Wednesday, January 18, 2012

Tabiat Merosakkan Kulit

Telefon yang bersentuhan pada kulit wajah boleh menimbulkan iritasi. 



Tanpa disedari kadang kala sesetengah tabiat seharian kita memberi kesan buruk pada kulit termasuk berjerawat, kusam dan kering tidak bermaya. Antara tabiat buruk tersebut termasuklah:

Bercakap di telefon terlalu lama

Menjadi kebiasaan kita meletakkan telefon bimbit di sebarang tempat termasuk di tempat-tempat berdebu seperti dalam beg, atas meja, dalam kereta dan sebagainya. Tanpa disedari ia boleh menyebabkan jerawat pada muka apabila pipi bersentuhan dengan telefon akibat bercakap di talian terlalu lama. Untuk mengelakkannya lap dulu telefon sebelum menggunakannya.

Kerap mengerutkan mata

Tabiat sesetengah daripada kita tidak gemar mengenakan kaca mata atau lensa sesentuh walaupun penglihatan agak kabur. Ini membuatkan anda mengerutkan muka dan mengecilkan mata untuk melihat objek dengan lebih jelas. Jika perbuatan ini berlarutan kesannya kulit akan cepat berkerut dan kelihatan tua.

Penggunaan penyembur rambut (hair spray)

Banyak yang menggunakan tapak tangan untuk melindungi mata ketika menggunakan penyembur rambut. Tapak tangan tidak dapat melindungi seluruh wajah kerana partikal-partikal kecil daripada penyembur rambut akan menembusi celah-celah jari dan melekat pada wajah yang boleh menjejaskan kulit. Seeloknya gunakan tuala bersih untuk melindungi wajah ketika menggunakan penyembur rambut

Malas mengganti sarung bantal

Ketika tidur, sel-sel kulit mati di wajah akan melekat pada sarung bantal. Lama kelamaan ia menebal dan timbul bakteria. Jadi jika malas mengganti sarung bantal bermakna anda tidur di atas timbunan bakteria.


Kerap mandi air panas

Mandi air panas memang nikmat. Tapi jika terlalu kerap dan tempohnya terlalu lama, lapisan luar epidermis akan terkikis dan kulit akan jadi sangat kering. Kulit kering lebih cepat kendur dan berkedut.

**********

Contoh kulit yang bersih lihat la saya...hihi


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : penting ker kulit cantik ni..???

15 Orang Memberi Komen & Pendapat

whoa haa .. Gucy selalu ckp ngn telefon gak .. tapi tak lap pon .. hee .. oke , dh taw .. good info :D

kalau camni kena guna loud speaker lah bila cakap telefon...heheheee

bagi akak penting! tak kan nak tengok kulit kita berjerawat sana sini kan?

Tenkiu Jang atas maklumat yg sgt berguna ni....

so mcm mana nak overcome ya..senang je..banyak minum air..kulit kita mcm tanah..perlukan air sbb 90% badan kita consists of air..mcm tanah loh..x de air kering kontang so kalau de yang kacau mmg jadi debu..so byk byk minum air utk kulit yg cantikk :)

wahwahwah ujang kemain jaga kulit hikhikhikhik..btw, takleh nak elak kalau bab fon, kdg tadenye nak lap-lap pon, bunyi kol je terus nak lekat kat telinga.

boleh eh macam tu...
lepas di semua dielakkan..
hehe... ^^

owh .. hehehe .. apix baru tahu .. tengss ..

betul ke yang pasal air panas tu??

Cute pla pic org jawa gila 2.Haha...

x tukar sarung bantal pon x elok utk kulit...?? malas la nk basuh sarung bantal kat asrama nih.. hehehe

erk pasni nk ckp tepon lame kne lapik tisu kt muka..lalallala

ohh mcm tu rupanya, baru tahu fakta2 ni smua. thanks for sharing ujang!


EmoticonEmoticon