malah, perhatikan semasa adegan fight between Ajib dan Jai. Dalam satu syot jarak jauh, mereka lawan pakai tangan dan palang besi. Namun, bila ada close-up, tiba tiba saja mereka sedang bergasak pakai kerusi/meja putih. Syot biasa jarak jauh, pakai tangan dan palang besi balik.

17. Lagi, geng yang tengah bergaduh kat belakang (pelakon extra yang main main... lawak siot diorang fight) dilihat sedang memijak mijak seseorang. Namun, tukar syot, mereka sedang main laga laga kerusi secara tiba tiba. Tak bley blah!

18. Kereta kuncu Shark langgar bahagian belakang kereta Fadil. Bahagian belakang kereta Fadil tak rosak teruk. Namun next syot menunjukkan bahagian depan kereta Fadil tiba tiba remuk/rosak di bahagian depan sebelum kuncu Shark sempat hentak apa apa kat kereta tu.

19. TRIVIA - Dalam satu adegan memecahkan cermin kereta Fadil, kaca yang dipecahkan sebenarnya adalah cermin kaca tambahan yang diletakkan atas cermin sebenar (anak panah). Perhatikan apabila kaca yang dipecahkan luruh, akan nampak satu lagi cermin tingkap yang masih rata pada bahagian bawah. Padahal, bahagian atas, yang mengandungi cermin tambahan sudah retak dan hampir pecah.

20. Shark naik atas kereta Fadil dan pecahkan cermin depan kereta. Semasa Shark hentak di bahagian kanan cermin, cermin sebelah kanan sudah retak. Namun, syot seterusnya tunjukkan menunjukkan cermin sebelah kanan kembali elok dan Shark hanya dilihat menghentak bahagian kiri cermin hadapan saja.

21. Cermin hadapan tiba tiba saja berlubang semasa Fadil dan Malek keluar dari kereta.

22. Semasa Shark tarik mak Malek, anak tudung mak Malek menutupi telinga, Tetapi, semasa rebah, telinga mak Malek kelihatan secara tiba tiba. Malah, selepas Shark tikam Fadil, anak tudung mak Malek makin terbuka, menampakkan rambutnya secara tiba tiba.

23. Sewaktu Shark lari kejar King, kuncu King yang dah mati (pakai baju kuning) tidak ada pistol di tangannya. Namun, close-up syot menunjukkan ada sepucuk pistol tiba tiba ada di atas jalan secara tiba tiba.

24. Shark tembak King menyebabkan belakang King terkena dua tembakan dan berdarah. Kedudukan tompok darah adalah berdekatan dan mengenai jantung. Namun, semasa King rebah, satu tembakan berada di dada kanan, dan satu lagi di bahu.

25. Semasa Malek masuk dengan Ajib ke dalam kelab untuk adegan fighting last, Malek tendang kerusi dan kerusi tersebut rebah. Namun, semasa pergaduhan berlaku dapat dilihat kerusi tersebut ada di tempat sebelum Malek tendang dan sebuah kerusi misteri juga terbaring di atas karpet.

26. Meja yang berada di tepi sekali tiba tiba hilang semasa Jai buat tendang pusing kat kepala Ajib.

27. TRIVIA – almari ini dipatahkan dahulu supaya Jai senang jatuh dan beri impak sakit. Jelas kelihatan lapisan atas papan yang dipatahkan (anak panah) di tengah papan untuk memudahkan papan itu patah semasa Jai dilempar Malek.


Amik dari GOOF
 
*************************************


Bagi gua apa yang goof buat , motif dia bukan la untuk meremehkan ataupun menjatuhkan maruah filem tempatan.., cuma sekadar hobi beliau jer kot..hee, filem luar pun banyak jer silap.

Dari pandangan positif gua, gua dapat bayangkan betapa susahnya nak buat sesuatu filem., perlu banyat shoot yang kena amik, gua sendiri pernah ikut atok Yana berlakon dan gua pun berlakon watak tambahan


Gua antara orang terawal tengok KL Gangster..klik SINI<----------  gua sokong KL gangster

Nak dialog KL gangster klik SINI<----------


Sekian....Peace (~_^)

* Kesalahan Kl gangster, kesilapan kl gangster, kesalahan dan kesilapan kl gangster, kesalahan yang ada dalam Kl gangster, kesilapan yang ada dalam kl gangster, kesalahan dalam kl gangster

68 Orang Memberi Komen & Pendapat

wahhh siap perati satu2 tu, bagus btul ujang nie

leh jadi pengarah filem yg baik heheh ^^

hahaha.. kat dalam tranfomers baru pun ade kesilan juga..
ade ke kat bulan ade tarikan gravity.. hohoho awal2 org dah kene klentong..

huh nampak saja..mata ade bp ni???huhu

komen jer ek..., tak baca ker..kan amik dari GOOF tu...bukan gua yang buat....=) ish ish ish...=)

bagi pendapat aku. kesilapan tu xnampak pun mase tengok filem ni..

rasenye filem filem barat pun buat same je macam kita..

common la ni filem. bikin filem. bukan hidup sebenarnya.

dah nama pun bikin filem^^

bikin filem bikin filem..

nak meremehkan apa yang xnampak. motif die nak perlekehkan filem melayu ke?

eh teremosi pulok-.-"

ade 1 since yang xleeh blah mase fight kat kedai mamak tu. yang kuncu kuncu lain fight.fight macam xfight je,-.-"

uiii..telitinya c goof tu..
pernah gak dulu..dikesan satu kesilpn, dlm drama melayu..

part surat cinta..
pada mulanya envelope putih..
next scene tetiba envlope coklat..
nmpk lemah gila drama tu time tu..
sbb benda remeh pun boleh buat silap..
sdgkan impak kpd penonton jelas..

tp dlm filem kt ats, ada ksilpn yg akan nmpk nyata..ada yg kita xkn sedar pun..hehe

el -janna - baca entri sampai abis tak..??? tgk la ulasan aku tu...


dan yang lain2 sila baca sampatQi abis ok..., tgk ulasan last skali tu


tQ

kompom pasnieh kaw jadi penkritik filem mesia
hahaha

perggghhh
kalau anak yusuf haslam baca ni
maunya buat balik adegan ni

amboi!banyaknya kesilapan..tapi kutipan berjuta2 lemon..heheheh..

WAH... Sgt teliti betul... Jgn lupa singgah blog EzaSunflower ye... @_@

cehh, kecoh ah der. mana da shoot yg perfect, even Lord of the Ring pon byk kesalahan. Jangan si goof ni asyik check bg filem melayu je sudah, cube check juga filem2 antarabangsa yg lain.

wah!!! sungguh teliti mata dia ye...kesilapan yg kecil di boleh nmpk...caya lah....

ni baru betul2 tengok cerita.. perati semua sudut.. aku dah tengok tak perasan pulak benda2 tu.. hehehe

terleka akakkkk, hehehe.... real beb..

aku sbagai bakal awek syamsul yusof cukup tak suke entry nie. igt senang ke nk buat filem..aaaa..kan aku da marah. filem nie da cukup tip top da weh..

ko xde kej ek smpai sesatu perhati....welldone...haah teliti tol ekhh ..penat aku baca...

alah..bkn kata ujang..filem luar pon byk slh gk..
sape suh tgk details sgt..tgk cerite suda..
ni nk dedahkan org punye salah, try suh jd pengarah..mst ade yg buat slh punye laa..

gile ah.....leyh jd pegkritik filem 2...terbaek lah!

Yang tatu tu nampak sangat bezanya.

gile ah, blh dy cari perbezaan dlm filem..

haha. lawak.
mmg sgt sharp mata sedara goof.

suka perati cite hindustan.
sgt byk kesilapan sedar@x.

tp mmg 1 hiburan.

perghh , rajin btol goof ni cri difference . haha

sbb pki 1 kamera je tu yg jd silap mcm tu. huhu

hantu di twitter http://eleventx.blogspot.com/2011/07/hantu-di-twitter.html

mesti si GOOF nie expert pasal bab2x editing nie....

naseb baek tak tengok..mengarut he..hahaha

perghhhhhhhhh
gile ah goof!

sumpah i x prasan pun mende2 msa dlm wayang.
kusyuk tgk Aaron jeeeee. hehehe :D

shooting bukan amek 1 shot utk 1 scene tu. ade byk action & cut. dats y kesilapan camtu mmg x dpt elak =D

GOOF tu org filem ke..? sbb die tahu pasal benda2 ni.kalau org filem kata "lari conti" utk kesilapan2 di atas.

kesinambungan---> continuity.

normal lah benda ni dalam drama, filem. sbb 1 scene banyak shot kena ambik. kitorg pon saket kepale jaga konti ni. sebenarnya ade banyak lagi. conti lighting nak kene jage. props, wardrobe.. bla bla bla..

betul tu...bukan senang nak buat filem!

oh u're such a good listener and watcher. hahaha. thumbs up!

aduii telitinyee la haiii. hehe

aduii telitinyee la haiii. hehe

ek kata :

motif nk bgtw yg angah pernah berlakon..

hahahahha

gua tgk kl gengster 2 kali wohh.. x kesah la si goof tu nk tunjuk silp ka pa.. jnji cita bes. haha

salam
komen jer ek..., tak baca ker..kan amik dari GOOF tu...bukan gua yang buat....=) ish ish ish...=)

sedap ayat tu .....

kita boleh menilai.....maka nilailah =)


hehe

erk ni kalau ak jadi diraktorr ak takkan buat salah2 mcm ni..kang ujang nampak :P hu3

sila baca sampai habis..!!


gua buat ulahan kat bawah sekali tu baca tak..,????


gua dah tulis dan gua pun phm belakon tu cmner...gua pun dah tgk KL gangster ni lebih awal sblm keluar wyg la..grrrrrr!!!


dan gua amik dari goof..!!! motif takda langsung nk remeh kan..


yes filem luar pun byk silap...adoi..

ramai yg xbaca smpi abes ni...hahaha...=D

part ujang penah berlakon....ni yang paling aku paham

HAHAHA!

kesalahan kalau dicari...tetap akan jumpe... (",) ....

kongsi pon ade gak macam ni...
biase la nak susun jalan cerita bagi menarik...nk buat filem bukan senang...huhuhu....amek shot sana sini...susun2 sekali tak betul....hihihih...

tapi byk sangat berterabur nye n silap nye kan....hahahaha

pergh..ni mmg cari silap kaw2 punye..klu skali tgk mmg xpasan la kan..

komen aku normal la kot shot 2 dorg amik dlm mase yg lain2..sbb 2 prop bole teralih.. myb dorg anggap bende 2 small de pieces

ape2 pun Syamsul punye sore slang Cine xleh lawan Ahcai (johan)hehe


Entri Ngetop PC Expo 2011 At PWTC Kuala Lumpur | 22 - 24 Julai 2011

Naik juling aku tgk analisis yg goof buat nih. Tgk gambo-baca ayat-tgk ambo balik...heheheh...(tetibe ngantok....)

ujang : betul lah banyak..tapi ai pun faham, niat GOOF ni buat cuma nak beritahu betapa prihatin dan sudut pandangan mata kasar beliau sangat bagus..think positif..('',)

p/s : minta izin share di FB link entry yu ni ok..koh koh koh

xbetol jugak tuh..scene first yg si kolar ajib tuh, bmybe dier ad adjust kolar die kot..agk2 ar nk kritik pon

kalau korang perasan scene kete viva adik Malik kat rumah tu, time keluar kereta ada orang lain drive, time balik, dia yg drive. tapi masuk kat tempat duduk penumpang. bila nampak kereta viva tu jalan, adik dia yang drive =.=" klakar pon ade

takde maknanya nak teliti mcm ni sekali..beratur panjang bayar nonton habis cite balik..nak ulang tengok hehe malas nak tengok lagi.

bro satu lagi ,kau cuba perhatikan masa fadil beli plasma pas 2 geng shark g rumah dia .tv bodo je bg pecah,kalau tidak plasma .rugi oo plasma tu .haha

ada 1 lg.time malik nak p balas dendam tuk fadil,time dia jalan membawa kayu besball ada sebiji keta kat tepi,tapi tetiba xda,kalau x silp la.

ada 1 lg kot,time malik nak balas dendam tuk fadhil yg dia berjalan bawa kayu besball tu,ada keta kat tepi hilang tiba2,, ;-p

Emosi gila apa korang nih....aku ase korang nih sensitif sangat kot.. nak marah2 rilek ar bro...menda macam nih pon nak kecoh.biasa ar...kat holly lagi banyak..kata bebas bersuara...

semangat gler yg edit ni

juga beberapa kesilapan dalam menganjurkan open house...
http://itismeilife.blogspot.com/2013/08/common-mistake-rumah-terbuka.html


EmoticonEmoticon