Blog peribadi seorang bernama ujang

Sunday, January 8, 2012

Keputusan Lee Chong Wei vs Lin Dan TERBUKA KOREA 2012


Keputusan Lee Chong Wei vs Lin Dan Final Korea Open 2012, Keputusan Lin Dan vs Lee Chong Wei  di terbuka korea ini merupakan titik tolak kepercayaan sebelum berlangsungnya olimpik nanti. 

1st game : 
Lee Chong Wei  12 - 21 Lin Dan

2nd game : 
Lee Chong Wei 21 - 18 Lin Dan

3rd game : 
Lee Chong Wei 21 - 14 Lin Dan


Tahniah Lee Chong wei..!!!!! Kalah set pertama tidak bermakna kalah perlawanan seterusnya..,

****************


KEHEBATAN Datuk Lee Chong Wei bagi musim 2012 akan mula teruji apabila jaguh negara itu berdepan dengan pemain dari China, Lin Dan pada perlawanan akhir acara perseorangan lelaki Kejohanan Siri Super Terbuka Korea hari ini.

Corak permainannya yang sebelum ini dikhabarkan sudah boleh dibaca oleh pemain-pemain China mungkin akan terjawab hari ini.

Pemain No. 1 dunia itu sekali lagi mengulangi skrip tahun lalu apabila menewaskan bintang muda China, Du Pengyu dalam permainan dua set 21-8, 21-13 pada aksi peringkat separuh akhir semalam.

Pengyu yang sebelum ini membuat kejutan setelah menewaskan pemain pilihan kelapan, Simon Santoso dari Indonesia, bagaimanapun gagal menggugat kecemerlangan pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Lin Dan pula meneruskan kemaraan setelah menumbangkan pemain pilihan keenam dari Jepun, Sho Sasaki 21-16, 21-14 pada satu lagi aksi pusingan separuh akhir semalam.

Pada edisi tahun lalu, Lin Dan berjaya menewaskan Chong Wei pada perlawanan akhir Terbuka Korea Selatan dengan keputusan 21-19, 14-21, 21-16.

Namun, hari ini kehebatan dua jaguh badminton dunia itu akan teruji sama ada Chong Wei akan merampas kejuaraan Terbuka Korea daripada Lin Dan atau ia kekal menjadi milik pemain dari China tersebut.

Dalam pada itu, bagi kategori perseorangan wanita pula, pemain pilihan keenam dunia, Jiang Yanjioa membuat kejutan menumpaskan pemain No. 1 dunia yang juga rakan senegara dari China, Wang Yihan dengan keputusan 21-13, 21-19.

Dia akan membuat perhitungan dengan rakan senegaranya, Wang Shi xiang pada peringkat akhir pada hari ini.

Shixiang mara selepas menumbangkan pemain utama Korea Selatan, Youn Joo bae 21-15, 21-16 semalam.

Bagi kategori beregu lelaki pula, pemain dari China, Cai Yun Fu Haifeng akan menentang beregu tuan rumah, Jae Sung Jung Yong Dae Lee.

Pada pusingan separuh akhir semalam, beregu China itu menewaskan pilihan keempat dari Korea, Sung Hyun Ko Yeon Seong Yoo 21-13, 21-14.

Sung Jung Dae Lee pula mara setelah menunjukkan jalan keluar kepada rakan senegara mereka, Ki Jung Kim Sa Rang Kim dengan kemenangan 21-15, 27-25.

Dalam kategori beregu wanita, Tian Qing-Zhao Yunlei dari China akan berhadapan dengan pemain Korea Selatan, Jung Eun Ha Min Jung Kim.

Bagi beregu campuran pula bakal menyaksikan pertembungan antara beregu Korea Selatan, Yong Dae Lee Jung Eun Ha dengan pilihan kedua dari China, Chen Xu Jin Ma pada perlawanan akhir.

tags : live lin dan vs lee chong wei terbuka korea 2012, keputusan lee chong wei vs lin dan terbuka korea 2012, keputusan final korea open lin dan vs lee chong wei, keputusan final terbuka korea lee chong wei vs lin dan , keputusan lee choong wei vs lin dan terbuka korea

7 Comments
Comments

7 comments:

Syafiq Ahadin said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tahniah!!!!!!

NoveZelah said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yes...datuk lee chong wei terbaek wei...

Boy XPire said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Video tak ada ke? Nak usha jugak celebration Dato' Lee Chong Wei lepas kalahkan Lin Dan.

Lady Emilya said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tahniah chong wei =)

ila said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

x de live ea kat tv.

lau aku tgk mesti chong wei kalah.

x pernh pon aku tgk chong wei kalahkan lindan..
ergghhh

hadiah lumayan..3 juta kod.ish2

shera haifa said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates
This comment has been removed by the author.
shera haifa said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tahniah Lin Dan sbb kalah..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang