Monday, January 30, 2012

Aku Benci Blogger SEO




Amacam tajuk.., panas bontot tak blogger SEO..??

Blogger sekarang dah bermacam jenis yer dak..?? ada yang blogger fanpage, blogger SEO ,blogger personal..dan lain-lain

Tak kisah la anda blogger jenis yang mana.., tapi baca luahan hati bawah ini khas ditujukan untuk blogger SEO

*******************

SEO….Search engine optimization. memang kebanyakkan blogger sudah ramai mula bermain dengan seni SEO namun hanya segelintir sahaja yang boleh berjaya dalam permainan SEO ni. memang tak dinafikan trafik yang hasil dari SEO cukup-cukup membanggakan dah kebanyakkan trafik yang datang amat bermutu. namun bermain dengan SEO tidak semudah yang di jangkakan.

bagi aku bermain SEO ni memang best, ranking alexa dan page rank pun dengan mudah berkembang. tapi bila terlalu ramai blogger yang bermain SEO hanya untuk mendapatkan trafik ini memang amat menyakitkan especially bila isi entry tidak sama dengan tajuk yang di berikan. maybe blogger seperti ni hanya mahukan income yang banyak tanpa memikirkan kandungan isi dalam sesebuah entry mereka.

blogger SEO gila trafik mungkin nama ini amat sesuai di gelarkan buat blogger macam ni. diorang langsung tidak mempedulikan perasaan reader yang mencari sesuatu matlumat. apa yg mereka tahu hanya trafik, trafik dan trafik. bila trafik menggunung income pun akan mengunung namun pernah kah diorang terpikir hasil income yang diorang dapat itu melalui jalan yang betol? adakah halal atau tidak? fikir-fikirkan lah sendiri…

aku pernah menjadi seorang blogger seo dan aku tahu apa yg blogger seo fokus kan dan hampir 90% trafik ke blogger aku ni datang nya dari SEO tapi blogger haruslah ingat isi kandungan dalam sesebuah entry itu pun penting bagi mengelakkan anda di maki hamun oleh reader yang kecewa dengan entry anda.

al kisah nya baru baru ini aku ada google mengenai SEMAKAN ONLINE BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) dan hasil cariaan google memang banyak namun tiada satu pun yang memaparkan mengenai semakan online BR1M ni. walhal untuk semakan BR1M ni memang tidak wujud pun untuk semakan online tapi blogger yang gila trafik memang byk membuat entry mengenai semakan ni. dan ini amat mengewakan kan aku dan aku percaya reader kat luar sana pun amat kecewa dengan sikap blogger yg macam ni. dan blogger SEO ni kebanyakkan aku kenal.

so bila dah terkena batang hidung sendiri menang agak panas la juga kan sebab tu lah entry ini diwujudkan. sebelum ni ada aku kisah mengenai blogger seo? lantaklah tu cara diornag cari makan. tapi nasihat aku buat lah entry bermutu untuk bermain SEO kesian kat reader diluar sana. kalau kena kat blogger tak per lah diorang maybe faham tapi bila dah kena dekat org yg bukan blogger sudah tentulah maki hamun yang tuan punya blog tu dapat kan so kita sama-sama blogger jagalah nama baik blogger ni x yah lah menjatuhkan nama blogger di mata orang ramai.

tapi aku percaya tak semua blogger seo di arena blogging ni giler kan trafik semata-mata dan contoh yang aku nak ambil adalah blog MELVISTER. blog ni aku rasa satu blog yg bagus dan hasil entry dia pun tak banyak yg menipu reader dan blog2 seo lain pun banyak yang ok tapi bila ada yang buat hal semua blog jenis macam tu pun akan terpalit sama.

so kepada blogger-blogger SEO berhati-hatilah menghasilkan sesuatu entry berinfomasi, copy paste tu ok but pastikan matlumat dalam tu betol dan tidak mengecewakan reader anda.


******************* 


Haaa..., gua pasti ramai gak tak baca abis kan.., 

Entri luahan atas itu gua copy paste dari musuh ketat gua iaitu Faizal Fredley.., apa yang dia sampaikan sama pendapat dengan gua.

Gua pun ada entri SEO.., tapi kalau buat entri tu jangan la macam bangang entrinya..,info tu kasi la betul jangan la main TAG jer..,!! (gua bukan artis kegemaran ataupun jurulatih individu)

Aku pernah kena Live Streaming bola..., punya la cari sekali takda..tak ke panas hati wei.,blogger tu perempuan dan tak silap gua berstatus mak orang..,tak perlu gua nak sebutkan nama.

Bagi gua tak kisah la nak bermain SEO tapi jangan benda yang kita cari itu kosong..!!


Sekian...Peace (~_^)v


p/s :  Tak semua blogger SEO gua benci

47 Orang Memberi Komen & Pendapat

betulllll! sakit hati je kekadang tajuk lain isi lain.. nyusahkan orang >.<

setuju sangt...akak pun pernah terkena macam tu..cari live streaming bila klik je rupanya tag je livestreaming.tak de pulak link live streaming yang dia bagi..betul2 nampak giler traffic.
macam menipu pun ada..
tapi blog yang akak kena ni bukan blog mak orang tapi blog bapak orang..
yang semakan online bantuan rakyat tu ye..akak jumpa kat blog mak orang..
heheheh

klu kena tajuk akak baca ..klu yg merepek dan mengaibkan org akak tak baca.tu je

adoi, tah pape la diorgn ni.. seo pun nak main2 kan.. memang tak dinafikan sangat susah wat entry yg friendly seo ni.. hnya beberapa entry aku je yg brjaya menyumbang trafik dari segi seo..

lepas kau cakap ni.
baru aku tahu apa yang tak bagusnya dengan SEO..

gila trafik, tapi banyak tipu orang.
kesian la orang yang serius nak cari maklumat pasal itu ini..klik klik klik..kena tipu..duit masuk poket. makan minum guna duit tu.

Pernah kena tang cari kerja kosong. Semua tulis kerja kosong, kerja kosong dan kerja kosong je la perkataannya. Tensen tul.
Tak tau la kalau diri sendiri pernah terbuat.

Pernah kena tang cari kerja kosong. Semua tulis kerja kosong, kerja kosong dan kerja kosong je la perkataannya. Tensen tul.
Tak tau la kalau diri sendiri pernah terbuat.

Gua blogger seo. Hang benci gak ke? Huhuhuhuhu

BUI KADANG2 ADA GAK TRY MAIN SEO NI..TAPI MMG TAK RETI..LAGIPUN MCM TAK DER FEEL JER RASA NYA..BAIK BUAT ENTRY ROJAK..LAGI SEDAPPPP..HEHEHE

ooo .meh la kt blog kak jie
korang pula nnt muntah sbb entri mak mak tak de seo pun walau org dok menyebut kak jie ni tau pasal seo.

pelik....

tu la...ada juga pernah terkena..search live streaming...klik la blog tu..takde pun link live streamingnya....tension je...

yg betul main SEO tak menipu dan ada maklumat gua tak benci, cuma tak suka..hehe ('',)

entri penuh SEO rakan blogger pasti tak suka tapi trafik tggi dan suka..('',)


-kak jie mmg hebak SEO..=) tp entri tak bosan..=)

bab streaming bola..aku paling byk kena...adoyai....haha

mmg panas kalau blogger mcm ni . baca sakit hati . tajuk bukan main gempak . tp bila baca , panjangnye mcm status fb je . then , mmg takde kaitan . update pye la melambak . haha . sepatutnya dorg ni jd pembantu kt org yg google ni utk cari maklumat yg tepat , bukan menipu .

gempak la entri ni ..btw, jgn lupa ye singgah ke site sy

Aku dari dulu anti ngan seo melampau

sedih..selalu kena..yang dicari lain yang keluar lain..

haiyyoo...bukan senang nk blog ni eyh? eheh,

Haa~ Memang geram dengan blogger yang bagi tajuk deboom deboom SEO nya tapi isi tade. Selalu jugak Shag drop komen kat belog yg macam tu :DD

Blog SEO banyak yang kosong..

Cuba buat berisi sikit, dalam mengejar trafik.. ^^

Tapi kalau menipu, itu namanya negatif..

eeeerrr.. SEO? tataw pon mende pe tuh haha

Salam.
Just nak gitau 'reply to comment button' tak function...
1Blogazine

Apa2 pun aku tak berapa suka entri ni, sebab apa yang dicakapkan psl SEO dalam entri tak sampai 0.000000001% pun dalam SEO thing. Dan benda2 yang menjerumus ke arah keyword yang tak kena pada entri pun bknnye SEO. Itu lebih kepada keyword n spam tagging je. So jangan samakan blogger SEO dengan spammer. hehe

entri dah SEO tapi isi entri x de pape.kasi bengang orang search je

guwa baca sampai habis beb lu punya entry haha dan sangat2 setuju pasal ni,sebab selalu terkena...

bab live streaming bola memang selalu sangat,...saki hati beb! ahaha

mcmane nak main seo tu..nak main gak

mmg selalu kena benda ni.. wat sakit ati.. cari kemain sekali buka benda lain... hampeh!

benda camni pun nak menipu! huhuhuu

aku faham maksud ko jang....tapi la kan... dunia blogging pun penuh dengan manipulasi...

Dah biasa terkena juga bro.. sabor jelah..hehe

anon aku phm maksud ang..,

yg betul main SEO tu tarak hal ler..,hak sendiri.., ni yang tajuk " live streaming" masuk2 haram jadah yg keluar..grrr

kwn gua yg main SEO setakat ni tak jumpa lagi isi kosong =)

aku pon cari inpo pasal BR1M tu, keliru. rupa2 memang xdak

Banyak kali terkena.Selalu kena time nak cari maklumat penting.Haih.

Setuju...sampai tahap aku dh kenai dh blogger yg jenis tu, sure bila google, nampak nama derang... tp kompom aku tak klik pnyer...hahahaha

bener,, kasihan pencari artikel yang tersesat di blog 'sampah' yang cuma ngadelin trafik seo tp artikelnya engga ada,,

aku serik kena live streaming tu.. lantak la.. takpayah tengok live streaming buat habis kuota aku..

try google, "video melayu bogel" berlambak list kluar..tp satu pon takde video..hahahahah

Memang setuju sangat dengan entri ni. Punya nak kejar trafik dengan permainan seo, sampai tak ada isi dan menipu...memang menyusahkan. Tapi perangai macam tu ada di mana-aman....jangan kita jadi macam tu dah ler!

Dah beberapa kali terkena ngan blogger SEO ni. Kesian kat orang yang betul betul buat kajian untuk buat artikel.

setuju sangat2..pernah cari apa yg nak..tapi tak jumpa


EmoticonEmoticon