Monday, June 18, 2012

Nazmi Tumbuk Pemain Qatar mohon maaf


Pemain termahal negara iaitu Nazmi Faiz Mansor yang menumbuk pemain Qatar pada perlawanan persahabatan petang tadi memohon maaf secara terbuka. Pada perlawanan persahabatan antara Malaysia U22 dan Qatar U22 itu insiden yang menyaksikan pemain SC Biera-Mar itu dilayangkan kad merah pada minit ke-40 selepas berang dengan Kapten Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla yang mengasari rakan sepasukan, Mohd. Azrif Nasrulhaq.

Nazmi yang meluru dari arah belakang menumbuk Abdelkarim menyebabkan pegadil perlawanan melayangkan kad merah kepada beliau. Nazmi yang berusia 18 tahun itu mengakui hilang kesilapan beliau kerana tidak berjaya mengawal emosi pada perlawanan tersebut.

"Terus-terang saya beritahu kenapa saya hilang sabar. Saya tidak tahu. Apapun ia tidak mengganggu konsentrasi saya dan tidak mengambil peduli mengenai kisah peribadi saya," jelas Nazmi kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan.

Nazmi juga memberitahu, dia berjanji untuk bertindak dengan lebih matang sambil menegaskan tidak akan menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan penuh menjelang kelayakan Piala AFC pada 21 Jun ini.

KENYATAAN ONG KIM SWEE :

“Dia masih muda. Perasaan marah itu memang biasa dalam usia sebegini. Saya nasihatkan agar dia mengawal emosinya dan bertindak lebih matang di masa akan datang,” jelasnya.

Keputusan Penuh Malaysia vs Qatar

Malaysia 2-0 Qatar

 ********************

Apapun gua harap Nazmi akan meneruskan perjuangannya untuk masa hadapan.., pedulikan apa kata orang terhadap dia. Isu gosip yang wartawan kecohkan di paper juga gua rasa tak perlu untuk mengganggu konsentrasi beliau..

Wartawan tempatan pun jangan la jadi bodoh pergi keluarkan isu Nazmi PLAYBOY.., sepatutnya tolong pemain muda negara ini sampaikan berita yang positif..derm..!!

Sekian..Peace (~_^)v

BIODATA NAZMI FAIZ MANSOR <--



tags: gambar nazmi tumbuk pemain qatar, nazmi tumbuk pemain qatar, keputusan malaysia vs qatar 2012,nazmi kad merah, keputusan malaysia u22 vs qatar u22 2012

13 Orang Memberi Komen & Pendapat

Ada baiknya nazmi belajar.kawal diri dr kemarahan dr skrg. Dibimbangi panas baran akan sebati dlm diri.

wartawan pun agak-agak lah nak menulis....

mmg betul pun.. tak perlu laa nk wartawan nk tulis cerita macam tu..

tu la.. Wartawan ni pantang nampak org tu tengah naik sikit, mula la nk cite benda yg bukan2, nak naik kan paper dioarg je tau.. kadang2 tak paham, nak kaut untung dengan buat cite yg boleh jatuhkan prestasi org.. Huh! APTB~

darah muda memang cepat naik angin. namee yang tak berapa muda ni pun cepat naik angin. haha

media banyak memainkan peranan jatuh bangunnya karier seseorang..isu-isu peribadi pemain ni harus tidak digembar gemburkan secara meluas..bila pemain kita nak maju macam ni..

nazmi tak sepatutnya memukul kapten qatar...dia sepatutnya biarkan sahaja...tidak ada kena mengena langsung dengan masalah dia

Orang muda... cepat naik angin..

sama gak mcm nurul.. cepat naik angin, hehehe ;)

blajar kawal marah. tp alang alang nk tumbuk tu, biar bebetol kene ,br berbaloi kene kad merah. anyway, ada wartawan kadang2 tulis mcm tk pkai otak.masalah betul

ala..paper memang suka gossip menggossip sbb nak bagi laris paper diorang..saje nak bagi kontroversi..macam kes dot dot dot tu..kalau dulu artis je kena.. skang ni celebriti sukan pun tak terkecuali..sabar je la.. umur pun masih muda..

Biase la klu akbar tmpatan. Nk untung, buatlah fitnah. Psl sukan, politik n byk lagilah. So jom lyan tgk channel awani. Hehehe.:D


EmoticonEmoticon