Kisah Aku dan Kasut Sekolah


Cabaran 30 hari untuk gua punya dah kelam kabut.., gua pun tak ingat sebab banyak terlepas.., tapi gua settlekan je mana yang tajuk best untuk gua hahaha

Tajuk kali ini dorang minta "Cerita Kasut Anda" , Entri pasal kasut ni dah lama gua buat..so gua edit dan naikkan je entri lama ni ok..hahahaha




****************************************** 
Al-kisahnya

Kira-kira 12 ke 13 tahun dahulu, gua bersekolah di SMK  bandar baru bangi jalan 2., pada masa itu gua berada di tingkatan 2 macam itu.

Zaman cuti sekolah merupakan saat paling heaven bagi gua dan rakan-rakan sebaya, main bola sepak dan galah panjang  merupakan hobi yang paling best bila zaman cuti sekolah di kawasan perumahan gua. Bukan macam budak zaman sekarang ini dimana cuti sekolah aktivitinya lebih kepada game komputer , dan paling parah lagi 24jam online FACEBOOK yer dak..??

Dukacitanya gua bermain bola bukan menggunakan boot bola seperti orang lain, tetapi gua menggunakan kasut sekolah jenama BATA . *biasa la orang miskin

Lama-kelamaan kasut BATA gua kelihatan buruk dan hampir koyak..begitu la rutin aktiviti gua bila cuti sekolah

Mak gua selagi kasut boleh pakai dan tak koyak dia tak akan beli yang baru, suatu hari gua beranikan diri untuk meminta mak gua kasut baru.

***********

Lokasi : dapur rumah
Masa : magrib


"mak.., minggu depan dah nak start sekolah, apar nak beli kasut baru boleh.." rayu gua kepada mak gua yang tengah potong bawang di dapur


"erm..., kasut yang sebelum ini kan ada sayang"  jawap mak gua sambil mengelap peluh di dahinya menggunakan tangan kirinya


" ala mak..,kasut lama tu dah kotor la..nak beli kasut pallas jazz design baru" - rayu gua lagi sambil tunjuk gambar kasut ini kepada mak gua


"kan elok lagi kasut lama tu " pujuk mak gua sambil meneruskan memotong bawang.


Agak tidak puas hati dengan jawapan mak gua , gua bersuara lagi

" ala mak ni, tengok orang lain semua beli kasut sekolah baru, apar nak gak..!? takkan la mak takda duit langsung" gua mula meninggikan suara


" nanti kalau mak ada duit lebih kita beli ok" jawap mak gua sambil mengelapkan air mata disebabkan memotong bawang terlalu banyak 

" ala tu jer la jawapan mak" 

gua terus pergi meninggalkan mak gua memotong bawang-bawangnya


 *****************

Dalam fikiran gua dulu, mak gua mengelapkan air mata mungkin disebabkan bawang., tetapi sekarang baru gua paham air mata yang mengalir di pipi mak gua bukan disebabkan bawang tetapi disebabkan perbuatan gua ..sob sob..=(


Setitik air mata mak mengalir , berdosa seorang anak itu.. jadi gua sekarang berusaha sebaiknya untuk membuatkan mak gua gembira dan senyum sentiasa..('',)




Sekarang gua dah besar panjang dan bakal jadi bapa orang pun.., ('',)
 
Kepada anak-anak yang masih belajar tak kira zaman persekolahan ataupun Universiti, jangan la membebankan mak dan ayah anda dengan meminta benda yang tidak perlu.

Kalau kau anak orang kaya takpa sila la pau mak bapak korang...hahahaha

Yang belajar jauh jangan la membiarkan seorang mak rindu kepada anda, rajin-rajin la kol mak walaupun sekadar mengadu " mak jerawat saya dah besar"

 Ayat yang paling gua tacing ialah 

"sayangilah mak anda selagi mereka masih ada" =(


Sekian..


p/s : dulu gua suka curik stokin abang gua, dia nak pergi sekolah tengok2 dah takda..hahaha

#kelabbloggerbenashaari

{ 43 comments.. read them below or add one }

Farhan Hanif Farhan Hanif January 4, 2012 at 11:58 PM
sedih aku baca...(sambil potong bawang) hahaah
si ngokngek si ngokngek January 5, 2012 at 12:11 AM
baiklah pak..sedih*kesat-2 air mata..HAHA
Lyndaz Lyndaz January 5, 2012 at 12:20 AM
iskk..
tengah layan lagu pelangi petang nih! T.T

btw, suka blog ni dh balik ke warna asal. haha. yg dulu aku x lalu nak baca.eww~
Rozuan Ismail Rozuan Ismail January 5, 2012 at 12:51 AM
mak aku baru kol aku tadi tanya pasal exam.rindu nak jumpa dia
sarah mohamad sarah mohamad January 5, 2012 at 1:52 AM
Tetiba rindu dekat mak! :D Masa zaman kecik2 dlu, selagi boleh guna/paka/tak rosak takkan mintak dengan mak. HEHEHE
NURUL NADIA ROSLAN NURUL NADIA ROSLAN January 5, 2012 at 2:27 AM
rindunya. baru tadi mak gua chat kat facebook.

dia cakap, "balik cuti sem ni mak masak makanan sedap2"

dok kat u asyik megi je :p
Zabid9897 Zabid9897 January 5, 2012 at 3:36 AM
stokin kembang.... stokin kotor.... sebat stokin along.. huhuhuhu
ahsfantasy24 ahsfantasy24 January 5, 2012 at 7:13 AM
Mak hanya satu di dunia,
dia dah banyak membahagiakan kita,
dah tiba masanya dia dibahagiakan :)
mas saari mas saari January 5, 2012 at 8:22 AM
betul tu...sayangi ibu kita! jangan tau meminta2 je!
:: Mrs.Eady :: :: Mrs.Eady :: January 5, 2012 at 8:32 AM
baca sambil lap air mata..sobsobsob..touching!!
maszull maszull January 5, 2012 at 8:43 AM
assalamualaikum ujang...memori terindah dan sayangilah kedua org tua kita sebelum mereka menutup mata...:(
Muaz Faris Muaz Faris January 5, 2012 at 9:03 AM
ni post kena bagi anak ujang baca..

baru mereka sedar sikit..

hehehe
Norasiah Nasir Norasiah Nasir January 5, 2012 at 9:26 AM
aku baca entry ko kan ujang..teringant bawang kat umah dah habis..

btw..hargai mak kita kan..selagi masih ada..


tacing....
Cik Tengku Saliha Rahima Bt Tg Ariff Cik Tengku Saliha Rahima Bt Tg Ariff January 5, 2012 at 9:45 AM
sgt terharu !~
begitu lembutnye hati seorg ibu :)
Lady Milo Lady Milo January 5, 2012 at 9:48 AM
HARUS TEPON MAK PAS BALIK KEJE.. MAAAAAAAAAAAKKKK. .! Wuwuwu. hampeh betul dia ni menyedihkan aku pepagi bute..
NUR AMINA NUR AMINA January 5, 2012 at 10:07 AM
Entry yang mampu mengalirkan air mata walaupun belum potong bawang...bagus! teruskan entry menusuk jiwa mcm ni...13sx sikit2 dh le....
hazman aka species1980 hazman aka species1980 January 5, 2012 at 10:42 AM
bila nak jadi ayah nie....jiwa ko makin jadi family man yekkk...dan tahniah sebab berjaya ilang COLOR PINK kat blog nie....hahahaha
mynameismy mynameismy January 5, 2012 at 10:48 AM
pallas zaman ak dulu pn glemer! heheh
Mr feckry Mr feckry January 5, 2012 at 3:28 PM
kasut palas jazz...memangglem dulu
Ujang9897 Ujang9897 January 5, 2012 at 3:37 PM
"apar" kata ganti nama gua kepada mak =)
Cik Akmal Cik Akmal January 5, 2012 at 6:07 PM
sedihnyer... teringat kat mak.. ;)
Izz Faizah Izz Faizah January 5, 2012 at 8:18 PM
sob sob..sodih lak rase...tringat mak den..:(
MaryaYusof MaryaYusof January 6, 2012 at 12:25 PM
Pakai kasut bata kire miskin ke?? Dekat sini jenama bata sgt popular tau! Sedih jgk bc kisah ni.. sambil potong bawang...ahaks
ctpayong ctpayong January 6, 2012 at 5:20 PM
rindu pulak kat mak gua lepas bace entry ni. :P
udanggalah udanggalah February 11, 2012 at 8:40 PM
aku slalu pau abg aku ...sebab abg aku kaye...hahaha..
Erra Kyra Erra Kyra September 15, 2014 at 6:18 PM
xaci lah edit entry lame weh..haha papepon cite ni mmg sadis huhu. Kalo sy jd makcik.. sy letak je ujang ni kat zoo.biar xmintak bukan2:P
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ September 16, 2014 at 12:41 AM
Sebak pula.. sbb ena rasa ena banyak dah membebankan parents ena.. Ya Allah.. hurmmmm
sujaihah sujaihah September 16, 2014 at 12:30 PM
Masa kecik kecik kita buat perangai tak sedar kan, bila dah besar panjang dah diri sendiri jadi parents baru tahu rasanya.

Begitulah putaran kehidupan... what goes around comes around.

kesimpulannya jagalah mak ayah kita bebaik selagi ada...
siti hazreen siti hazreen September 16, 2014 at 12:43 PM
Bergenang air mata membacanya huhu
Pendekar Berkuda Pendekar Berkuda September 24, 2014 at 7:13 AM
hai aparr.... nak kasut baru ye?
boleh...mintak lah nuffnang sponsor..

kakakaka...