Thursday, August 11, 2011

Jawapan Kita Sebagai Umat Islam



 Yang Kafir Bertanya kepada Orang Islam

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"
"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
 "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

 Yang Islam Pula Bertanya

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
 "Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"
"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
"Erk.. kau betul.."
 
*****************


Jangan skip baca skrip ni..., kalau yang dah pernah baca bagus la....,

Gua dapat dari sumber email opis gua kelmarin..maybe dah lama ada..tapi gua baru 1st time baca..so dari save dalam email baik gua tepek di blog..yer dak..??

Kalau nak berdebat dengan orang kafir ni selain guna ayat Al-quran kita kena kaitkan dengan ayat yang bagi mereka faham,bukan kita melalak dan memaki hamun tapi tindakan takda.

Kalau geng AMS yang salah seorang ahlinya ialah si makcik apa jadah nama tu..kalau berdebat memang dorang jer yang nak menang..kalau kita kurang ilmu mau terdiam..


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : beza orang islam dan orang kafir ialah sembahyang 5 waktu.., so jangan tak solat ek.('',)

28 Orang Memberi Komen & Pendapat

bagus penjelasan. sama jgk kita percaya ada Allah walau kita xpenah nampak.sama dgn mcmane kita percaya kita ade akal walau dalam kepala hanya ade otak..eh betul ke ape aku ckp ni..hahaha.

penah baca...ya,itu baru jawapan yang bagus untuk menjawab kepada nonmuslim sebab apa kita sembahyang and kaabah adalah kiblat kita ^_^

“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.

“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.

“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..?” Suara Dahri semakin meninggi.

“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.

“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?” bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.

“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa...,” Abu Hanifah berhujah.

“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!,” sahut Dahri.

“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Tersentak Dahri seketika.

Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: “Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?”

Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”

Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu di manakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnya atau di bawahkah...?” Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.

“Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!”

1st time baca nie...ermmm.. penjelasan yang jelas :D

guna analogi...yg mudah utk org faham

kiasan yang sangat jelas. walaupun contoh yang berbeza tapi maksud yang nak disampaikan tu sangat memberikan kesan.


eh ujang jom belajar cakap nogori. :)

http://muhamadsufian89.blogspot.com/2011/08/belajar-loghat-nogori-1.html

baguslah info yang kau sampaikan ni ujang.

info yg sgt berguna. cara utk psikologi org-org yg sering mempertikaikan tentang Islam..
=)

Baca sampai habis dah.. Tapi aku lom lagi khatam satu buku indonesia ni.. Antara kiyai dengan orang kafir.. Dialog mereka.. Persoalan tentang agama.. Pun best jugak..



Entry Terbaru : Rusuhan di London dan Video Pelajar Malaysia Cedera

same goes to perumpamaan ini...

siapa yg kamu percaya? Allah. tp tak nampak pun? sama juga dgn cerita apa yg kamu sedut untuk bernafas? udara. boleh nampak tak udara tu? tak

ye btol..solat jgn tggl..suka komen along =)

Kena rajin tambah ilmu dan pergi majlis agama....tak lupa ilmu MANTIK...

satu penjelasan yang mudah difahami bagi mereka yang tak faham..

Yazza...Pernah baca kisah nie..Ringkas tapi jelas..

Entri Terhangat!! :
7 ICONS - PLAYBOY
KELAKAR : TIDAK AKAN DIHUKUM..

wah bagus entry ni..
tahun dpn kita share..hakhak

sehat ke weh..
yana cne??dh melekat lum??hehe

mekasih atas penerangan ustaz itu =)
sharing is caring

ops, waktu zohor dah nak masuk, permisi dulu yaaaa..mau solat

yup! betol tu.. guna cara yang hari2 kta pakai.. perumpamaan saja sebab ada org hanya fikir logik saja..


EmoticonEmoticon