Friday, May 4, 2012

Saidina Umar Menangis Melihat Penderitaan Rasulullah SAW


Salam Jumaat, jom baca sirah Rasulullah..,

************************


Suatu hari Umar bin Khattab pergi ke rumah Rasulullah SAW. Ia mengelus dada ketika melihat Nabi ikutan dan pemimpin umat selama ini tidur berbaring di atas tikar usang. Nampak bekas jalur tikar itu pada tubuhnya.

Dilihatnya almari, Umar hanya mendapati segantang gandum kasar, lain itu tidak.

Melihat penderitaan Rasulullah ini Umar menangis di hadapan Nabi. "Apa yang menyebabkan engkau menangis hai Umar."

tanya Rasulullah. "Aku melihat para Kaisar dan Kisra dan raja-raja lain nikmat tidur di atas katil mewah beralaskan sutera, tetapi di sini aku melihat engkau tidur beralaskan tikar seperti ini." jawabnya. "Wahai Umar, tidaklah engkau sependapat denganku. Kita lebih suka memilih kebahagiaan akhirat sedang mereka memilih dunia." Hanya itu jawapan Rasulullah SAW.


Mendengar jawapan itu luluhlah hati Umar melihat kesederhanaan Nabi sebagai pemimpin dan ikutan umat, dan bertambah kepiluan di hatinya.

via : lelaki soleh idaman wanita soleh

 ************************

p/s : kekasih sebenar kita ialah Rasulullah SAW.

 

Artikel Terkait

11 comments

siapalah kita nak menandingi kekasihNya...contoh ini perlu dijadikan ikutan semua..

p/s:blh tahu dari mana sanad dan matan nya?

yup,,he's our tru lover...

jom berselawat! :)

yeahhh!! saya suke skg nie bile ujang byk update entry2 macam nie... keep up reminding us...

Nabi Muhammad SAW pemimpin terpuji.. Menjadi Idola sepanjang zaman.. ;)

Contoh pemimpin yang sangat terbaik dan tiada tolok bandingnya..

pemimpin paling agung...rasulullah kita...

miss fai - blog ang ada malware..awas..hee

inilah dunia sekarang. sampai sanggup bergaduh adik beradik dek kerana harta dunia.

betul tu..dia kekasih sebenar kita..mesti best kalau boleh hidup masa zaman nabi.boleh jadi sahabat baginda.


EmoticonEmoticon