Wednesday, February 1, 2012

Melihat Bontot Kuda Polis



Cerita lama..,tapi tak lama sangat


Pada bulan lepas, kawasan perumahan gua dikejutkan dengan beberapa kes rompakan.., rumah yang ditarget ialah rumah hujung-hujung atau rumah yang besar-besar.

Gua selaku penduduk tetap di sini.., sudah pasti la risau dengan berita kes tersebut.., walaupun rumah gua tidak besar tetapi keselamatan keluarga harus gua risaukan dan utamakan.., baru la namanya suami yang take care yer dak..?? takkan nak romantik jer..hee

Di sebabkan kes rompakan berleluasa terdapat la segelintir polis rajin berkeliaran di kawasan perumahan gua.., dah rasa macam duduk putrajaya pulak..hehe
Tapi kebiasaannya polis berkeliaran menaiki motorsikal atau kereta kan.., kawasan rumah gua lagi canggih...mereka menaiki sejenis makluk yang bernama KUDA..


*******************
Al-kisah

Gua yang tengah lepak wusha-wusha awek didepan rumah sambil mengunyah kuaci dikejutkan dengan segerombolan polis berkuda

Gua melihat kelibat dorang sambil memerhatikan gelagat mereka


Abang Polis 1 : Woi jibauk...!! tunggu la.

Abang Polis 2 : Kau ni lembab la..tu si samdol dah jauh ke depan

Abang Polis 1 : Kau suruh la dia perlahan sikit..!!!







Polis 2 : Wei samdol slow la sikit.., kuda aku dengan kuda si mejah ni dah la puasa..!!!

Polis 3 : Korang ni lembab la.., aku dah la tengah malu ni macam orang gila bawak kuda tengah bandar

Polis 2 : kita mencari nafkah wei..jangan malu.., bangga apa bawak kuda tengah bandar.

Polis 1 : entah samdol..., tu pun nak malu...dah la bontot kuda kau busuk..! *tiba





Gua yang memerhatikan dari jauh tersenyum sahaja melihat gelagat mereka.., sebagai seorang hero gua hentikan perbualan mereka dengan memanggil mereka semua

"abang-abang polis..!!! tunggu...!!!" jerit gua kepada mereka

Dengan serentak abang-abang polis menoleh kebelakang melihat gua

Gua dalam masa yang sama berlari-lari anak menuju kepada abang-abang polis


****

Ujang : bang..,apa gila abang naik kuda ronda dengan kawasan ini..?

Abang polis : wah gurau kasar nampak..., aku jaga kawasan rumah kau la gila

Ujang : hihi jangan la marah abang.., jom amik gambar..

Abang polis : hek eleh.., ok2..masukkan dekat blog kau ok..

Ujang : wah mana abang tau saya ada blog..


Abang Polis : silent reader...

Ujang : hahaha...ok2.., jom amik gambar


* Klik...!!!




Ujang : ok bang..terima kasih..

Abang polis : ok cau..!!


******************

Rumah korang ada kuda polis berkeliaran...,?? takda kan..heee
Jangan ingat gua sakai bergambar dengan artis jer..dengan abang polis pun gua sakai bergambar..hahahaha


Sekian...Peace (~_^)v



p/s : yang dah baca blog yana mesti tau dialog tu menipu jer kan...('',)



21 Orang Memberi Komen & Pendapat

TERBAEKK!!

nk pulak polis tu gambar ngn ujang ek..hahah

kau belilah satu kuda untuk kau jaga taman rumah kau.huhu

heheeheee....

terbaekla abg polis 2..

hihihii

agak2 kalau abe polis berkuda tu lalu lagi, ley suruh dia dtg taman kte lak tak? meh ler round2 sini lak. haha

huyoooo style beb naik kuda.. :D

huyoooo style beb naik kuda.. :D

kuda putih yg duk tengah tu tunduk2 malu lak ngn ujang....

p/s ; keselataman???

abg polis pon jadi silent reader jugak..? hahahah

Bhahahaha.... Kuda kuda. Nasib ko lah kuda

hahaha serius lawak ohh ujang buat dialog, kalau depa baca mesti marag punya kah kah! uish sampai kena naik kuda kan polis2 ni..

ohhhh kuda ujang lari gagah dan berani...

wahhhh maju giler... mesti penoh taik kuda nanti =.=

ingatkan cium bontot kuda tu tadi. kehkeh

tak baca blog bini hang pon tau dah hang nipu. waka waka eh eh xD

tersesat di sini. satu je aku punya konklusi. mungkin department kuda tu dapat tau yang kuda-kuda diorang dah makin gemuk sebab terlebih karbohidrat. jadi diorang paksa kuda-kuda tu diperkudakan supaya dapat bersenam. sekian...

apasal muka kau pun lebih kurang macam makhluk kat sebelah kau ??


EmoticonEmoticon