Review Filem Nongkrong
Malam tadi gua menghadiri majlis Pra Tonton Filem Arahan terbaru Bob Hasim iaitu Nongkrong bertempat di MBO Subang Parade.
Filem komedi seram ini dibintangi oleh 3 orang watak utama iaitu Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak dan Epy Raja Lawak. Bagi gua 3 orang ini memang nampak serasi dan selamba...hee
Untuk pengetahuan Filem Nongkrong ini bukan sambungan dari Filem Nangkong..('',)
**********************
Review Filem Nongkrong
Filem ini bagi gua jalan cerita dia biasa-biasa sahaja tetapi mesej yang cuba di sampaikan amat berguna untuk semua orang...banyak pengajaran yang positif boleh diambil dari filem ini seperti jangan main no ekor, jangan percaya bomoh dan benda khurafat, jangan tipu isteri, dan jangan kawin dengan hantu..hahaha ('',)
Filem ini mengisahkan 3 orang sahabat iaitu Aman (Angah), Bada (Sam) dan Cumi (Epy) yang memerlukan duit dengan segera dengan cara main no ekor.., dalam pada masa yang sama salah seorang dari mereka iaitu BADA lakonan SAM kene berkahwin dengan seorang hantu lakonan mon ryanti..('',) cun gak dia ni
Bersama Mon Ryanti
Lakonan Epy Raja Lawak juga sebagai pelakon baru gua rasa lakonan dia tidak mengecewakan jugak walaupun nampak kekok tetapi pujian juga boleh diberi kepada beliau..nampak dia boleh biasakan diri bersama SAM dan ANGAH..good job bro
Bersama EPY RAJA LAWAK
Antara lawak bijak dalam filem ini ialah babak SAM jatuh motor bila bawa ayam dan juga babak ANGAH bawa bomoh lalu Putrajaya menerangkan berapa lama siap banggunan..('',) tak paham ek..?? pergi tengok nanti paham..hee
Secara peribadi bagi gua filem Nongkrong lagi banyak lawak dia berbanding dengan filem Nangkong sebelum ini.., ada beberapa babak yang membuatkan gua gelak macam nak pecah perut bila si SAM menjerit terkejut yang anaknya ada didepan mata sambil coverline tak terkejut dan juga babak si EPI bogel tunjukkan cornec dia kepada hantu.., haa babak tu memang gua gelak gila2..
Haa..kalau korang nak tau babak mana yang gua maksudkan lawak gila tu boleh pergi ke pawagam berhampiran korang.., kalau tanak pergi yang berhampiran pun takpa...tarak hal..('',)
Filem Nongkrong ini akan mula ditayangkan pada 10/5/2012 (khamis) ini, Filem komedi seram ini gua pasti boleh menghiburkan korang dan terdapat mesej berguna untuk korang.
Rating Lawak
4.4/5
Sekian..Peace (~_^)v
tags : review nongkrong, review filem nongkrong, pengarah filem nongkrong, senarai pelakong nongkrong, barisan belakong nongkorng, pra tonton filem nongkrong
15 Orang Memberi Komen & Pendapat
hebat ko kan leh pi pra tonton ...
mcm ngangkung gak lah ek...
layaaaaaaaaaaan
dulu buka ade citer ngankung ke
wahhhh... ni yg mau tgk nie... :)
Nak tengoklaa nanti :)
ok filem wajib tgk nie
rating tinggi ni. mesti tgk^^
Ada sesape nak belanja gua tgk x cite nie? haha
Ada sesape nak belanja gua tgk x cite nie? haha
Gua tengok Ujang semakin gemuk lah
hmmm lawak pandai ye?
jang...aku rs kau da demokkk lah..hehehehe...
Ok baru lepas tengok filem Nongkrong ni.. hehe.. mencuit hati juga la.. humour dia lagi better dan teratur dari filem uncle usin..
http://malayafilm.blogspot.com/
askum, tq post pic mon in ur blog ;)
EmoticonEmoticon