Friday, July 6, 2012

Wahai Wanita Jangan Jadi Bongok

Gambar Hiasan
(google)


Salam Jumaat Kawan...,

Umur makin meningkat ni ramai la kawan-kawan yang seangkatan sudah berkahwin yer dak..? kalau kawan-kawan korang ramai yang dah berkahwin itu bermakna korang pun dah makin tua..hahahaha

Ok ni gua nak kongsikan bersama beberapa benda kecik yang ramai tak perasan...dan buat-buat tak perasan..,

Kebanyakan isteri zaman sekarang tidak selesa jika suami melebihkan ibu kandungnya  daripada isteri sendiri..hakikatnya, andai kata kita sudah tua..apa perasaan kita jika anak lelaki kita MELEBIHKAN ISTERINYA daripada kita sebagai ibu kandungnya?

Gua alhamdulillah dapat isteri yang sangat memahami...('',) jangan jadi bongok mengatakan suami kita atau pasangan kita kalau rapat dengan Ibu kandungnya tu korang gelak kan sebab anak mak...ayat biasa yang digunakan :

"eee anak mak..tak bestnya"

" sikit2 dengan mak..bosannya"

Jangan jadi bongok ok..., sepatutnya bersyukur kalau dapat lelaki jenis yang macam ini sebab dia seorang anak yang soleh..!!!!! 

Sebagai isteri jalankan tanggungjawap sahaja ..insyaALLAH syurga la balasannya...('',)


via : lelaki soleh idaman wanita solehah


*********************

Sekian...Peace (~_^)v



p/s : TANGGUNGJAWAB seorang anak lelaki kepada ibu TIDAK AKAN PUTUS walaupun dia TELAH BERKAHWIN..tetapi tanggungjawab seorang anak perempuan adalah kepada SUAMINYA..

tags : tanggungjawap isteri kepada suami, 

51 Orang Memberi Komen & Pendapat

Alhamdulillah, eden pun dikurniakan seorang tunang dan bakal suami yg solehah kerana dia adlh anak emak yg sntiasa lebihkan mak berbanding org lain.

Eden pun tk kisah, sbb eden ada abg long dan fhm tggungjwb lelaki pada mak :)

setuju setuju..Alhamdulillah dapat suami yang baikkan?

laki sama rata ngan aku die sumbung ngan mak die pun die sumbung yg pasti die syg aku ngan mak die ...hahaha

aku plak tak kisah la sbb aku pun tak dak mak so mak die mak aku lalalala

setuju...anak laki lebih kepada ibu bapanya..bini harus taat pada suami..


tapi macam mana kalau seorang ibu tak ada anak lelaki?? sape nak jaga ibu tu kalau suaminya dah meninggal?? semua anak perempuan harus ikot suami...nasib ibu tadi?? dalam persoalan..

pada aku isteri dan ibu ada tempat masing masing hati lelaki.. so tak perlu cemburu ke apa ke..

kalau dia sebagai suami dan bapa menunjukkan contoh yang baik menghargai ibu dia..mesti anak2 akan ikut nanti..dan ibu pada anak2 tu aku lah..so tak maknanya nak jeles bagai kan..

betol2x . syurga lelaki tetap kat bawah tapak kaki ibu walaupun dah berkawin ^^

betul2 . bagus lah dpt suami yg ambil berat dan tk lupa tggjwb terhadap mak dy .

en. suami ai bukanlah anak kesayangan tapi kalau lama tak balik biasalah rindu seorang mak pada anak dia kan.. ;) takkan kita nak halang ye dak.. lagipun MIL so far so good.. ;)

tapi saya ada dengar, apabial dah kahwin, lelaki patut melayan sama rata ibu mertua dan mak sendiri. apalagi jika si perempuan anak tunggal.
tapi kalu si suami sangat baik dengan ibu sendiri tapi dengan mertua biasa2 saje, adakah itu dipanggil suami yang soleh juga??

setujuuuuuuuuu... Memang betul seratus peratus... :)

siapa tak bersyukur or rasa bertuah kalau dapat suami yang sgt menghormati parents dia..

But.....

How, if si suami terlalu melebihkan parents sendiri? til' family mertua terabai.

What if balik kampung suami sebulan 4 kali, balik kampung isteri setahun sekali.. tu pun raya kelima..

what if, mak si isteri demam or masuk hospital, tapi tanpa keizinan suami isteri tak boleh tgk/melawat..

no matter what..for me, as a woman, we should looking for partner who receive, and can take care of our parents . so from there we know he can take care of us. and certainly he is a man who can take care of his parents of course.

Sama2 lah kita ingat mengingati..
Thanks Bro..

Untuk kesedaran bersama

alhamdulillah sy xkan tergolong golongan yg bongok tu sbb suami sy anak yatim piatu....w/apepun terim a kasih kerana mengingati antara satu sama lain..

setuju sgt...pompuan yg baik adlah utk lelaki yg baik :)
*jom follow cite ttg abg sy jom
sayadalahaku.blogspot.com

sekarang dah terbalik.. hooo kunun istri adalah segalanya .. wkakaka

ini akan jadi panduan untuk saya pada masa hadapan..hahaha~

sama juga ni, jadi panduan utk saya pada masa depan~ hahah

salam jumaat ujang :-)

Setuju!!..lelaki yang taat pada ibu dan melebihi ibunya sememangnya pasti anak yang baik dan seorang yang baik, ...

asben dni anak mak.. mak datang sini, mak siap suap dia makan :) hehe... xjeles.. cuma terharu tengok dia layan mak dia sangat baik... ALhamdulillah dia layan bini dia pun baik juga

sebenarnya ramai yg kurang faham dlm soal ni atau buat2 tak faham...

sama-sama kita beringat. tqvm.

Yeap thats what i thought so too... sye harap dia akan terus balik rumah time rye untuk jmpe mak die. =)

jolo doh. aku pun perasan jugop benda ni. bakpo lah hok puwe yo marah kalu tok laki yo lebih kan ma dio. padahal. konsep dalam islam dah meletakkan. tgjwb ank lelaki no 1 meme dekat mak dio. hok puwe no 1 kat suami.

parok3...~

lelaki kene pandai la..kerana kedua wanita ini berharga dlm hidup korang..

assalamualaikum ujang...memang x boleh disangkalkan lagi anak lelaki memang patut menjaga ibunya sendiri moga sentiasa selamat dunia dan akhirat...:)

Betullah. Zaman sekarang kebanyakkan para isteri lebih rela tinggal dengan ibubapa mereka dari tinggal dengan mertua. Kan lawat mertua lepas kahwin pun susah. Saya bukanlah nak bangga diri tapi saya sentiasa tempatkan diri saya pada seorang ibu/mertua. Sentiasa fikir perasaan mereka. Kerna saya tak mahu nanti anak saya akan lupakan saya bila mereka dah kahwin nanti.

betul tu..

sedihnya bila kita tua anak2 pulak lupa kita..

jd beringat-ingatla skrg.

yup. rite n agree.

Like Prof Muhaya said. am i rite?

setuju ngan entri ujang..alhamdulillah den dpt suami yg trlalu mghormati org tua..dan den pon xkisah klu die lebihkn mak abah dia dr den...

Syukur la korg dpt wfe yg mmahami..aku je yg rugi coz dpt wfe yg x ska aku utamakn mak aku mlebihi dia..mmnjg ktorg bgduh! Tp klu aku utamakn family dia xpe plak..Adoii tension tul!

perlukah label wanita yang anda panggil seorang isteri tu bongkak?Dlm hal mcm ni,suami harus memainkan peranan penting,kena bijak jaga hati emak dan isteri..suami kena muhasabah diri kenapa isteri jadi mcm tu..suamipun jgn lupa mak mertua anda sama tarafnya seperti ibu anda sendiri.tetapi lelaki zaman sekarang ni byk tak paham konsep..

dear blogger, PLEASE tarik balik perkataan BONGOK tu okey?? isteri banyak pengorbanannya, jangan suka2 nak bg nickname bongok tu. ini cerita sy :

suami sy anak emak, mmg dia akan utamakan mak dia drpd sy. SEGALANYA mesti dia minta izin daripada mak dia. nak beli perabot, nak pegi sana pegi sini, even nak balik umah mak sy pun kene bgtau n mintak izin. kalau mak dia kata x payah, so dia x balik. kalau sy bawak mak ayah sy jalan2 pun, nanti dia akan masam muka dengan kami. sedangkan suami sy selalu bg ape yg dia mintak, n kemana dia nak pergi. perluke camtu ek? or sy ni sememangnya xtau hukum??

sy anak tunggal, xde adik beradik lain.. mak ayah pula dah tua.. tp lepas kawin, mak mertua siap datang umah mak ayah sy, then cakap kat dorang yg dia nak sy n suami pindah dari umah tu dan duduk umah lain.. boleh x bayangkan perasaan sy sebagai sorang anak yg xde adik beradik?? n u boleh x bayangkan persaaan mak ayah sy time tu??

mak mertua boleh cakap kt sy yg dia xizinkan anak dia duduk serumah dgn mak ayah sy, dgn alasan nanti dia susah nak jenguk anak dia.. walhal dia tau anak dia cukup2 hormati dia, n umah mak ayah kami x jauh punnnn. 5 minit pun boleh sampai.. so ape pandangan u??

sy memang dah tawar hati dgn mil sy sejak dari kes tu.. mil selalu provoke suami sy supaya x balik umah mak ayah sy.. kalau balik jugak, lagila dia soal macam2.. ko pegi mana je, makan ape dll..

dan suami sy memang x berapa rapat dgn mak ayah sy disebabkan dia jarang balik.. kalau balik pun, dia masuk bilik, tido.. thats all. kalau sy cakap nak ajak mak ayah sy g jalan2 pun, muka dia terus berubah.. pastu x bercakap ape pun ngan sy.. terusla sy cancel benda tu sbb malas nak tgk muka masam dia.. padahal sebelum kawin, dia elok je ngan mak ayah sy..

dlm situasi camni, ape yg patut sy buat?? bersyukur ke sbb suami sy anak mak?? sy tertekan.. dan lebih tertekan bila admin blogger kata perempuan macam tu adalah BONGOK.
TERIMA KASIH.

Assalamualaikum... Sebenarnya dalam hal ni semua orang dari si suami, isteri dan jugak mrtua kena faham betul2 konsep kekeluargaan. Siapa2 yg dah jadi ibu @ bapa mertua perlu faham yg anak2 kita skrg ni dah ade 2 keluarga yg perlu diambil berat dan juga dihormati. Jangan pulak kita yg mengapi-apikan anak utk tidak hormatkan ibubapa mertuanya. Kan x baik tu... Boleh porak peranda keluarga anak tu nnt....

Saya pon ade masalah jgak dlm hal ni... Saya pernah buat pinjaman peribadi utk bntu mertua perbaiki rumah waktu adik ipar nak kahwin dulu. Bulan2 tolak dr gaji... Husband ngan adik dia x lps nak buat waktu tu... Baru2 ni plak saya refinance balik kereta saya dan bagi mertua pakai. Ingatkn bulan2 diorg bayarlah sendiri sbb byrnnya dah rendah... RM 325/bln... Lagi pon baru dpt durian runtuh dr kerajaan. Takkanlah x de duit kan.. Tetiba, smlm bank call bgtau yg dh 2 bln kereta tu x bayr. Geramlah saya... Saya mmg jaga rekod saya.. Ni dlm proses nak beli rumah... X lulus nnt jadinya sbb rekod x cantik...

Saya rasa dah byk dh yg saya dan husband bantu kluarga dia... Baju raya adik beradik dia dan mertua mmg kami yg belikan. Bulan2 x miss bagi duit blnja.. Adik2 yg masih belajar pon husband bagi duit...

Ni nmpknya kereta tu mmg kamilah yg byr. Diorg pakai kereta waja, saya pakai kereta buruk yg x de aircond dan atap bocor. So, kepada admin yg sedap jer nak menggunakan perkataan bongok tu.... Silalah betulkan balik statement anda.... Kadang2 kami orang perempuan ni terima sebaiknya dah kluarga mertua dan buat mcm kluarga sendiri.... Klau admin jd cm saya, rekod CCRIS buruk sbb bntu kluarga mertua apa yg admin rasa? Sila komen...

betul lah x pasal pasal nak bongok kan perempuan..apa dia rasa ntah klubjd perempuan...suami asyik lebihkan mak dia jek...beli brg rumah utk mak..brg dapur...semua lah...tp keperluan isteri sendiri..rumah sewa..barang dapur semua isteri kena tanggung sendiri...mentang mentang isteri berkerja...ni pn still nak kata isteri bongok...bukan nak ungkit sometime suami ni klu dh lebihkan keluarga sangat lupa ada tanggungjawab lain...lupa isteri pn kne bg nafkah wlu isteri tu berkerja...isteri tu amanah Allah..

Agaknya maksud admin perkataan tu pd isteri yg x bersyukur n melampau pada suami , xpn jenis isteri queen control.. Masing2 berbeza cara hidup.. Ada isteri yg xberkira smpai membeban hutang demi suami n keluarga.. Bagus ler tuh.. Bagaimana kalau suami duduk dgn keluarga isteri , dr pondok buruk pada rumah batu@ banglow , kuar blnja dapur hari2 , bg duit rokok kt mertua , persiapan raya , jaga sakit pening mertua , rya pn dengan mertua tapi bini xbagi suami balik jumpa ibu kandung n siap bagi alasan , klu balik pn sehari je.. Siap xnk tdo umah , kna tdo hotel..... Mcmna tu??? Aku rasa perempuan mcmtu yg di maksudkan oleh admin.. Mna yg baik , taat , solehah tu truskan lah...

Suami puan pttnye kena tau yg tnggungjawab dia terhadap mak ayah puan sama je dengan tanggungjawab dia terhadap mak ayah dia sendiri. Malah, kalau dia melukakan hati mak ayah puan sama la seperti dia melukakan hati mak ayah dia dia sendiri.
Bab ni banyak lelaki terlepas pandang.
Islam itu indah

iya makanya harus pilih pilih istri harus tahu agamanya baik tak. kata imam ahmad:
KALAU MAU MENIKAH, TANYA AGAMANYA DULU BARU TANYA KECANTIKANNYA

kata-kata manusia, ada yang indah didengar, ada yang menyakitkan hati.
Kata yang mengeji, bila terkena diri, rasa sakit, bila tiada kaitan, biarkan mereka kena.

Kata memuji, bila terkena diri, rasa selesa, bila kena orang lain, rasa cemburu nak juga dipuji.

Kalimah Allah, selalu di salah tafsir... ha! tengok...

So far sy x prnah halang dan cemburu hubungan suami sy dgn ibunya sbab sy fhm prasaan ibu ble ank lelaki die abaiknnye slepas berkawin..mcm abg sy.. Hmm:(

ramai gak anon marah guna bongok.., ke yg marah ni terkena batang hidung sendiri..=)

ni penulisan santai supaya paham motif sebenar entri ini...=)

adakah mesej dlm sesuatu filem lakonan seorang perempuan yang melempang emak dia di hina..?

amiklah mesej yang cuba disampaikan penulis..tq.=)

suami anak mak walau sengal mcm mana mak dia tetap ikut itu sgt bagus...syurga tempat dia..


kita yg isteri muhasabah benda yg negetif tu..benci mak mertua serupa dosa benci mak sendiri..=)

Itu betul. Sgt stuju. Tp kalau melebihkn adik beradik sendiri berbanding isteri mcm mana pula ya? Adakah isteri bongok juga? :)


EmoticonEmoticon