HEADER INI BOLEH DICONTENG...('',)

Tuesday, June 19, 2012

Hanya Aku Cinta Kau Seorang (Review)



Tajuk baca kemain jiwang lagi yer dak..? tu bukan luahan kata-kata gua untuk yang tersayang la.., gua mana reti jiwang-jiwang ni walaupun gua mat jiwang..hahahaha

Saja jer letak gambar sendiri sebagai model..mana tau ada nak amik gua jadi model sambilan...hihi

******************



Tajuk entri gua atas itu ialah berdasarkan tajuk sebuah filem ke 61 dari MIG iaitu Hanya Aku CInta Kau Seorang(HACKS)

Semalam gua berkesempatan join majlis Pra Tonton Filem HACKS bertempat di TGV Sunway Piramid bersama dengan adik-adik gua dah juga rakan blogger yang lain..

Filem ini mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang sedang dalam kembara mencari ‘soulmate’. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang ‘Meet Soulmate’. Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut. Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan AYIM.

Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama IQWAL. Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual. Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX, suami Stacy.

 ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.


******************

REVIEW FILEM HACKS

- Secara jujurnya gua boleh berikan tepukan gemuruh buat pengarah baru MIG Ahmad Rusli Khadri sebab Filem ke dua dia ini boleh memberikan impak yang sangat kuat kepada penggemar filem romantik..('',) kalau bukan penggemar filem gua tak tau lakan..hee

- Jalan cerita filem HACKS juga bagi gua boleh tahan mantap juga kerana banyak elemen unik yang boleh diambil.., gua suka susunan cerita dia dimana permulaan jalan cerita pengarah memberikan saat romantik dan juga happy2 .., di pertengahan pengarah masukkan unsur lawak jenaka yang memang jahanam best punya lawak lakonan mantap akak Siti Chubby kita..('',) di akhir filem pengarah membuatkan semua penonton yang berjiwa kuntum boleh mengalirkan air mata jantan....tapi gua tak mengalirkan air mata ok..!! hee

- Pelakon-pelakon baru filem ini bagi gua ada peningkatan juga walaupun kekadang ada kelihatan agak kaku dan macam terlalu buat2 tapi itu perkara biasa..so normal..('',)

- Erm..cuma beberapa yang gua agak kurang selesa dan setuju ialah cara pemakain yang agak terlalu seksi buat beberapa pelakon..memang motif untuk menunjukkan cara hidup sosial tetapi tidak perlu terlalu seksi dan juga benda2 yang tak best la..gua lelaki pun rasa macam tak best...('',)



- Babak romantik yang agak sedih yang paling gua suka dalam filem ini ialah bila anniversary Murni dan Mukhlis saat lepaskan belon tu..wah..ala2 tacing gitu..auw auw..hahaha

- Cerita ini juga ada unsur kekeluargaan yang bagus kerana seorang abang sanggup buat apa sahaja demi adik dia sama juga dengan adik dia sanggup buat apa sahaja untuk abang dia

- Penggunakan nama SENGET juga boleh memberikan kesan kepada yang tengah bersahabat baik..., gua rasa mesti akan ramai pasangan gunakan nanti ..hee

- Filem ini unik dengan kisah Cinta Platonik , Cinta Platonik ialah jalinan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan tanpa sebarang tarikan seksual mahupun fizikal...haaaa tu dia..hahahahaha.. ala sesiapa yang bercinta dengan kawin baik sendiri tu la kiranya.. ('',)

RATING JIWANG
5/5

Lagu dia best...


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : siapa yang tengah bercinta ataupun tengah cintakan seseorang sesuai tengok filem ni..('',)

19 Comments
Comments

19 comments:

Rai said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sapa dah mamat pakai glasses yg jadi mukhlis tu.. ok gak dia tu.. walau pun selalu belakon jadi mamat nerd..hehe..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

waahhh gambar paling atas tu mesti ms xde baby kecik kan jang...hehehe

Mr feckry said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lame tak layan citer jiwang camni

Nurul Akmal said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah kalau 5/5 ni memang confirm kena g tgk lah...

Bunga Bunga Cinta said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah 5/5 bintang.... terbaekkk kan citer nih.... :)

shera haifa said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pewiitt - utk gambar 1st

Myra Jay said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Cantiknya Pic 1st tu... Serius-jeles tengok ;)

Rasa macam nak gak buat dengan asben ;)

logorithm said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah... payung tuh sebijik ngan payung sini:

http://logokoko.blogspot.com/2012/01/hujan.html

iEdA said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kalo review 5/5 neh,mmg kna terjah pwgn neh..hehe

iEdA said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ujang x nk pasang sorang lg ke???? hehe

Eera Shera said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

heroin tu plakon baru ek? mcm x kenal je

[wani_mn] said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Suka tgk heroin filem tu. Tp tak sangka plak dia boleh tahan seksi jugak ek. Wuwuwu

cik eka said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hohoiii nk tgk gak..adeh lagu dy bez
hehehehehe

siti khadijah said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nak kene pi tengok ni..ost die pun da tangkap jiwang

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ok2 la. tp, adegan si muklis dgn si ayim tu xspatut smpai ke tahap itu.. itu pendapat sy je la..

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aku x tahu lah entri ko nih satu sindiran ker atau ikhlas memuji..tapi bg aku citer nih cam bangang..senget cam sapa yg wat filem ni jugak..

-plot cerita yg terlampau biasa taraf budak skola rendah.

-pakaian seksi cam tak ingat yg dia tu agama islam.

-jual budaya sosial yg terlampau..haa anak muda, elok sangat lah ikut tu..

-aku tak tahu apa motif dia wat citer nih..nak tambah dosa yang ada kot..

kesimpulan cita ni mmg menunjukkan kat mesia nih macam suma orang bukan agama isalm..

ni lah salah satu cerita sampah..mmg nak kutuk pun..kutukan yaang benar..

fuh, sori ah bro emo gile..he3

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aku pun setuju sgt2 dgn anonymous atas ni..
aku pun tbe2 emo jgk sbb filem melayu skrg makin mengarut2..haha

mieza azman said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

abg , ape lagu yang time anniversary cinta platonik tuhh ? nak tahu sangat nyy . *lagu ini lagu kita , lagu ini lagu cinta*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang