Review Filem 3 Temujanji




************************

Malam tadi gua bersama adik gua berkesempatan menghadirkan diri ke Majlis Pra Tonton Filem 3 Temujanji arahan pengarah bermuka ganas tetapi berhati kuntum iaitu Hashim Rejab..hehe

Hashim Rejab bagi gua memang mahir dalam bidang percintaan kerana jalan cerita arahan beliau tidak mengecewakan bermula dari drama popular suatu ketika dulu iaitu ADAMAYA pasti ramai pernah tengok yer dak..??

Filem ke 3 arahan brader Hashim Rejab ini berbeza dengan 2 filem sebelum ini iaitu Sekali Lagi(kisah cinta lelaki tak siuman) dan Papa I Love U(kisah cinta seorang ayah dan anaknya)..,kali ini dalam 3 Temujanji  hashim rejab memainkan watak cinta normal seorang insan iaitu wanita normal dan lelaki normal..hehe

**********************

Review Filem 3 Temujanji

Ok secara peribadi apa yang gua rasakan filem 3 temujanji jauh lebih bagus dari apa yang gua sangkakan..eh sangkakan ker jangkakan ek..arghhh lantak la yang penting maksud gua sampai kepada korang..hehe

Sambung cerita., susunan jalan cerita dan plot cerita ini sangat tersusun dan mudah untuk difahamkan..,dengan permulaan jalan cerita menerangkan prisip hidup reanna(yana samsudin) iaitu dia hanya akan dating dengan lelaki dengan hanya 3 temujanji sahaja.


Dalam 3 temujanji tidak hanya menyelitkan jalan cerita cinta sahaja tetapi ada unsur lawak yang bagi gua sangat menjadi dengan lakonan mantap Diana Amir.., Diana Amir penyeri filem ini dengan membawa watak gedik hahahahah..tapi serius comel Diana Amir berlakon..suka gila gua..!!! pandai betul abang ashim susun cerita..('',)


Mula-mula gua ingat Pierre Andre dan Yana Samsudin macam tak sesuai digandingkan..tetapi bila gua tengok 3 temujanji ni gua rasakan lakonan Pierre Andre sangat-sangat gempak.!!! serius dia pandai melakonkan watak yang romantik..,muka dia biasa jer..tetapi dia punya sikap dan  intonasi dialog dia berjaya membuatkan ramai air mata wanita dalam panggung mengalir wei..hahaha, seketul2 jer ayat dia tapi ada babak dalam perjanjian 3 temujanji dia dgn yana samsudin romantik gila..!!!

 Cerita ini banyak pengajaran yang ada..., dari segi cinta dan juga kehidupan seorang insan seperti kalau bercinta tu yang perempuan jangan la terlalu memaksa lelaki untuk cepat kawin sebab lelaki akan rimas..hehe, selain itu hubungan rakan karib sangat penting untuk berkongsi segala masalah yang ada dan tak perlu buat keputusan terburu-buru.,

 
Antara babak yang gua suka dalam Filem 3 Temujanji ialah bila mereka dating di fun fair dan bila pierre andre tinggalkan yana di PICC untuk 3 temujanji yang terakhir..gua rasa 2 babak ni berjaya mengalirkan air mata ramai kaum wanita..hehe.. tak caya pergi tengok filem 3 temujanji ni nanti..('',)

Selain itu gua jamin jalan cerita 3 temujanji ni lain dari filem cinta lain.korang pasti tidak kecewa dengan susunan jalan cerita dalam 3 temujanji.., bila korang tengok 3 temujanji ni korang boleh rasakan diri korang dalam watak filem itu..tak caya apa lagi pergi tengok nanti ok...5 April ini keluar di pawagam..('',)

 *********************

Rating 
9.5/10

Filem romantik komedi arahan Hashim Rejab menampilkan pelakon-pelakon kesayangan ramai, Yana Samsudin, Pierre Andre, Wawa Zainal, Diana Amir dan Kamal Adli serta penampilan istimewa Cat Farish, Zul Suphian dan Adey Syafrien. Di pawagam 5 April 2012


Cinta itu keramat senyumlah walaupun ianya sakit...('',)

Setiap cinta ada lambang.,jadi carilah lambang cinta anda..('',)


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : abang hashim..sila buat lagi filem macam ini ok..tak pun buat la drama bersiri romantik lagi..hee

tags: pelakon filem 3 temujanji., review 3 temujanji, review filem 3 temujanji, pengarah filem 3 temujanji, kutipan filem 3 temujanji

{ 9 comments.. read them below or add one }

Ron Ron April 3, 2012 at 7:26 PM
Peh , lama tak dpt tiket free ni jang ? bak satu ? hehe
ie_lya ie_lya April 3, 2012 at 8:00 PM
kalau tengok trailer...mcm ade lebih kurang dengan cite I hate Valentines Day je.....
fatin amalina husna fatin amalina husna April 3, 2012 at 8:48 PM
suka tgk yana samsudin berlakon..^^
shafiq shafiq April 3, 2012 at 9:30 PM
owh best ek .? x sabar nak download , ngeh3 ,,
Farah Fauzi Farah Fauzi April 4, 2012 at 12:29 AM
dah sah2 akan masuk list cerita wajib tengok ^_^
Kathy Tuah Kathy Tuah April 4, 2012 at 10:57 AM
kene pegi tgk sbb aku dah terpengaruh dengan review ni..
cimöt cimöt April 7, 2012 at 9:32 PM
bila agaknya nak dpt tiket dari ujang plak.. hihihihi
KakiWayang.com KakiWayang.com April 9, 2012 at 7:51 PM
kitorang dah tengok, boleh baca review Filem 3 Temujanji di KakiWayang.com