Tuesday, September 6, 2011

Kesilapan Dalam Filem Nur Kasih The Movie

Kali ini nak tunjuk Kesilapan Filem Nur Kasih The Movie



Macam biasa gua amik segala kesilapan ini dari Goof.., gua rasa goof pun dah kenal gua...hee


Hebat Goof ni.., niat dia bukan nak buruk-burukkan filem tempatan ok..,sekadar hobi


Moh Layan kesilapan filem Nur Kasih





1. Lepas Mariam berlalu pergi dari bilik bapanya, Ilyas berada di pintu dan tangannya berada di bawah sedikit berhampiran perut. Syot seterusnya menunjukkan tangan Illyas berada dekat dengan dadanya secara tiba tiba. Tangan Ilyas kejap dekat dengan perut dan kejap dekat dengan dada between syot.

2. Helaian buku yang sedikit meninggi daripada helaian lain tidak kelihatan pada buku secara tiba tiba semasa Adam tutup pintu bilik Aidil. Malah, posisi tangan kanan Aidil juga telah berubah secara tiba tiba selepas bertukar syot.

3. Posisi tangan Mariam yang satunya berada di atas bantal berdekatan kepalanya dan satu lagi berada di dada Nur Amina. Namun, syot close-up menunjukkan kedua dua tangan Mariam berada di atas dada Nur Amina secara tiba tiba.

4. Kain di ampaian yang berada di kanan sekali hilang dalam syot seterusnya.

5. Dalam permulaan babak ini, Mariam dilihat sedang bermain dengan sesuatu di tangannya. Namun, syot seterusnya menunjukkan Mariam duduk diam memandang dan tidak memegang apa apa pun.


Klik entri utk baca lagi..=)





6. Kedudukan helaian buku yang pada awalnya rata. Tiga helaian buku tersebut dilihat melekat dan menegak secara tiba tiba di baju Adam selepas bertukar syot.

7. Bayang kenderaan krew yang membawa kamera kelihatan di bumper hadapan kereta Adam.

8. Bayang kren kamera kelihatan di bumbung bas.

9. Bayang kat atas bahu Adam hilang dalam syot seterusnya. Menunjukkan bahawa betapa lamanya scene ini dibikin.

10. Kedudukan tiub yang berada dekat dengan kepala Adam berubah secara tiba tiba selepas bertukar syot. Tiub kembali berada dekat dengan kepala Adam semasa emaknya tanya ‘Adam nak makan apa?’

11. Semasa Adam tanya ‘Mamat buat apa kat sini?’, Adam berada dalam keadaan berbaring. Namun, semasa Mamat tanya ‘Kenapa orang baik kena pergi dulu?’, katil Adam tiba tiba menegak selepas bertukar syot.

12. Semasa Nur masuk ke pejabat, nampak jelas yang pembantu Iskandar mengemas mejanya. Namun, syot seterusnya bila pembantu Iskandar nak keluar dari pejabat, syot menunjukkan meja tersebut kembali bersepah kembali secara tiba tiba sebelum kembali kemas semula secara tiba tiba tetapi susunannya sudah berbeza.

13. Malah, beg atas meja yang nipis tiba tiba bertukar jadi tebal dan ada kertas tersembol keluar selepas tukar syot.

14. Buku putih di bawah album tidak kelihatan dalam satu syot lain.

15. Kopiah putih yang berada di sebelah kanan Aidil yang terbuka ke atas tiba tiba berada di sebelah kiri dalam keadaan terpenyek Aidil semasa samseng2 melarikan diri.

 kredit to Goof


tags ; kesilapan nur kasih the movie, kesilapan dalam filem nur kasih the movie, nur kasih the movie behind scene, kesilapan dalam nur kasih the movie, kesilapan dalam filem nur kasih the movie.

19 Orang Memberi Komen & Pendapat

sangat teliti betul orang yang buat kajian neh..hebat gila..hehe..

utk aku, smo ni bukanlah major mistake sgt pon. org tgk pon xperasan. but still a great observation by the author

oh..ni xde la ksilapan apa sgt pun..biasa la tu..takat tangan nak brubah2 biasa la..shot lain2 kan..mne tau dia dh lenguh ke..so dia tukar le posisi tgn/kaki dia tu..n pasal lain pulak.mna tau ttbe ade angin ke..so dh beralih tempat la...hehe..dun take seius...nyway,good job..smpat pulak belek satu2 eh..hehe

gila ahh.. rajin btol buat benda2 gini.. ;-)

ni teliti mcm tengok muvie slowmo nih..hebat giler..

kelemahan2 ini menunjukan tiada yang sempurna walaupun nampa sempurna :)

haha. terlebih rajin pulak ea meneliti satu2. hehe ;p

saya x nak berlakon la...nk len2 shot..hehe

alah omputeh pun sama je....ceh

erm.. xtgk lgi cite ni wlau da basi.. ^^

ini namanya kesilapan konti..
maslinda mansor


EmoticonEmoticon