Monday, July 9, 2012

Surau Space U8 cantik gila

Space U8
(google)

******************


Siapa pernah pergi SPACE U8...??

Haaa... mesti ramai yang belum pergi lagi yer dak..? Space U8 gua kenal sejak tengok VERSUS rancangan rialiti TV9 baru-baru ini..,

VERSUS mengadakan konsert di Space U8 dan sejak itu gua tahu kewujudan Space U8 iaitu sebuah pasaraya baru... dekat jer dengan tempat gua belajar dulu iaitu Politeknik Shah Alam..('',) tapi masa gua belajar dulu tapak lokasi Space U8 ni adalah estet tempat orang beromen..hahahahaha.

Serba sedikit pasa Space U8 ni.., kalau korang nak tau..tanak tau pun gua nak bagitau...dalam pembinaan tapak bangunan ini sebanyak 220,000 tayar lama telah digunakan. Proses berkenaan agak rumit kerana ia memerlukan saiz yang sama untuk memastikan keseimbangan bangunan.

Sebanyak 220,000 tayar lama digunakan sebagai tapak asas bangunan Space U8 yang terletak di Taman Bukit Jelutong, Shah Alam. .

Penggunaan tayar-tayar lama tersebut adalah untuk mengurangkan haba hasil pantulan pada konkrit sekali gus memastikan bangunan berada dalam suhu selesa iaitu 25 darjah Celsius.

Haaaa...canggih kan..('',) fakta tu gua amik dekat pakcik google..kalau dia tipu gua..maksudnya gua pun tipu korang..hahaha

******************

Sabtu lepas gua bekesempatan dating dengan exgirlfriend gua iaitu bini gua sekarang saja jalan-jalan di Space U8 ni.., apa yang gua nampak banyak lagi kedai-kedai kosong

Agak bosan jugak la SPACE U8 ni..hehe.., tapi ok la ada wayang MBO dan juga boling milik ratu boling kita iaitu shalin zulkifli..

Satu yang paling gua tertarik ialah SURAU SPACE U8 ni.., serius kalau korang masuk je surau dia dalam hati korang akan cakap "YA ALLAH CANTIKNYA..." haa gitu sekali

Nama surau dia SURAU AN-NUR

Bagi gua surau dekat Space U8 ni adalah paling selesa dan tercantik yang pernah gua jumpa di dalam mana Pasaraya di Malaysia..,

Layan gambar hasil dari Nokia 3310 gua :



Alunan air mengalir di tepi dinding



Bila kita sembahyang agak tenang jer rasa dengan alunan air yang mengalir dalam masjid tu..serius memang cantik gila..!!! dah la cantik tapi gila..sengal kan..hahaha

Siapa yang belum pernah sembahyang elok la pergi surau ni..eh silap..tak pernah datang..hahahaha., sori2('',)


******************

Gua rasa pihak pengurusan Pasaraya Besar yang lain patut amik contoh dengan Space U8 ni.., gua tengok banyak pasaraya yang surau dia kedekut gila..!!! antaraya Mid Valley , Wangsa Walk dan The Mines.., tempat solat dia kecik.!!! kedekut sangat ke nak bagi orang sembahyang selesa..!!

Sebelum gua carut lebih baik benti menaip...

Sekian..Peace (~_^)v


p/s : Pavillion gua tak tau surau dia katner..sebab pernah pergi sekali je..hee


20 Orang Memberi Komen & Pendapat

mak ai canggihnya surau diaaaa :))

memang superb la surau kat cni...klu nk bndingkn ngan mall laen, mmg jauh beza...ade mall yg mmg gah giler, tp surau hampeh....

p/s : berkerut kening jap bace ayat 'kluar ngn ex-gf'..rupenye bini..hahaha :p

kagumnya besar dan luas..betul tu wangsa walk sgt kecik dan hazab nk solat xtau celah mana..the mines lagilah dah la tersorok mcm sarang tikus dah rupa..
alamanda lak walo byk surau tp time waktu puncak pun penuh sgt..

dah la cermin xbesar mana kalo surau pompuan la semua melonggok depan cermin biasanya lepas solat sy terus ke bilik salin lampin baby kat situ je nak pakai tudung molek2 ke apa sbb kt surau ramai sgt org..
tp kalo pi alamanda/putrajaya sebenarnya sy lebih rela keluar pi solat kat masjid besi nyaman dan tenang je.

memang cantek kan.. dekat je ngan rumah akak tau!!..hehe

Betul la bro....cantik betul hiasan dalaman surau nie...semalam ko tak pergi ke KARNIVAL JANJI DITEPATI kat bangi .... hehehehe

cantik suraunya..kalau surau selesa, kita pun selesa nak solat..

baru jer sebut-sebut pasal space u lapan ni... lepas ni gua nak try terjah plak..

betul tu, pasaraya bukan main besar, tapi tempat solat...eeemm..

yg ini memang terbaik

lerr nk gak update psl nih..haihh sok sok la update..haha

luas juga...tak pernah jumpa shopping compleks yang punyai surau seluas begini..selalunya cam sekankang kera jer keluasan surau..pergi singgah sekali masa tgh tunggu kawan suami nak masuk kem TUDM dekat situ...sempatlah ronda-ronda kat ruang legar kat bawah tu

harap surau cantek ni bilangan jemaah pon cantek lah ye..hehe

perghhh.. macam masjid dah gaya surau ni.

hewhewhew..
ni belah laki, kalau nak tengok belah pompuan punye leh tengok sini ea..

http://dearked.blogspot.com/2012/04/surau-tercantik-di-space-u8.html

semoga bila surau dah cantik , ramai la yang tertarik nak solat kat situ :)

Pavilion surau dia kt area parking...susah nak cari...sumpah!

mmg puas hati solat kat sini....tenang, selalu jer singgah solat sini bila tgk movie kat space u8...

assalamualaikum ujang...yer la betul2 cantik surau nyer...:)

memang cantik la jang surau dia...

psstt: dah komen kat blog dak Yana.. okler kan.. ;)


EmoticonEmoticon