Tuesday, March 27, 2012

Mamak Ni Bodoh..?? ye ker..??



Al-kisahnya....

Lokasi : kedai potong rambut minaci
Waktu : lepas zohor

Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.

Mamak: “Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling bodoh di dunia”

Pelanggan: “Naper awak cakap macam tu mamak?”

Mamak: “Awak tgk ni..”sambil memanggil Ajoi datang kepadanya

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi “Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?”

Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.

Mamak:” Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!”

Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi.

Sumardi: “Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”

Ajoi: “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1.Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”

Sumardi: “haha ko budak paling bijak dalam dunia”


**********************

Moral Of the story:

 Ramai yang merasakan lebih bijak dibandingkan orang lain, sehingga mereka selalu memandang rendah kepada orang lain. Sebenarnya ukuran kepandaian seseorang hanya TUHAN yang mengetahuinya. Alangkah bijaksananya kita jika tidak menganggap diri sendiri lebih bijak dari orang lain.

Sekian...Peace (~_^)v


p/s : 

24 Orang Memberi Komen & Pendapat

budak tu pandai la..ari2 amik singgit..hoho..

Mesti budak tu minum dumex dugro....bijak berfikir

cerdik betul budak tu... satu hari satu ringgit... kalau dah tiap2 hari...

boleh tak nak cakap mamak tu kurang bijak? hahaha

bijak budak tu!
kalau dia kumpul rm1 tu akan jadi lebih dari rm10..

jangan disangka yg diam tak bijak..diam2 ubi berisi tau

assalamualaikum ujang...mmg seorg budak yg bijak...:)

Macam along masa kecik2 dulu..hehehe (",)

aku suke moral of the story tu..memang ramai gila org perasan bijak. bencinyaa

ni mesti dia kawan ngan member upin ipin tu 2 singgit 2 singgit wakakaka

mamak itu ingt dia yg bijak padahal tak de la seberapa bijak mana puuuunnn.. haha

pandai pandai..:D

eh ada lagi refering dari blog ujang..hehe..:D

http://www.nornadiah.com/2012/03/promot-referrals-kejap.html

patut la mcm pernah baca..hahaha

p/s:


8 SEBAB kenapa kita kena join RakanBlog....
SEBAB KE 4- Rakanblog.com membuatkan para bloggers rileks...tak payah pening2 nak post link kat page-page fb..yg mana admin2nyer strict..itu tak boleh..ini tak boleh....apaa punn tak boleyyy... ..padahal kebarangkalian utk orang klik tu 0.001% je...hehehehehehe...so bloggers boleh fokus utk buat entry yang terbaeekkkk.....bila entry kita terbaeek...readers yang akan pomot utk kita...dan byk Like laaa.....
Lagi 7 SEBAB lagi boleh tanya kat uncle google..>>8 sebab kenapa kena join Rakan Blog

kadang2 kebijaksanaan tu xboleh tunjuk sgt..cian..dan xboleh sesuka hati ckp bodoh kat orng lain..btl x?

Haha, anak sapa tu ? Bijak bijak !

mamak tu fikir dia tu dah pandai sangat la tu kononnye, . . . .

hahaha, . . . ternyata dia tak perasan kepandaian Ajoi tu, . . . good story, . . :D

Yg bijak, org yg buat crite ni...


EmoticonEmoticon