Wednesday, July 11, 2012

Kisah Makcik Buat Personal Loan

Gambar Hiasan
(google)


Salam sayang semua..,('',)

Semalam gua ada pergi ke BANK RAKYAT bersama dengan mak gua...., dalam duk tunggu mak gua berurusan dengan pegawai bank ada la makcik berbangsa INDIA duduk di sebelah tempat mak gua berurusan tu

Dari uniform yang makcik tu pakai dalam hati gua berkata "owh..makcik ni kerja majlis perbandaran" ha lebih kurang gitu hati gua berkata..

Dari uniform makcik ini juga hati gua berkata lagi "owh makcik ni cleaner" ha gitu juga la hati kecil gua berkata..,

Gua yang memang seorang yang bzbody sesukati hati je pasang telinga mendengar perbualan makcik itu dengan pegawai bank..hihi


************************

Lokasi : kaunter 2 bank rakyat
Masa : 11 am

Makcik : Dik makcik nak buat personal loan

Pegawai Bank : Pertama kali ke makcik

Makcik : haah pertama kali

Pegawai Bank : Meh tengok dokumen makcik

Makcik : nah..*sambil menghulurkan dokumen

Pegawai Bank : Erm..ok boleh berapa pinjaman makcik nak buat.

Makcik : berapa yang boleh la.., nak buat KENDURI KAHWIN anak makcik

Pegawai Bank : owh...boleh jer dalam berapa makcik nak buat

Makcik : dalam 20 ribu boleh dik..,

Pegawai Bank : boleh2..

************************

Ha..gitu sekali pengorbanan seorang emak untuk mengkahwinkan anak kesayangan sanggup membuat personal loan...=( sadis wei

Gua hampir pasti yang anak kepada makcik itu tidak tahu mak dia buat personal loan sebab makcik tu datang ditemani dengan kawan dia sendiri.

Walaupun makcik tu berbangsa INDIA tetapi bila gua dengar perkataan buat pinjaman sebab nak kahwinkan anak, hati gua rasa sebak sebab melihat pengorbanan seorang mak kepada anaknya...hurm..

Ramai budak sekarang tau nak kahwin tapi tak tau buat simpanan sendiri..., kalau yang jenis anak orang kaya tu lantak la kan sebab memang berkemampuan..('',)

Nak kahwin memang senang dik..kehidupan selepas kahwin itu lebih mencabar...('',)


Sekian..Peace (~_^)v




27 Orang Memberi Komen & Pendapat

besarnya pengorbanan seorang ibu

harap anak dia akan menghargai pengorbanan ibunya

sebak bila membaca kisah ini.

mmg ada camni...
anak2 nak kawen mak pak tolok gadai...
huhuhu....

untung la anak dia..sedih lak bace entry ni..tacing

aku lagi prefer kawin guna duit sendiri.. takmo r nak susah kan mak bapak ni.. mereka pun bukan orang senang

kenapalah bukan si anak yang buat.. kesian pada mak terpaksa menanggung hutang yang bukan sedikit..

org kaum india mmg camtu tambah2 anak pompuan ... nk byr dowri kat pengantin laki la...bkn cam kite org melayu ni ...

** satu lagi diorg kawen slalu pilihan keluarga ... ade org jd org pengan cam match maker tu ..mai merisik2 ...balik bgtau kat pengantin laki ... pastu jumpa keluarga ...then kawen ....

Betul cakap kau jang yang kehidupan selepas kahwin lagi penting dan mencabar.

oh...biasanya anak yg buat personal loan tuk kawen...hmmm

bukan senang nak kahwin.. hidup selepas kahwin lagi la byk nak kena fikir.. setakat cinta saja mmg x cukup ..lainla klu bila sebut CINTA jer..jatuh susu anak dari langit..dan bila sebut SAYANG je pampers anak datang bgolek2..huhu..renung2 kan...so bila nak kahwin??? salam kenal..

assalamualaikum ujang...pengorbanan seorang ibu hanya anak yg tidak mengenangnya...:)

mak sanggup buat apa saja tuk anak..sayangilah mak kita.. ;)

ye la untung le jd anak die....

sebak sgt.risau gak kahwin nak berhutang2 ni

besar betul pengorbanan makcik nie...kita dulu kahwin guna duit sendiri lagi...duit salam tue pun semua bagi mak sebab tau pengorbanan diorg nak uruskan majlis kahiwn

pertama : sebak gler..dh a ada gmbr makcik india tu kt atas tu..duk tbyg gtu.huhu

kedua : laaa..bz body upenyerr..hehe

ketiga : lawak komen lu gtau lu dah kawen tu...hehe..bgs..jujur

anak sanggup ke membalas pengorbanan itu??

kesian makcik tu..smpi anak nak kawen pon mak yg uruskan..ish3

Semoga anak tersebut menghargai pengorbanan ibu yang sanggup bersusah payah untuk mengahwinkan anaknya..

Tp mana tau mak dia buat personal loan, anak dia yg bayar bulanan tu ke?? ;)

sedihnye~

saya mmg tak harapkan mak ayah ok..hehe..tp,kalau ayah nak sponsor sikit mmg sangat dialu-alukanlah~ :P

Anak tak pernah tahu tentang ini kan :(


EmoticonEmoticon